Movie Review | Bhediya (2022)

Saturday 3 June 2023


Director: Amar Kaushik
Writer: Niren Bhatt
Cast : Varun Dhawan, Kriti Sanon, Abhishek Banerjee, Deepak Dobriyal, Paalin Kabak
Production Companies: Maddock Films, Jio Studios
Distributor: Jio Studios
Genre: Horror / Comedy
Running Time : 156 minutes
Release Date : 25 November 2022
Trailer :


Installment terbaru untuk horror comedy universe kepunyaan Maddock Films membuka kisah Bhediya (Serigala Jadian) yang wujud di bahagian utara India di kawasan Arunachal Pradesh. Bhaskar Sharma (Varun Dhawan) ditugaskan untuk mendapatkan persetujuan kesemua penduduk di kawasan tersebut untuk projek pembinaan lebuh raya. 

Kerana trip tersebut memakan masa berbulan lamanya, dia ajak Janardhan a.k.a JD (Abhishek Banerjee), sepupunya ikut bersama. Di sana mereka berjumpa dengan Jomin (Paalin Kabak) yang juga merupakan kawan baik Bhaskar. 


Bukan sesuatu yang sukar pun untuk Bhaskar yakinkan penduduk kampung di situ kerana dia memilih untuk approach generasi muda yang inginkan kemodenan. Generasi lama pula lebih berpegang kepada amanat generasi sebelumnya untuk menjaga kelestarian hutan.

'They don't even know what this generation wants. You want Netflix, not nature. You want i-Pads, not trees. You want Starbucks, not black-bucks. You prefer Jungle Books over jungle and Tiger Shroff not the real tiger!' – Bhaskar


Kerana projek tersebut Bhaskar digigit oleh serigala jadian di bahagian punggung. Jomin cadangkan supaya Bhaskar dirawat oleh veterinar, Dr. Anika (Kriti Sanon) kerana tak mahu khabar angin virus Yapum menyerang pekerja pembinaan. Luka Bhaskar dalam namun anehnya luka dia sembuh serta-merta. Deria baru dan pendengaran dia juga meningkat. Fizikal badannya pula semakin tegap. Setiap kali bulan mengambang, Bhaskar berubah menjadi Bhediya.

Lepas kecewa dengan spin-off Roohi (2021), tak letak expectation tinggi untuk instalment terbaru dalam universe mitos Maddock Films ni. Surprisingly filem Bhediya menarik untuk ditonton walaupun plotnya ringkas sahaja. Skrip yang kemas ditambah dengan dialog kelakar yang menghiburkan antara kekuatan Bhediya. Bonus lah sebab naskhah arahan Amar Kaushik adalah original story. 


Kalau Stree (2018) mengangkat tema feminism di mana Vicky si tukang jahit ukur badan wanita tanpa menyentuh pun, filem Bhediya pula lebih kepada diskriminasi kaum. Watak JD sentiasa cari peluang untuk ejek Jomin yang berfizikal seperti orang Cina. 

‘JD discriminates against me casually over every little thing! Even you laugh at his jokes. Do you think I don’t feel bad? He’s been pestering me to show him Kung-Fu. Want to see some Kung-Fu? I don’t know any Kung-Fu. For you folks, all of North East is a Shaolin temple and we are Jackie Chan’s and Bruce Lee’s children! When people call us Chinese in our own country, it sounds like cursing words. It really hurts. And JD, if one’s Hindi is weak, it doesn’t make him any less Indian!’- Jomin


Nikita Grover pandai cari pelakon yang sesuai untuk watak Jomin, kelakar bukan saja pada dialog dia tapi juga pada ekspresi. Sama level dengan Abhishek sebab tak terlampau guna ekspresi sampai nampak over. Chemistry antara Kriti Sanon dengan Varun Dhawan tak perlu dipertikaikan lah sebab dah pernah tengok diorang berdua dalam Dilwale (2014) sebelum ni. Comel tengok diorang spend time dalam lagu romantik Aapna Bana Le. 

