POLIS EVO 3 DIABADIKAN DI MURAL GERGASI

Tuesday 27 June 2023

POLIS EVO 3 DIABADIKAN DI MURAL GERGASI | “Filem Tempatan Pertama Catat Sejarah Sekaligus Lancar T-Shirt Eksklusif Untuk Peminat”

Kuala Lumpur, 25 Jun 2023 – Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures telah berjaya meraih kutipan panggung lebih RM51 juta dan sekali gus menjadi filem nombor 1 paling laris 2023. Rentetan daripada kejayaan dan sambutan positif daripada penonton serta peminat, filem Polis Evo 3 telah diabadikan di dalam sebuah mural di Jalan Kemuning, Dang Wangi. 

Sesi pelancaran telah diadakan di lokasi mural tersebut pada hari ini dan dihadiri oleh pelakon utama, Shaheizy Sam dan Zizan Razak bersama Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam, Ketua Pegawai Eksekutif TGV Pictures & TGV Cinemas, Encik Tan Lay Han, Penerbit dan wakil Produksi BlackFlag, Joel Soh serta Pengarah Syafiq Yusof. 

Sementara itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Daryl Smith. Selain itu, turut dihadiri Pengarah Eksekutif  Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL, YBHG. Datuk TPr Sulaiman Bin Mohamed. 

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Sebagai tanda terima kasih atas sokongan peminat dan penonton, pihak kami telah mengabadikan Polis Evo 3 dengan menghasilkan lukisan mural graffiti. Lukisan Polis Evo 3 ini juga menjadi filem tempatan pertama diabadikan di sebuah mural. Para peminat juga berpeluang hadir dan bergambar kenangan bersama mural istimewa ini. Selain itu, menerusi lukisan mural ini, kami cuba membawa mesej selaras dengan tagline Polis Evo 3 iaitu ‘Kita Lagi Kuat Boh’ kepada masyarakat di mana kita mampu melakukan dan atasi apa sahaja rintangan dengan usaha bersama”. 

Mural ini menyaksikan gabungan elemen desa dan bandar sebagai latar Inspektor Khai dan Inspektor Sani dihiasi dengan tagline Polis Evo 3, ‘Kita Lagi Kuat Boh’. Simboliknya adalah tidak kira di mana jua anda berasal, kita mampu mencapai impian masing-masing dengan usaha. Mural setinggi 1000 kaki persegi itu merupakan hasil lakaran Abdul Rashade Studio. Mural ini mendapat sokongan daripada pihak DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) yang mengalu-alukan usaha ini dalam mempromosikan kesenian dan kebudayaan bagi memberi impak dalam menaikkan imej Bandaraya Kuala Lumpur.

Sementara itu, pihak Astro Shaw juga turut melancarkan penjualan t-shirt eksklusif Polis Evo 3 secara rasmi. Terdapat 3 reka bentuk berbeza untuk pilihan peminat dan boleh dibeli di laman sesawang The Merchist dengan harga RM79.00.

Polis Evo 3 mengisahkan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. 

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi. 

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. 

1 comment

  1. Wah!! Tahniah untuk team Polis Evo 3.. Kalau lalu nak bergambarlah di sini..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.