RAMAI MENGAKU DARAH TINGGI TENGOK RIENA DIANA DALAM RACUN SEGUMPAL HATI! | ‘TOLONG JANGAN JUMPA DEKAT LUAR SEKARANG’
Tonton Original Movie Racun Segumpal Hati nampaknya benar-benar menguji kesabaran dan emosi penonton di rumah. Jika sebelum ini watak lain yang sering menjadi sasaran kecaman, kini giliran pelakon Riena Diana pula mengambil alih takhta sebagai 'musuh nombor satu' netizen di media sosial.
Lakonan bersahaja tetapi cukup berbisa oleh Riena menerusi watak adik ‘Alisa’ dalam naskhah tersebut berjaya mencetuskan fenomena tersendiri sehingga mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna platform Threads. Meninjau ke ruangan Threads, ramai penonton meluahkan rasa geram dan darah tinggi melihat sikap Alisa yang digambarkan tidak berpuas hati dan gemar menghasut terhadap kakaknya sendiri.
Menerusi satu hantaran oleh pengguna Threads, @swoo_yy, beliau secara terbuka mempersoalkan tindakan watak adik tersebut yang disifatkan sangat menjengkelkan: “Adik-adik memang perangai busuk hati dengan kakak sendiri ke macam mana? Hasut sana sini sebab tak puas hati. Padahal otak tu bukanlah pandai sangat pun. Stressss dapat adik jenis macam ni.” — @swoo_yy (LINK)
Hantaran tersebut nyata mendapat sokongan ramai yang turut berkongsi tekanan emosi yang sama setiap kali babak watak Riena mula menabur racun dalam keluarga.
Impak lakonan Riena bukan sahaja membuatkan netizen beremosi sehingga berseloroh meminta pelakon itu agar tidak muncul di tempat awam buat sementara waktu kerana bimbang ada yang gagal mengawal geram, malah turut mengundang pelbagai analisis mendalam daripada penonton.
Dalam pada ramai yang memaki hamun watak tersebut, satu hantaran tular daripada pengguna Threads, @itsonlysyeraa, tampil melihat konflik adik-beradik itu dari sudut pandang trauma dan sikap pilih kasih ibu bapa: “Kesiann kat dua-dua sebenarnya. Tapi lagi kesian dekat kakaknya mak ayah pilih kasih. Dia buat macam tu tu pun semua punca mak bapak dia. Adik nampak kesakitan dia, kakak pendam semua kesakitan dia. Both ada trauma yang tak sama... kakak maybe redha dengan takdir, adik sebaliknya. Actually dedua tak salah sebab cara kita memandang kehidupan itu yang berbeza. Betullah kadang adik-beradik bergaduh punca dari ibu bapa sendiri.” — @itsonlysyeraa (LINK)
Perkongsian tersebut membuka mata ramai netizen yang sebelum ini hanya beremosi marah, sekali gus membuktikan bagaimana penulisan skrip Racun Segumpal Hati dan penghayatan emosi Riena Diana dan Mira Filzah berjaya membuatkan penonton benar-benar larut dalam penceritaan sehingga terbawa-bawa ke media sosial.



Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.