Jalan-Jalan di Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka Kuala Lumpur

Sunday, 27 September 2026

Selesai sarapan di Oriental Kopi, kitorang jalan-jalan di sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad. Sejak dibuka semula, belum pernah lagi berjalan ke sini. Tapi kitorang jenguk gitu-gitu je sebab nak tengok apa yang ada, for future refrences. Badan tak lah larat sangat nak berjalan lama sebab tak rehat lagi lepas balik dari Ipoh. 






Pagi Merdeka ni dah ramai dah orang makan dekat sini. Nak bergambar dekat sini pun ada 3 group bergilir-gilir ambil gambar. Bab lighting tak payah fikir sangat sebab natural lighting padu. 

Cubaan untuk ambil gambar secara berseni



Pergi belah belakang lagi ramai orang sebab shot dekat sini pun cantik. Ada banyak spot yang berlatarkan menara jam. 


Tempat Aishah Retno berjoget inang untuk lagu Jodoh Lebaran. 


Berbaloi juga datang masa Merdeka sebab ada banyak bendera Malaysia. 

Ikutkan nak juga try masuk dalam galeri tapi yang jaga pun tak reti nak explain In english atau Bahasa jadi kitorang batalkan je lah niat tu. Balik dari sini nampak dekat Threads, YB kena kecam sebab ambil pendatang asing bekerja dekat bangunan bersejarah negara. Valid juga lah yang marah tu sebab yang menjaga pun tak pandai nak explain itu ini. 


Disebabkan tak boleh nak masuk mana-mana galeri, kitorang bergambar je lah sebagai tanda hadir. Nanti ada rezeki lah try masuk ke dalam pula untuk tengok galeri dekat dalam. 

Dekat area sini boleh nampak Masjid Jamek Kuala Lumpur, Sungai Klang atau River of Life, Menara Kuala Lumpur dengan Merdeka 118. Nasib baik bau Sungai Klang tak sampai BSAS. Boleh lah tenang tenang makan dan ambil gambar aesthetic.


Seronok ambil gambar dekat dalam Bangunan Sultan Abdul Samad ni sebab semua tempat bersih even tandas dia pun bersih dan selesa. Rasanya kalau tawaf dua tiga kali boleh dapat 10,000 langkah ni. atau mungkin lebih. 

Dekat tingkat atas ni ada restoran Banglo 289. Saja masuk sebab nak tengok interior dia, eksklusif sikit lah berbanding Banglo 289 cawangan lain. Lepas dah penat berjalan, kitorang pergi Niko Neko dekat sebelah Oriental Kopi. 


Cantik lah interior dia, ikut tema vintaj selari dengan Bangunan Sultan Abdul Samad tapi versi minimalis. Masa datang tu staff dia tengah explain semua perisa aiskrim tapi ada perisa yang unavailable. 


Tak ingat lah I ambil perisa apa. Yang pastinya aiskrim dia sama je dengan air matcha, pekat dan kaya rasa matcha. Tengok warna pun dah tahu. I suka aiskrim perisa matcha strawberry tapi order Iced Latte Matcha. 



Kitorang lepak kejap dekat cafe dia sebab ada tempat duduk. Aircond dia pun sejuk. 


Masa tengah seronok menyembang ni tangan tertepis air. Nasib baik lah sempat halang dari jatuh tapi ada lah sikit tertumpah kena handbag dengan seluar. Thanks to that Chinese lady yang hulurkan tisu dan tolong I hadang air dari jatuh. I bukan lah sejenis clumsy tapi ada masa dia muncul juga clumsy tu hshshs


Kitorang duduk tak lama pun sebab nak balik awal. Plan asalnya nak balik sebelum pukul 2 petang tapi dah terlajak sebab keluar pun lambat. Pukul 3 lebih kitorang sampai rumah. 

1 comment

  1. Cantik gambar. Natural lighting. Tak pernah jenjalan situ.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.