Movie Review | Para Betina Pengikut Iblis (2023)

Sunday 18 June 2023


Pengarah:  Rako Prijanto
Penulis Skrip: Anggoro Saronto, Rako Prijanto
Pelakon : Mawar de Jongh, Hanggini, Sara Fajira, Adipati Dolken
Syarikat Produksi: Falcon Black
Pengedar: Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 90 minit
Tarikh Tayangan: 16 Februari 2023
Trailer :

\

Selepas naskhah remake Bayi Ajaib (2023), Falcon Black muncul dengan sebuah lagi naskhah seram yang ditayangkan di Netflix berjudul Para Betina Pengikut Iblis arahan Rako Prijanto. Bermula dengan kisah Sumi (Mawar de Jongh) menguruskan ayahnya, Karto (Derry Oktami) yang sakit dan perlu dipotong sebelah kakinya kerana luka yang teruk. Tak diceritakan dengan jelas penyakit apa, yang pastinya Dr. Freedman (Hans de Kraker) memberi painkiller ataupun morphine untuk mengurangkan rasa sakit tersebut.

Bila ayahnya sakit, pendapatan mereka juga terjejas kerana warung gulai kepunyaan ayahnya tidak beroperasi. Sumi cuba meminta bantuan Pak Mimin (Agus Koncoro) namun lain pula yang dimintanya. Iblis (Adipati Dolken) datang membantu Sumi dengan mengarahkan dia supaya guna saja daging manusia sebagai daging gulainya. 

Sumi mencuri mayat Ningrum (Anindya Arioni) yang mati dibunuh di kaki bukit. Sejak hari tersebut, warung gulai Sumi sentiasa penuh dengan orang. Sementara itu roh Ningrum meminta pertolongan dari Sari (Hanggini) untuk menuntut keadilan kerana jawapannya ada pada Asih Cempaka (Sara Fajira).  

Naskhah seram terbaru ni mempunyai jalan cerita yang segar dan menarik di mana pada akhirnya kesemua watak mempunyai pertalian untuk menjadi pengikut Iblis. Dari tajuk lagi kita dah tahu motif Iblis mengumpul pengikutnya dan dari poster kita tahu watak yang mana cuma tak tahu alurnya bagaimana. 

Kalau sembang tentang Iblis manipulasinya yang menjadi kekuatan namun dalam naskhah Para Betina Pengikut Iblis kelihatan agak lemah dialognya. Tak banyak pun hasutan yang dia perlu lakukan untuk tarik kesemua betina ni sebagai pengikut sedangkan watak Sari jaga ibadah dia. Kalau jaga ibadah maksudnya tinggi lah iman dia tapi sebaliknya. Mungkin sebab dia miskin jadi mudah untuk dia termakan kata-kata Iblis tapi olahan penulis dan pengarah adalah kelemahan terbesar. 

Pace filem Para Betina Pengikut Iblis adalah perlahan dan mempunyai banyak persoalan yang tak terjawab. Dapat jawapan untuk kehilangan Ibu Sumi tapi tiada jawapan untuk Ahmad. Macam mana Sari boleh pilih jalan gelap dan menguasai ilmu tersebut juga tak diceritakan. 

Walaupun naskhah Para Betina Pengikut Iblis diklasifikasikan sebagai genre seram tapi lebih kepada gore bila banyak close up shot untuk darah dan babak sembelih atau melapah. Tak nampak real pun sebab masa Sumi pegang usus nampak sangat kain basah yang dicelup dengan cat merah. Personaliti Iblis tak seram pun. Muka dia tempek tepung berlapis itupun tak rata lepastu mata merah sebab pedih masuk tepung gamaknya. Patutnya biar saja Iblis berpakaian kemas seperti dalam babak dia bertemu Sari pada masa muda dulu. Tak memasal Iblis jadi meme Iblis tersakiti. 

Tak pasti dengan latar masa dalam filem ni sebab di rumah Sumi dah ada freezer tempat menyimpan daging sebab kalau tengok pada gaya pakaian mayarakat di situ, macam zaman 1800, zaman Belanda menjajah Indonesia. Ditambah pula dengan kehadiran watak Dr. Freedman. Tengok gaya keluarga Sumi macam tak mampu pun nak beli freezer. Watak Sari pula dye rambut dengan warna burgundy which something quite questionable for that era. Tambah pula di kawasan pedalaman macam tu. Mungkin dia baru pulang dari somewhere sebab pakaian dia agak moden. 

Lakonan Mawar dan Hanggini ada masanya nampak over sangat dengan reaksi muka yang dibikin psiko dalam beberapa babak. Patutnya pengarah relaks je sebab mengganggu screenplay. Berbeza dengan babak Sumi stress dengan ayah dia sebab terlihat natural dengan ketegangan yang dimasukkan. 
Filem Para Betina Pengikut Iblis ni ada sekuelnya so hopefully pengarah atau produser improve mana yang perlu. Sayang lah naskhah yang berpotensi jadi bahan ejekan. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 = 4.8/10

1 comment

  1. tu dia.. Gore dan seram tapi tak berapa menjadi ye.. Ada nampak poster filem ini..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.