Pengarah: Bryan Singer
Penulis Skrip: Jane Goldman, Simon Kinberg, Matthew Vaughn
Pelakon: Hugh Jackman, James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Halle Berry, Anna Paquin, Elliot Page, Peter Dinklage, Ian McKellen, Patrick Stewart
Syarikat Produksi: 20th Century Fox, Marvel Entertainment, The Donners' Company, Bad Hat Harry Productions, Kinberg Genre, Down Productions
Pengedar: 20th Century Fox
Genre: Superhero
Durasi Tayangan: 131 minit
Tarikh Tayangan: 10 Mei 2014 (Javits Center), 23 Mei 2014 (United States)
Trailer:
Pada tahun 2023, robot bernama Sentinels memburu dan membunuh mutan dan juga manusia yang mempunyai keturunan mutan atau sesiapa yang melindungi mutan. Di Moscow, Kitty Pryde (Elliot Page), Blink (Fan Bingbing), Warpath (Booboo Stewart), Bishop (Omar Sy), Iceman (Shawn Ashmore) dan Sunspot (Adan Canto) bertarung dengan Sentinel untuk pastikan Kitty dapat masa yang cukup untuk menghantar Bishop beberapa hari ke masa lalu untuk maklumkan keadaan mereka.
Mendengar khabar tersebut, Storm (Halle Berry), Wolverine (Hugh Jackman), Magneto (Ian McKellen) dan Charles Xavier (Patrick Stewart) berkumpul di sebuah tokong Cina yang terpencil. Di sana Prof X terangkan bahawa program Sentinel diwujudkan oleh Dr. Bolivar Trask (Peter Dinklage) yang mencipta senjata yang terhasil dari sampel DNA kepunyaan Mystique (Jennifer Lawrence) pada tahun 1973.
Prof X cadangkan supaya pulang ke tahun 1973 dan halang Mystique dari membunuh Trask tapi perjalanan tersebut boleh membunuh Xavier lalu Logan wakilkan diri kerana dia sahaja yang mempunyai kuasa penyembuhan. Sebaik saja sampai, Logan terus menuju ke X-Mansion kemudian terjumpa dengan Dr. Hank Mcoy (Nicholas Hoult) yang maklumkan bahawa sekolah tersebut ditutup kerana Perang Vietnam sementara Magneto ditahan setelah membunuh Presiden John F. Kennedy.
Agak sukar untuk Logan yakinkan Charles Xavier muda (James McAvoy) kerana dia di dalam fasa kemurungan setelah dikhianati oleh Erik Lehnsherr (Michael Fassbender). Charles juga boleh berjalan kerana serum yang dihasilkan oleh Hank namun hilang kuasa telepatinya.
Instalment ketujuh X-Men membawakan latar masa yang agak jauh dari filem The Wolverine (2013) dan X-Men: The Last Stand (2006) namun tak lah terlalu jauh dari X-Men: First Class (2011). Kalau ikutkan, sekuel secara langsung kepada First Class bila Marvel Entertainment mengekalkan pelakon yang sama.
Bryan Singer yang bekerja untuk X-Men (2000) dan X2 (2003) kembali ke bangku pengarah menggantikan Matthew Vaughn yang mengarahkan X-Men: First Class (2011). Matthew memilih untuk bekerja dalam filem Kingsman: The Secret Service (2014) dan Fantastic Four (2015).
Filem X-Men: Days of Future Past mempunyai jawapan ke mana perginya Azazel, Angel, Riptide dan mutan lain. Havok (Lucas Till) juga ada kemunculan yang pendek untuk jelaskan beberapa mutan ditangkap oleh Mejar Stryker sebagai eksperimen tentera. Banyak watak dari X-Men era lama dan baru dimuatkan dalam 131 minit tayangan bersama konflik dan peristiwa-peristiwa penting pada latar masa tersebut.
Dari instalment ni juga peminat X-Men berkenalan dengan Peter / Quicksilver (Evan Peters) yang mempunyai kuasa untuk bergerak dengan sangat laju. Walaupun dia cuma membantu sikit sahaja tapi kemunculan dia menyuntik elemen komedi.
Menarik tapi tak puas sebab penulis fokus pada watak utama yang mempunyai konflik peribadi. Sekali lagi Charles dan Erik bertelagah tentang prinsip mereka berdua. Sekali lagi James McAvoy dan Michael Fassbender berjaya menghidupkan dinamik juga emosi yang kuat untuk watak mereka berdua.
Walaupun filem X-Men: Days of Future Past adalah hasil sutradara Bryan Singer namun penceritaan masih lagi seakan sama dengan X-Men: First Class (2011) yang menghasilkan sebuah naskhah yang bergaya. Mungkin sebab skrip ditulis oleh pengarah lama dan produksi tak nak penonton X-men era baharu hilang minat bila bertukar pengarah.
Dalam filem X-Men: Days of Future Past, bukan saja dapat tengok Charles Xavier muda, malah dapat juga nampak Prof X yang sepatutnya dah meninggal selepas Jean Grey mengamuk dalam X-Men: The Last Stand (2006). Mungkin ada kaitan dengan end credit tapi Marvel tak ceritakan pun macam mana Prof X boleh hidup semula.
Lepas The Wolverine (2013), watak Logan sekali lagi muncul sebagai maskot X-Men tapi entah bila dia nak faham yang dia bukan tandingan Magneto pun. Wolverine ni kacak dan gagah perkasa tapi kurang bijak. Dia boleh hidup lama pun sebab kuasa penyembuhan tu dan Magneto sibuk dengan agenda dia. Kalau tak, mungkin Wolverine duduk lama dalam sungai. Dalam The Wolverine (2013), Logan ingat tentang masa lalu dia tapi dalam filem ni sebaliknya. Entah lah tak faham kenapa universe ni mengelirukan.
X-Men: Days of Future Past dikategorikan sebagai instalment yang terbaik dalam siri X-Men namun watak antagonis agak lemah bila penulis tak kembangkan kenapa Dr. Bolivar Trask benci dengan mutan sampai sanggup wujudkan Sentinel yang boleh membahayakan manusia. Sekurang-kurangnya, Mejar Stryker ada misi untuk cipta super soldier demi keselamatan negara. Bila watak antagonis lemah, tak semena-mena bagi peluang pada Magneto untuk naik sheikh.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10
%20poster.jpg)
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.