Movie Review | Harum Malam (2022)

Sunday 11 June 2023


Pengarah : Dain Said
Penulis Skrip: Ben Omar, Dain Said, Nandita Solomon 
Pelakon : Amanda Ang, Eriza Allya, Idan Aedan, Joey Daud, Faizal Hussein, Nabila Huda, Nadiya Nisaa, Pearlly Chua
Syarikat Produksi: Apparat, Skop Productions, D'Ayu Pictures. 
Pengedar: Disney+ Hotstar
Genre: Seram / Misteri
Durasi Tayangan: 102 minit
Tarikh Tayangan: 9 Februari 2023
Trailer :


Industri perfileman kembali menggunakan bunga sebagai simbolik seram dalam penceritaan. Dulu, bunga harum sundal malam dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam, kali ni menggunakan bunga bangkai dalam naskhah seram terbaru arahan dan penulisan Dain Said. Mengisahkan tentang sebuah keluarga kecil yang mempunyai anugerah dan membantu menghalau hantu yang merasuk manusia. 

Iqbal (Idan Aedan) mendapat petanda ibunya, Dina (Nadiya Nisaa) akan meninggal namun kata-katanya tidak diendahkan oleh Norman (Bront Palarae). Bagi ayahnya, cepat mereka selesaikan kerja tersebut, cepat lah mereka pulang walaupun dalam perjalan tersebut mereka diganggu oleh makhluk dari alam lain. Kerana kes itu juga, Dina meninggal dunia kerana ingin selamatkan Iqbal. 


Murung dengan kenyataan tersebut, Norman meminta bantuan Tok Guru (Faizal Hussein) untuk mengunci hijab Iqbal. Namun ujian datang mengganggu apabila Jamil (Remy Ishak) mengajak Norman dan Iqbal masuk ke rumah hijau miliknya. Kata Jamil dia sedang menantikan bunga gergasi untuk kembang mekar kerana bunga tersebut hanya mekar dalam tempoh 8 tahun sekali. 

Jamil tugaskan Norman untuk menjaga rumah hijau tersebut sementara dia ke Medan untuk mencari spesies bunga eksotik yang baru. Tanpa pengetahuan Norman, Iqbal mengajak Ah Boy (Arnie Shasha) Yaya (Angelica Petra), Ali dan Bob masuk ke rumah hijau hingga menyebabkan mantera di pintu bilik dicabut. Kerana kejadian tersebut, flat tersebut mendapat tetamu yang tak diundang. 


First half filem Harum Malam dilihat menarik dengan pengenalan pada keluarga yang berkecimpung dalam perubatan alternatif sebab di Malaysia pun banyak saja keluarga sebegini cuma tak didedahkan kepada umum kerana bukan profesion utama. Sayangnya tempoh masa mereka bekerja dalam bidang itu agak kabur sebab cara Norman mengubat lemah sangat. Dekat kes pertama yang diceritakan pun dia dah terbaring padahal baru jejak masuk dalam bilik. Cara Dina bekerja pun tak cermat. 

Tak ada masalah pun dengan penggunaan surah Al-Fatihah tapi boleh nampak lah amatur lagi. Kalau amatur, kenapa satu keluarga berani merawat orang yang dirasuk sedangkan berlawan dengan hantu, jin apatah lagi saka yang dipuja perlukan banyak tenaga. Kalau Dina tahu Iqbal ada kelebihan sama macam dia kenapa tak prep Iqbal dari awal? Kenapa biarkan anak dia dalam ketakutan sedangkan yang mengubat kena ada pendinding yang kuat.


Bila pihak polis datang untuk menyiasat kematian Rahim (Joey Daud) boleh nampak jalan cerita dah mula mengarut. Kes pembunuhan belum selesai tapi polis tak seal kawasan untuk elak orang awam masuk. Norman pula boleh masuk ke rumah hijau untuk bekerja macam biasa sedangkan crime scene mana boleh diusik supaya bukti kekal terjaga. 

Tak ada langsung babak pihak forensik atau Detektif Zehan (Nabila Huda) buat kerja selain soal siasat Iqbal dan Norman. Faham mereka tak boleh tahan Norman sebab tak cukup bukti tapi pihak polis buat kerja apa bila ada 3 pembunuhan ngeri? Masa polis jumpa rangka manusia dalam pasu bunga bangkai tu takkan tak siasat kepunyaan siapa?


Pace penceritaan terlampau perlahan walhal banyak plot yang boleh dikembangkan supaya penceritaanya jelas. Jelas potensi Nabila Huda tersia sedangkan dia dikira otai dalam filem genre seram. Babak Iqbal dan Norman berlawan dengan hantu saka di hujung pun drag lama. 

Bab lakonan watak utama tak perlu disangkal lagi bila barisan utama adalah pelakon yang berbakat walaupun Idan baru setahun jagung dalam dunia perfileman. Sebelum ni dah pernah tengok Idan dalam drama Mr. Midnight (2022) yang juga mempunyai kuasa ilmu ghaib. 


Para pelakon untuk watak-watak sampingan saja yang lemah sedangkan ruang yang diberikan terhad. Amanda Ang tak mampu nak deliver watak ibu Ah Boy, tak nampak langsung maternal love dia. Kalau ikutkan cerita Ah Boy, Anna menangis hampir setiap malam kerana rindukan anak sulung yang hilang tapi tengok fizikal dia tak macam orang nanar gelisah pun.  

Filem Harum Malam ada potensi untuk jadi naskhah seram yang menarik dan mengerikan kerana visualnya raw dan gory. Kecut perut tengok Jamil hayun parang lawan hantu. Malangnya,naskhah ni  tercela dengan penggunaan CGI yang berlebihan dan skrip longgar. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.4 = 5.8/10

3 comments

  1. tak pernah tengok dah filem genre seram sekarang. penakutnya makin menjadi jadi

    ReplyDelete
  2. Hala tuju keluarga yang merawat tu tak jelas sangatkan.. Lebih pada pembongkaan kehilangan mayat dan balas dendam je..

    ReplyDelete
  3. ala.. typo pula.. #pembongkaran

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.