Penyanyi, pelakon dan pengacara baharu, Azeva, tampil memeriahkan pentas Borneo Rising untuk minggu kedua, menggantikan Sherry Alhadad yang mempunyai komitmen kerja di Semenanjung. Bergandingan bersama Zizan Razak, Azeva mencuri perhatian dengan personaliti unik dan bersahajanya, sekali gus menambahkan lagi warna pada persaingan minggu ini yang berlangsung di ITCC.
Minggu kedua menyaksikan Petrova terus mengungguli kedudukan dengan markah keseluruhan 73.18%, diikuti Joy di tempat kedua dengan 64.36%, manakala Dabra melengkapkan tiga kedudukan teratas dengan 63.59%.
Sementara itu, Michelle (48.27%), Jecinta (42.04%) dan Aadel (39.04%) menduduki kelompok tiga terbawah. Namun, hanya Jecinta dan Aadel yang perlu meneruskan perjuangan ke Battle Song pada minggu hadapan selepas Michelle diselamatkan oleh juri, Shila Amzah.
Mengangkat tema “Trend X Ethnic”, episod minggu ini sekali lagi menyaksikan tiada peserta yang tersingkir, menjadikan persaingan antara para peserta semakin sengit menuju minggu seterusnya. Siapakah yang bakal bertahan dalam Battle Song antara Jecinta dan Aadel?
SENARAI LAGU & MARKAH PESERTA
| Petrova: Tak Adil - Aisha Retno (73.18%) |
| Harvard: Jangan Paksa Rindu - Ifan Seventeen (61.01%) |
| Dabra: Perkasa - Mimi Fly & Aman Ra (63.59%) |
| Rizzani: Diam - Hael Husaini (54.25%) |
| Harris: Hijab Rindu - Black (59.90%) |
| Aadel: Aku Bukan Narsisis - Hazama (39.04%) |
| Joy: Seribu Kemanisan - Dato’ Sri Siti Nurhaliza (64.36%) |
| Jecinta: APT - Rose ft Bruno Mars (42.04%) |
| Faris: Aishiteru 2 - Zivilia (50.66%) |
| Michelle: Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah (48.27%) |
INFO PROGRAM ‘BORNEO RISING’
Borneo Rising, program pencarian bakat dengan vokal padu, kerjasama CelcomDigi Berhad, bakal bersiaran selama lapan (8) minggu bermula dari 6 September 2026 secara langsung dari ITCC Mall, Penampang Sabah, setiap Ahad jam 9PM, menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), serta boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.
▪ Borneo Rising turut menampilkan RTM sebagai rakan penyiar strategik, Astro Gempak sebagai Rakan Digital dan ERA, ERA Sabah & ERA Sarawak sebagai Rakan Radio Rasmi.
▪ 12 barisan peserta yang bakal berentap di pentas Borneo Rising ialah Dabra dari Likas Sabah, Jecinta dari Miri Sarawak, Petrova dari Papar Sabah, Harris dari Kuching Sarawak, Syukri dari Kinabatangan Sabah, Aadel dari Kuching Sarawak, Afiq dari Sandakan Sabah, Michelle dari Landu Sarawak, Joy dari Sandakan Sabah, Faris dari Kuching Sarawak, Harvard dari Penampang Sabah, dan Rizzani dari Tawau Sabah.
▪ Borneo Rising menawarkan pengundian pantas dan automatik menerusi WhatsApp tanpa perlukan aplikasi. Imbas kod QR di kaca TV, pilih peserta dan jumlah undi, serta tambah nilai kredit CelcomDigi bila-bila masa. Undian awam ini menyumbang 20% daripada keputusan akhir, manakala 80% selebihnya dinilai oleh juri. Layari gempak.com/borneorising untuk maklumat lanjut.
▪ Para juri mempunyai kuasa untuk menyelamatkan seorang peserta serta menentukan siapa yang akan bertanding dalam pusingan “battle”. Dalam pusingan itu, juri akan memutuskan siapa yang layak meneruskan perjuangan dan siapa yang akan meninggalkan pertandingan.
▪ Pemenang utama Borneo Rising berpeluang menerima sebuah single dan video muzik baharu, pembangunan kandungan digital, sokongan pemasaran dan promosi, serta peluang pendedahan merentas platform televisyen, radio dan digital Astro, wang tunai dan trofi sumbangan Astro.
Saksikan episod seterusnya Borneo Rising, setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104), TV Okey (Saluran 146) serta secara On Demand menerusi Astro GO, Sooka dan RTMKlik.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.