Masa tengok watak JD macam pelik juga lah kenapa Abhishek Banerjee berlakon lagi dalam filem Bhediya sebab nanti ada crossover dengan kisah Stree 2. Rupanya JD adalah Janaa yang diculik oleh Stree dan penulis explain di hujung cerita Bhediya. Ni bukan spoiler sebab dalam lagu Thumkeshwari, Shraddha Kapoor ada buat kemunculan istimewa. 



Pengarah pun dah umumkan Bhediya 2 (2025) akan ditayangkan selepas Stree 2 (2024) dan kedua-dua filem berkait cuma macam mana perjalanannya tu tak pasti. Pelakon filem Roohi pun akan muncul juga dalam Stree 2 nanti cuma macam mana diorang nak olah watak Vicky dan Bhawra juga menjadi tanda tanya. 

Dalam Bhediya juga, ada babak kelawar yang masuk ke rumah Jomin. Di second half pula Bhediya panggil kelawar untuk bantu dia. Boleh jadi produser bagi hint untuk Vampire? Possible juga kalau Tiger Shroff jadi Vampire sebab Bhaskar menyebut nama dia dekat first half. Kalau ikutkan serigala jadian dengan Vampire tak geng sebab gigitan serigala berbahaya untuk Vampire tapi tak ada masalah untuk bekerjasama. Fakta yang I belajar dari The Vampire Diaries, tak penting tapi wajib tahu. 


Walaupun filem Bhediya menang Best Special Effects dekat Filmfare Awards tapi I lebih seronok tengok hasil VFX dalam filem Brahmastra (2022) sebab penggunaan kesan khas dalam filem ni nampak tak kemas sangat. Ular nak melintas pun pakai vfx padahal boleh guna ular betul untuk nampak natural. Ular dekat atas badan Bhaskar pun sama. Katak melompat pun nak pakai VFX padahal katak melompat je pun dalam babak tu. 

Surprisingly penggunaan VFX masa Bhaskar bertukar menjadi serigala tu tak lah nampak sangat kartun dia macam babak Zafar Chaudhary lawan lembu dalam filem Kalank (2019). Teruk Varun kena bash sebab babak tu. Babak akhir bila Bhaskar seru semangat alam tu pun nampak cantik. Keindahan alam semulajadi di kawasan pergunungan pun terjejas lah dengan penggunaan VFX sebab lagi cantik touch up tone grading saja. Music album Bhediya semuanya mengasyikkan. Apna Bana Le Female version sedap sangat sampai terbuai dengan suara lunak dia. 


Kalau tengok pada prolog filem Bhediya dah boleh nampak siapa Bhediya Alpha yang gigit punggung Bhaskar cuma kita tak dihidangkan sehingga lah pengarah tunjuk pertemuan Beta dengan Alpha. Transition VFX Bhediya Alpha pun terlihat cantik dan mudah, jauh berbeza dengan Bhediya Beta yang menyakitkan. Bila tengok perubahan tu baru tahu siapa yang diceritakan oleh Panda (Deepak Dobriyal). 

Suka tengok serigala jadian dalam filem Bhediya sebab comel macam anjing husky cuma saiz dia tak lah besar sangat macam serigala jadian dalam Teen Wolf ataupun The Vampire Diaries dan Twillight. Comel tengok Bhediya senyum bila Janaa sebut pasal Mithun sebab dia kenyang sangat makan lembu tu. 


Dah selesai layan Bhediya ni semangat balik nak tunggu kemunculan Stree 2 tapi harapnya tak banyak penggunaan VFX lah macam Bhediya ni. Sayang sangat Bhediya terkena tempias Boycott Bollywood sebab filem ni ada potensi kutip pulangan yang lebih tinggi. Kalau kutipan tinggi, produser boleh guna khidmat VFX yang lebih mantap.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.2/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.