Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial mencuri perhatian ramai apabila memaparkan detik cemas melibatkan kemalangan jet ski ketika sesi latihan filem aksi Konspirasi di Sungai Melaka. Rakaman tersebut menunjukkan sebuah jet ski meluncur laju membelah arus sebelum berlaku pelanggaran mengejut yang menyebabkan individu terlibat tercampak ke dalam sungai.
Menurut pihak produksi, kejadian berlaku apabila stuntman yang terlibat dipercayai membuat pusingan mengejut ke arah kanan ketika mengendalikan jet ski, menyebabkan Dato’ Adi Putra gagal membrek tepat pada masanya sebelum berlaku pelanggaran yang mengakibatkan mangsa tercampak ke dalam sungai.
Pasukan penyelamat yang berada di lokasi segera memberikan bantuan sebelum mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Pada peringkat awal, keadaannya dilaporkan agak serius sehingga memerlukan pemantauan rapi di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas menerima rawatan awal di Melaka sebelum dipindahkan ke Kuala Lumpur bagi menjalani rawatan susulan dan pembedahan. Hasil pemeriksaan turut mendapati terdapat kemasukan air kotor ke dalam paru-paru, namun keadaan tersebut disahkan tidak serius dan dijangka pulih secara semula jadi.
Kecederaan utama dilaporkan melibatkan bahagian tulang pipi kiri yang retak akibat hentakan kuat ketika insiden berlaku, selain beberapa kecederaan luaran dan lebam ringan pada anggota badan. Pihak produksi turut mengesahkan semua kos rawatan ditanggung sepenuhnya dan bersyukur apabila mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan pada otak. Selepas hampir tiga bulan menjalani proses pemulihan, keadaan stuntman tersebut kini dilaporkan semakin baik.
Insiden itu sekali gus memperlihatkan cabaran sebenar yang perlu dihadapi pasukan produksi dan pelakon lagak ngeri dalam menjayakan babak aksi berisiko tinggi demi menghasilkan pengalaman sinematik yang lebih realistik buat penonton.
Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dengan sokongan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi, Konspirasi menampilkan barisan pelakon seperti Dato’ Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal, Amir Nafis dan Che Puan Sarimah Ibrahim. Filem tersebut kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.