Movie Review | BAGA: Esok Untuk Siapa (2026)

Thursday, 19 November 2026

Pengarah: Ariff Zulkarnain
Penulis Skrip: Ariff Zulkarnain
Pelakon: Amir Ahnaf, Amirah Razak, Wan Hanafi Su, Idham Maulana, Cech Adrea, Asrulfaizal Kamaruzaman, Mat Over, Fad Anuar, Zalif Sidek, Kimal Mokhtar
Syarikat Produksi: Indigo Films, Skop Productions
Pengedar: Primeworks Studios, Astro Shaw 
Genre: Drama / Jenayah
Durasi Tayangan: 93 minit
Tarikh Tayangan: 5 November 2026
Trailer:


Mengisahkan Jani (Amir Ahnaf) yang bekerja sebagai pembantu bot tambang di Seberang Takir, Terengganu. Dalam masa yang sama, dia menjual dadah di kawasan sekitar berbekalkan stok yang diberikan oleh Pok cech (Idham Maulana). Jani jatuh cinta dengan Melur (Amirah Razak), wanita muda yang bekerja di kilang batik di situ. 


Jani tinggal bersama Ajih (Cech Adrea) yang bekerja sebagai tukang pembuat kapal di pesisir laut. Mereka berdua tinggal di dalam kontena dan hampir setiap malam menghisap dadah yang dijual. Tanpa teragak-agak Jani luahkan Hasrat ingin berkahiwn dengan Melur tapi Ajih cuma anggap Jani bergurau kerana Melur anak tunggal Pok Hassan (Mat Over), imam di kampung tersebut. 


Gurauan yang bertukar menjadi serius bila Melur bagitahu Jani dia hamil. Jani ajak Melur pergi ke Kuala Lumpur untuk gugurkan anak tapi mereka perlukan duit sebanyak RM3,000 sebelum perut mula besar. Jani minta Pok Cech bekalkan lebih banyak pil kuda untuk dijual dalam masa seminggu. Risiko ambil stok banyak agak tinggi sebab mudah dihidu unit narkotik, mudah juga masuk ke mulut Jani dan Ajih.  


Filem BAGA: Esok Untuk Siapa merupakan arahan sulung Ariff Zulkarnain dalam format filem selepas popular dengan siri Good Boys Go To Heaven (2025), One Cent Thief (2022) atau telefilem seperti Cinta Elevator (2018) atau Shiba Shiba Doo (2019). 

Baga membawa maksud paranoid, cemas, pening atau meracau dalam dialek Terengganu dan merupakan pemilihan perkataan yang tepat untuk dijadikan tajuk kepada naskhah yang menyorot keadaan Jani. Kebanyakan masanya Jani akan memilih untuk telan pil kuda bila dilanda masalah. Makin berat masalah dia, makin kerap dia telan. 


Lakonan Amir Ahnaf sebagai Jani antara kekuatan filem BAGA: Esok Untuk Siapa bila Amir sendiri berasal dari Terengganu. Dalam filem BAGA: Esok Untuk Siapa, semua watak menggunakan loghat Terengganu, sesuai dengan latar tempat dan latar masyarakat yang dipaparkan. 

Gaya dan lenggok percakapan Amir sebagai Jani nampak bersahaja, natural dan selesa malah tak terpengaruh dari mana-mana watak yang pernah dilakonkan. Watak Jani mempunyai ruang untuk Amir pamerkan pelbagai emosi hingga Jani tampak hidup dalam skrin besar.


Tahniah kepada Amir Ahnaf kerana sekali lagi berjaya membuktikan bakat lakonan dia selepas franchise Projek: High Council (2023) dan Kahar: Kapla High Council (2024). Ingatkan Amir berlakon dalam BAGA: Esok Untuk Siapa selepas filem Kahar: Kapla High Council (2024) rupanya sebelum which is amazing lah bila berjaya deliver watak Jani yang heavy sedangkan masih baru dalam industri. No wonder lah dia cemerlang dalam Kahar sebab dah ada pengalaman sebelum tu.


Pace filem BAGA: Esok Untuk Siapa mungkin sedikit perlahan pada awalnya kemudian bergerak laju siring keadaan Jani. Sinematografi dari Tan Tack Zee bukan saja bersandarkan pada keindahan alam semulajadi di Terengganu malah kenal dengan subjek yang dimasukkan. Tapi letak je nama Tan Tack Zee, dah boleh agak kualiti visual yang dimasukkan. 

Bak kata Wan Hanafi Su, filem BAGA: Esok Untuk Siapa bersifat straight-forward dan ringkas sahaja tapi dek kerana sentuhan kreatif Amir Zulkarnain, buatkan naskhah drama jenayah ada kualiti dan berbaloi untuk ditonton sepanjang 93 minit. Beberapa babak mempunyai sentuhan emosinya tersendiri macam kisah Pok Awang (Wan Hanafi Su) bersama pekerjaannya yang hilang ditelan kemajuan. 


Filem BAGA: Esok Untuk Siapa mengangkat masalah yang bergelumang di Terengganu bila hampir kebanyakannya terjebak dengan dadah. Watak Pok Cech dan Maliki (Asrulfaizal Kamaruzaman) dimasukkan sebagai antagonis bukan saja dalam filem tapi dalam kehidupan sebenar. Sebab filem ni juga baru tahu Idham Maulana anak kepada Mat Over. Bakat sebagai pelakon pun terserlah and hopefully dia akan dapat banyak projek berkualiti sebagai pelakon. 


BAGA: Esok Untuk Siapa mempunyai kelemahan yang ketara bila pamerkan kehidupan penagih dadah sebagai kisah utama. Dah tentunya, kita tak akan berasa kasihan dengan watak Jani yang menjadi penyumbang kepada kerosakan masyarakat di Seberang Takir. Tapi untuk kasihan pada Melur yang nampak polos pun tidak juga. 

Situasi Melur yang dipaparkan berada dalam pergelutan dan tekanan hidup agak kurang memuaskan. I faham dia tertekan kerana selalu dipandang rendah oleh Pok Hassan tapi untuk dia bersandar pada Jani supaya dapat keluar dari kehidupan malang tu adalah satu keputusan yang dangkal. 


Tak faham kenapa Melur menyampah dengan majikan dia sedangkan tak kena buli pun. Mungkin ada tapi penulis tak kembangkan kisah Melur dengan baik sebaliknya lebih tumpukan pada babak percintaan Melur dengan Jani. Dialog yang dimasukkan juga tak menceritakan masalah secara mendalam. 

Tak pasti realiti masyarakat sebenar di Terengganu macam mana sebab watak Melur kurang meyakinkan bila dia tak bertudung sedangkan anak kepada imam kampung. Dia tak berani pun melawan cakap ayah dia tapi Pok Hassan tak begitu baran dengan penampilan Melur. Open shower pun macam meragukan untuk berada di rumah imam. 


Apapun, I do have fun watching BAGA: Esok Untuk Siapa dan pegang kata-kata Arif Zulkarnain untuk hasilkan lebih banyak filem macam ni di bawah produksi Indigo Films. Bila tengok visi ni, teringat pula dengan Phantom Films yang hasilkan banyak naskhah bermutu arahan Anurag Kashyap. All the best Indigo Films! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.