Pengarah: Brett Haley
Penulis Skrip: Yulin Kuang, Amos Vernon, Nunzio Randazzo
Pelakon: Emily Bader, Tom Blyth, Miles Heizer, Molly Shannon, Alan Ruck, Jameela Jamil
Syarikat Produksi: 3000 Pictures, HarperCollins Publishers, Temple Hill Entertainment
Pengedar: Netflix
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 118 minit
Tarikh Tayangan: 09 Januari 2026
Trailer:
Poppy (Emily Bader) bekerja sebagai penulis genre travel tapi mengalami writer’s block. Dia mendapat jemputan perkahwinan dari rakan baiknya, David (Miles Heizer) di Barcelona. Poppy cuba mengelak tapi ketua editor yakinkan dia untuk pergi supaya dia mendapat ilham. Dalam masa yang sama, dia juga boleh perbaiki balik hubungan bersama abang David yang juga pernah menjadi kawan baik Poppy iaitu Alex (Tom Blyth).
9 tahun sebelumnya Poppy dan Alex bertemu pertama kali di Boston College. Alex setuju untuk tumpangkan Alex kerana mereka tinggal di kampung yang sama, Linfield, Ohio. Kerana mengalami masalah, Alex dan Poppy terpaksa tinggal dalam bilik hotel yang sama sementara tunggu hari siang. Poppy cuba menjaga batas kerana Alex sudah mempunyai teman wanita bernama Sarah (Sarah Catherine Hook) dan tak mahu insiden tersebut menimbulkan salah faham.
Dari pertemuan pertama, Poppy dan Alex serasi bersama dan berjanji akan luangkan masa untuk pergi bercuti ketika musim panas setiap tahun. Sebaik saja Poppy sampai di Barcelona, dia bertemu dengan Alex dan kedua-duanya mula canggung setelah apa yang berlaku.
Naskhah rom-com People We Meet on Vacation adalah adaptasi dari novel dengan judul yang sama karya nukilan Emily Henry dan diterbitkan pada tahun 2021. Novel People We Meet on Vacation mengambil inspirasi dari filem When Harry Met Sally tapi mana-mana rujukan pun I tak baca atau tengok lagi. I pernah tengok Jab Harry Met Sejal (2017), remake dari Bollywood so roughly boleh lah nampak konsep dia macam mana.
Penceritaan People We Meet on Vacation arahan Brett Haley diolah menggunakan konsep non-linear bila kita diceritakan bagaimana Poppy dan Alex bertemu kemudiannya berjanji untuk luangkan masa bersama. Kan orang kata kalau nak kenal individu tu macam mana, pergi travel sama-sama jadi tak mustahil lah kalau Alex dan Poppy boleh tangkap cintan walaupun Alex ada Sarah dan Poppy in relationship dengan lelaki lain juga.
I tak berapa suka dengan watak Poppy sebab dia menjengkelkan. Kalau menumpang kereta orang mungkin boleh behave sikit lah kot tapi dia jenis langgar je. Cuma Poppy ni tak lah merepek sangat sebagai manusia, tetap function juga dan mungkin sebab tu juga Alex mudah untuk setuju dengan cadangan dia.
Boleh faham juga kenapa Alex suka dengan Poppy yang santai dan berbeza personaliti dari dia tapi kenapa Alex main tarik tali bila masing-masing dah suka? Nampak macam Poppy yang susah nak dijangka tapi sebenarnya Alex yang bermasalah.
Seronoknya bila menonton People We Meet on Vacation ialah terletak pada landskap destinasi perlancongan Poppy dan Alex. Aktiviti yang mereka berdua buat sepanjang pergi bercuti pun seronok, hilang lah tension kerja bila tengok both of them have fun.
Macam bulan madu di New Orleans tu, teringat pula siri The Originals sebab banyak shoot dekat situ. Cuti musim panas dekat Tuscany pun cantik, Poppy dengan Alex nampak dewasa tapi elegan. Walaupun cuma shoot dekat Can Llambà dan sekitar kawasan Llagostera, Sepanyol tapi dapat lah vibe tu.
Kelemahan pada filem People We Meet on Vacation terletak pada dinamik dan chemistry Emily Bader dan Tom Blyth sebagai watak utama. Dinamik hubungan mereka berdua kurang menyala berbanding romantic couple yang lain. Tension tu ada tapi tak kuat dan dengan mudah boleh dismissed kalau ada potential relationship dengan yang lain.
Watak sampingan dalam dunia Alex dan Poppy ada banyak watak yang kuat tapi screentime masing-masing tak lah begitu banyak untuk kita nampak dan kenal personaliti mereka semua. Babak ibu dan ayah Poppy prepare banyak barang masa Poppy dengan Alex nak pergi berkhemah tu kecoh dan kelakar.
Apapun, filem terbitan 3000 Pictures, HarperCollins Publishers dan Temple Hill Entertainment tak lah teruk sangat untuk ditonton, sesuai lah untuk tontonan santai bagi genre romantic komedi. Filem ni tak ada rewatch value yang tinggi sebab main lead tak ada chemistry yang kuat.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.8, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 7.4/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.