Pengarah: Wes Craven
Penulis Skrip: Ehren Kruger
Pelakon: David Arquette, Neve Campbell, Courteney Cox Arquette, Parker Posey, Patrick Dempsey, Scott Foley, Lance Henriksen, Matt Keeslar, Jenny McCarthy, Emily Mortimer, Deon Richmond, Patrick Warburton
Syarikat Produksi: Konrad Pictures, Craven/Maddalena Films
Pengedar: Dimension Films
Genre: Slasher / Thriller
Durasi Tayangan: 117 minit
Tarikh Tayangan: 03 Februari 2000 (Westwood), 04 Februari 2000 (United States)
Trailer:
Selepas dibuktikan tidak bersalah, Cotton Weary (Liev Schreiber) menjadi hos rancangan yang popular dan mempunyai tunang. Namun populariti Cotton tidak lama kerana dia dihubungi oleh Ghostface yang ingin mengetahui keberadaan Sydney Prescott (Neve Campbell). Tapi tak ada siapa yang tahu di mana Sydney selepas serangan Ghostface di Kolej Windsor dalam Scream 2 (1997).
Pembunuhan Cotton dikhabarkan kepada Gale Weathers (Courteney Cox Arquette) yang baru sahaja menang anugerah untuk penulisan buku tentang pembunuhan bersiri Ghostface. Detektif Mark Kincaid (Patrick Dempsey) minta Gale pergi ke Hollywood untuk mendapatkan berita eksklusif.
Di sana Gale bertemu semula dengan Dewey Riley (David Arquette) setelah berpisah kerana tidak sehaluan. Dewey bekerja sebagai penasihat untuk penggambaran filem Stab 3: Return to Woodsboro, instalment ketiga yang diadaptasikan dari pembunuhan bersiri Ghostface. Tak lama kemudian, salah seorang pelakon Stab 3, Sarah Darling (Jenny McCarthy) dibunuh dengan kejam di set penggambaran ketika sedang menunggu kehadiran Roman Bridger (Scott Foley), pengarah filem.
Dewey akhirnya menghubungi Sydney yang bersembunyi di kawasan terpencil untuk datang ke Hollywood. Dengan mudah Sydney bersetuju kerana Ghostface berjaya menemui dia sebelum sesiapa buka mulut. Mereka bekerjasama dengan Detektif Mark setelah menerima tips dari video Randy.
‘So, if it is a trilogy you are dealing with, here are some super trilogy rules: 1. You got a killer who's going to be super human. Stabbing him won't work. Shooting him won't work. Basically in the third one you gotta cryogenically freeze his head, decapitate him, or blow him up. 2. Anyone including the main character can die. This means you Syd. I'm sorry. It's the final chapter. It could be fucking 'Reservoir Dogs' by the time this thing is through. Number 3. The past will come back to bite you in the ass.’ – Randy
Kalau Scream 1 (1996) arahan Wes Craven menggunakan elemen slasher dan misteri, Scream 2 (1997) pula lebih bersifat satira dan komedi. Sementara instalment ketiga dengan kehadiran Ehren Kruger menggantikan Kevin Williamson sebagai penulis menggunakan elemen slasher dan thriller. Ehren lebih selesa menggunakan industri perfileman Hollywood untuk menyindir dan pamerkan sisi gelap industri tersebut. Peter Deming mewujudkan suasana yang ngeri dan menghantui setiap kali Ghostface muncul. Ruang pejabat yang biasa boleh jadi menakutkan bila tinggal berseorangan.
Masa Randy sebut tentang kisah silam akan menghantui Sydney, I expect penulis akan kembangkan kisah silam Billy Loomis rupanya tak. Watak antagonis dalam filem Scream 3 agak lemah dan mungkin itulah juga punca utama kenapa instalment ni kurang mendapat sambutan. Kalau dia tak meroyan, tak ada masalah pun.
Elemen whodunit pun tak menarik sebab penulis masukkan juga unsur seram untuk ganggu mental dan fizikal Sydney. Wujudnya Ghostface pun dah mengganggu ketenangan Sydney jadi tak ada keperluan pun nak serabutkan lagi hidup Sydney. Hidup dia sampai dah hilang arah tuju sebab tak boleh ada cita-cita macam orang lain. Kesian bila tengok babak dia basuh muka dekat tandas sebab dia pun tak kuat nak hadap Ghostface.
Slasher dalam filem Scream 3 tak gore macam dua filem sebelumnya jadi agak bosan lah sebab mudah sangat watak-watak sampingan mati kecuali babak Cotton dan Sarah Darling. Jumpscares dan thriller terasa kuat di babak ni. Entah berapa kali menjerit dan terkejut bila Ghostface muncul.
Tak puas hati betul production decide untuk tone down watak Gale Weathers dalam Scream 3. Buruk betul hairstyle dia lepastu tak function dekat final act. Tapi seronok tengok watak Jennifer Jolie (Parker Posey) yang melakonkan watak Gale dalam Stab 3. Bila dua watak ni satu team rasa macam tengok kembar yang kuat dinamiknya. Sayang lah Parker Posey ni perform dalam instalment yang tak disukai sedangkan dia ada potential.
“I know we’ve never met and I don’t mind you never returning my calls, but after two films I feel like I am in your mind.” - Jennifer Jolie
Watak Dewey dengan Detektif Mark pun tak dapat banyak peluang dalam pasukan protagonis sampaikan final act jadi draggy dengan speech Ghostface. Tapi I enjoy conversation Detektif Mark dengan Sydney dekat balai polis.
Sidney: Hey Detective, what's your favorite scary movie?
Mark: My life.
Sidney: Mine too.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 6.8/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.