Pengarah: Gavin Hood
Penulis Skrip: David Benioff, Skip Woods
Pelakon: Hugh Jackman, Liev Schreiber, Danny Huston, Dominic Monaghan, Ryan Reynolds
Syarikat Produksi: 20th Century Fox, Marvel Entertainment, Dune Entertainment, The Donners' Company, Seed Productions
Pengedar: 20th Century Fox
Genre: Superhero
Durasi Tayangan: 107 minit
Tarikh Tayangan: 08 April 2009 (Sydney), 01 Mei 2009 (United States)
Trailer:
Pada tahun 1845, James Howlett (Troye Sivan), seorang budak lelaki tinggal di Northwest Territories menyaksikan ayahnya dibunuh oleh Thomas Logan. Berang dengan insiden tersebut, James bunuh ayah kandungnya kemudian lari dari situ bersama abang tirinya, Victor Creed (Michael-James Olsen). Mereka berdua sama-sama mempunyai kuasa menyembuhkan diri dan kuku tajam yang diperbuat dari tulang. Walaupun mudah patah, pasti akan tumbuh semula.
Semasa membesar, Victor (Liev Schreiber) dan James (Hugh Jackman) menyertai American Civil War, Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua juga Perang Vietnam. Di Vietnam, Victor semakin kejam dan agresif lalu ingin memperkosa wanita Vietnam dan membunuh pegawai yang menghalang dia. James dan Victor ditembak sehingga mati tapi terselamat kerana sel mutan.
Mereka berdua kemudiannya berjumpa dengan Mejar William Stryker (Danny Huston) dan menjadi ahli Team X. Selain Victor dan James, Agent Zero (Daniel Henney), Wade Wilson (Ryan Reynolds) yang handal dengan senjata katana, teleporter John Wraith (will.i.am), Fred Dukes (Kevin Durand) yang memiliki kekuatan luar biasa dan technopath bernama Chris Bradley (Dominic Monaghan).
Mereka bertugas untuk beberapa misi hingga James tarik diri dan hidup di kawasan yang terpencil sebagai manusia biasa bersama teman wanitanya, Kayla Silverfox (Lynn Collins).
Filem X-Men Origins: Wolverine ditayangkan lebih awal dari X-Men: First Class (2011) tapi sebab tak nak keliru dengan susur masa, I layan ikut susur masa sebenar. Sebelum layan filem X-Men dengan watak Wolverine di dalamnya, layan dulu filem X-Men Origins: Wolverine arahan Gavin Hood yang menceritakan bagaimana Logan / Wolverine dapat kuku besi adamantium dia. Besi yang sama dengan perisai Captain America: The First Avengers (2011).
Walaupun ingat babak dia jadi bahan eksperimen Mejar Stryker tapi langsung tak ingat penglibatan Logan dalam Team X bersama ahli yang lain. Siapa Victor Creed pun dah lupa langsung. Sebelum ni ada babak Deadpool beria curi device untuk pergi ke universe lain supaya boleh bunuh Wade Wilson yang creepy dalam filem Deadpool 2 (2018), rupanya hasil eksperimen Mejar Stryker juga.
Disebabkan Team X ni lah Logan bertemu dengan Wade dan Wade dalam filem ni pun memang annoying. Logan dah cakap Wade boleh jadi ejen yang hebat tapi jangan buka mulut. Ryan Reynolds muncul sekejap sahaja tapi dah buat I terhibur. Sayang lah Deadpool tak ada dalam Avengers: Doomsday nanti.
Ingatkan pertama kali jumpa Daniel Henney dalam filem Confidential Assignment 2: International (2022) rupanya dekat dalam filem X-Men Origins: Wolverine. Dia nak watak antagonis sebab dah bosan berlakon watak baik. Gerun juga lah tengok kegigihan dia nak bunuh Logan dalam filem ni, tak kasi can langsung. Babak kejar Wolverine dengan helikopter antara babak yang menarik dalam filem X-Men Origins: Wolverine. Sama juga dengan fight scene antara Wolverine dan Gambit (Taylor Kitsch) walaupun I rasa macam tak perlu pun Gambit nak emo beria. Ego je lebih.
Hugh Jackman pula menghidupkan watak Wolverine dengan penuh gaya, maskulin dan berkarisma. Tak hairan lah kalau Marvel Studios tak mampu cari pelapis baru untuk Hugh tapi I boleh imagine Jacob Elardi sebagai Wolverine. Screen presence dan fizikal dia tak lari jauh dengan Hugh Jackman.
Perjalanan hidup Wolverine agak tragis juga lah dan boleh faham kenapa watak dia agak ganas dan lebih suka bergerak sendiri lepas berjumpa dengan X-Men nanti. Even dalam filem X-Men: First Class (2011) pun ada babak Wolverine tolak tawaran Charles dengan Erik.
Selain Logan / Wolverine, lakonan Liev Schreiber juga menjadi pesaing yang kuat untuk watak utama bila kuasa mutan dia tak jauh beza. Kalau dia pun ada kuku besi macam Logan, mungkin dia akan join Magneto sebab personaliti dia pun dah ke arah situ.
Penghujung filem X-Men Origins: Wolverine agak mengelirukan bila Emma Frost (Tahyna Tozzi) yang terkurung dalam tahanan Mejar Stryker berumur belasan tahun sedangkan Professor Charles dah berusia. Lagi pelik bila Charles boleh berdiri tanpa bantuan tongkat pun sedangkan dia lumpuh lepas bergaduh dengan Magneto dalam X-Men: First Class (2011) yang berlatarkan tahun 1962.
Dari filem X-Men Origins: Wolverine ni lah Professor Charles bertemu dengan Scott Summer / Cycolps, adik kepada Havok. Tapi macam pelik juga lah kenapa Havok tak jaga adik dia lepas dah terlibat dengan X-Men. Franchise X-Men ni bercelaru sikit macam ada konflik dalaman padahal ada rujukan utama iaitu komik Wolverine
1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.8, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 7.9/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.