Minggu 1 Borneo Rising | Vokal Dabra Cetus Sorakan ITC, Kesemua Peserta Mara Ke Minggu 2

Monday, 7 September 2026

Minggu pertama Borneo Rising menyaksikan peserta Dabra di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 78.95%, diikuti oleh Petrova (76.92%), Syukri (72.28%), Havard (71.36%), Harris (67.66%) dan Joy (66.91%) yang berjaya menawan kedudukan enam teratas. 

Menarik perhatian barisan juri dan para penonton dengan persembahan nyanyian lagu Wicked Game oleh penyanyi Chris Isaak, Dabra turut membawa pulang RM 1,000.00 selepas dipilih sebagai pemenang Persembahan Paling Power sumbangan CelcomDigi di segmen terakhir. 

Minggu This Is Me ini juga menyaksikan tiga peserta Faris, Rizzani dan juga Aadel berada di kedudukan bawah apabila mendapat markah keseluruhan terendah, namun pihak juri telah mengambil keputusan untuk menyelamatkan Faris di saat akhir, dan Rizzani serta Aadel akan menentukan nasib mereka di pentas Borneo Rising pada minggu ke-2 dengan pertandingan battle di segmen pertama. 

SENARAI LAGU 

Dabra: 
Wicked Game
 - Chris Isaak
 (78.95%)

Afiq: Ku Dengannya Kau Dengan Dia - Afgan (61.38%)

(Rizzani: Lembah Kesepian - Haqiem Rusli (49.03%)

Syukri: Bertakhta Di Hati - Faradhiya (72.28%)

Jecinta: Menjaga Jodoh Orang Lain - Ara Johari (62.13%)

Faris: Rampas - Akim & The Majistret (58.11%)

Harris: Mengapa Perpisahan Kau Pinta - Flybaits (67.66%)

Aadel: Sejati - Wings (45.27%)

Michelle: I Surrender - Celine Dion (59.45%) 

Joy: Tak Mungkin Berpaling - Slam (66.91%)

Harvard: Lay Me Down - Sam Smith (71.36%)

Petrova: Sial - Mahalini (76.92%)

INFO ‘BORNEO RISING 2026’

• Penjurian Borneo Rising bakal ditentukan dengan 80% pemarkahan dari juri professional dan 20% dari undian penonton.

• Borneo Rising menawarkan pengundian pantas dan automatik menerusi WhatsApp tanpa perlukan aplikasi. Imbas kod QR di kaca TV, pilih peserta dan jumlah undi, serta tambah nilai kredit CelcomDigi bila-bila masa. Undian awam ini menyumbang 20% daripada keputusan akhir, manakala selebihnya dinilai oleh juri. Layari gempak.com/borneorising untuk maklumat lanjut.

• Para juri mempunyai kuasa untuk menyelamatkan seorang peserta serta menentukan siapa yang akan bertanding dalam pusingan “battle”. Dalam pusingan itu, juri akan memutuskan siapa yang layak meneruskan perjuangan dan siapa yang akan meninggalkan pertandingan.

• Borneo Rising bakal bersiaran selama 8 minggu bermula dari 6 September 2026 sehingga 25 Oktober 2026 secara langsung dari ITCC Mall, Penampang Sabah, setiap Ahad jam 9PM, menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), serta boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

• Borneo Rising turut menampilkan RTM sebagai rakan penyiar strategik, Astro Gempak sebagai Rakan Digital dan ERA, ERA Sabah & ERA Sarawak sebagai Rakan Radio Rasmi.

• Pemenang utama Borneo Rising berpeluang menerima sebuah single dan video muzik baharu, pembangunan kandungan digital, sokongan pemasaran dan promosi, serta peluang pendedahan merentas platform televisyen, radio dan digital Astro, wang tunai dan trofi sumbangan Astro.

• 12 barisan peserta yang bakal berentap di pentas Borneo Rising ialah Dabra dari Likas Sabah, Jecinta dari Miri Sarawak, Petrova dari Papar Sabah, Harris dari Kuching Sarawak, Syukri dari Kinabatangan Sabah, Aadel dari Kuching Sarawak, Afiq dari Sandakan Sabah, Michelle dari Landu Sarawak, Joy dari Sandakan Sabah, Faris dari Kuching Sarawak, Harvard dari Penampang Sabah, dan Rizzani dari Tawau Sabah.

Saksikan episod baharu Borneo Rising pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), TV Okey (saluran 146), On Demand, Astro GO, Sooka & RTMKlik.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.