FENOMENA 10 TAHUN EJEN ALI: KONSERT ORKESTRA ‘EJEN ALI IN CONCERT’ BAKAL GEGAR PLENARY HALL KLCC | Tiket Early Bird Kini Dibuka! Jom Sama-Sama Raikan 10 Tahun Ejen Ali!
KUALA LUMPUR, 24 September 2026 — Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2016, francais animasi terbitan Wau Animation dan Primeworks Studios, Ejen Ali, terus mencetuskan fenomena luar biasa serta memikat hati jutaan peminat daripada pelbagai lapisan usia. Meraikan sedekad perjalanan Ejen Ali, satu pertunjukan muzik berskala besar, Ejen Ali In Concert, bakal berlangsung pada 28 dan 29 November 2026 bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Mempersembahkan runut bunyi Ejen Ali ke pentas megah, konsert ini bakal dipimpin oleh Pengarah Muzik, Azri Yunus, dengan iringan 41 ahli orkestra KL City Opera serta barisan vokalis ikonik. Sebanyak 22 buah susunan muzik hasil gubahan Pengarah Muzik sendiri bakal dipersembahkan secara langsung, mengadunkan muzik orkestra dan elemen animasi bagi menghidupkan dunia Ejen Ali secara nyata di atas pentas.
Bagi memberikan pengalaman yang lebih sesuai untuk pelbagai lapisan usia penonton, konsert ini dirangka khusus menerusi dua sesi persembahan berbeza:
1. Family Fun Day (11.00 Pagi)
Sesi mesra keluarga yang menampilkan persembahan lagu-lagu popular, lengkap dengan aktiviti interaktif bersama Ejen Ali dan rakan-rakan.
- Harga Tiket Pakej Keluarga: RM200 untuk 4 tiket (2 Dewasa & 2 Kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah).
- Harga Tiket Individu: RM69.
2. Ejen Ali In Concert (8.00 Malam)
Pertunjukan malam berskala penuh yang menampilkan iringan orkestra, penyanyi vokal asal dan artis jemputan termasuk Hael Husaini dan Ida Rahayu. Barisan artis lain akan diumumkan dari semasa ke semasa.
- Harga Tiket: Bermula dari CAT D (RM 119), CAT C (RM 149), CAT B (RM 238), CAT A (RM 269), Premium (RM299), sehingga Kategori VIP (RM369).
Berita baik buat peminat! Tiket Early Bird rasmi kini boleh didapati di WOWTIX bermula 24 September 2026. Pembeli tiket sepanjang tempoh promosi ini turut berpeluang membawa pulang cenderamata eksklusif edisi terhad.
Lebih daripada sebuah persembahan muzik, konsert ini menjadi penanda aras baharu dalam industri animasi tempatan serta satu bentuk penghargaan buat semua yang telah menyokong Ejen Ali sepanjang sedekad. Pertemuan muzik, animasi dan orkestra ini membuka ruang buat peminat meraikan perjalanan Ejen Ali bersama-sama serta mencipta kenangan baharu.
Ayuh, dapatkan tempat anda sekarang! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah persembahan muzik animasi terbesar tanah air dan saksikan sendiri keajaiban Ejen Ali In Concert secara langsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 28 dan 29 November 2026. Bertindak segera!
Untuk maklumat lanjut serta perkembangan terkini, ikuti akaun media sosial rasmi Ejen Ali di Facebook (@EjenAli), Instagram (@ejen_ali), dan TikTok (@ejenali_official).



Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.