Jalan-Jalan Ipoh | Tokong Sam Poh Tong

Monday, 21 September 2026

500 meter dari kawasan Tasik Cermin adalah Tokong Sam Poh Tong yang terkenal dengan binaan berasaskan batu kapur. Tokong dekat sini dari permulaan kurun ke-19 tapi tak sure binaan dia bermula tahun 1950 ataupun hujung kurun ke 18 tu sebab tahun 1910 dah ada tokong batu kapur tu. 

Masa kitorang datang ni tak banyak kereta lagi jadi senang sangat nak dapat tempat parking, betul-betul berhadapan dengan Tokong Sam Poh Tong. Kawasan laman ada zen garden. Cantik bergambar dekat situ sebelum matahari naik atas kepala. 


Dekat dalam kolam ni ada ikan koi tapi pihak tokong tak ada pulak jual makanan ikan. Ikan dia besar-besar jugak. Boleh ralit tengok ikan dekat dalam kolam ni. 




Dekat bangunan dua tingkat ni ada kafeteria dengan tandas tapi tak pasti lah makanan yang dijual semuanya vegetarian ataupun ada juga makanan lain. Kitorang tak masuk pun dekat situ, cuma tengok dari luar sebab ada anjing dekat bahagian depan. Anjing dia jinak tapi kitorang yang takut. 


Masa tengah bergambar dekat taman tu, ada uncle ni tegur kenapa tak masuk dalam? Dia kata kalau orang datang mesti sampai depan je padahal tokong yang cantik dengan taman kura-kura ada dekat dalam. 

Dekat bahagian pintu masuk tu ada sinki untuk staff tokong bersihkan tomato dengan lobak merah. Ada kaunter juga untuk beli sayur yang dah siap dibersihkan dan dipotong untuk bagi makan pada kura-kura. 



Dekat bahagian tengah ni akan berjumpa ruang penganut Buddha sembahyang dekat sini. Pagi tu tak lah ramai orang tapi masa kitorang balik dah mula ramai yang berdoa depan patung dewa. Dekat dalam Google nampak gambar naga tapi dekat sini tak perasan lah pulak ada naga. Dinding dia kosong je kebanyakannya, mungkin dekat ruangan lain sebab kitorang tak jenguk semua ruang pun.


Lantai dalam tokong ni cantik. 



Tak ingat berjalan berapa meter dalam terowong gua batu kapur tu tapi tak jauh sangat pun. 



Ni lah tokong lama yang cantik tu. Sebelum ni boleh masuk dalam tapi disebabkan bangunan dia dah tak kukuh, banyak retak dan terhakis jadi pihak tokong tutup terus. Boleh tengok dari jauh je tokong ni sebab sekeliling dia dah berpagar. 


Tak pasti lah kenapa boleh ada air pancut dekat depan tokong ni sebab dia macam tak kena dengan aesthetic tokong lama tu. Dah la tak center. 

Tokong lama ni bila tengok depan-depan lagi cantik sebab tingkap dia diperbuat dari kayu buluh. Dalam gambar ni entah kenapa jadi kabur, mungkin sebab asap colok ataupun sebab jerebu. 


Thank you uncle ambilkan gambar kitorang!



Ni lah taman kura-kura dekat Tokong Sam Poh Tong. Banyak kura-kura dia tapi tak ada yang besar gila, mungkin baru buka kot. Ramai yang datang bagi makan dekat kura-kura ni tapi tak tahu lah kalau selit doa sekali. 


Gambar kaki tanda hadir!



Kitorang tak lama pun dekat dalam tokong ni sebab dah mula ramai orang. Berdekatan dengan Tokong Sam Poh Tong ni ada lagi dua tokong tapi tak sempat lah nak pergi semua. Tengok dari luar je lah mampu. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.