Pengarah: Indra Putra (Sanji)
Penulis Skrip: Baitem Smikxa, Zint
Pelakon: Meerqeen, Aedy Ashraf, Nadhir Nasar, Aeril Zafrel, Joey Daud, Eric Fuzi, Darina Porhun, Fadhli Masoot, Namie, Hun Haqeem, Wawa Zainal, Delimawati, Arfie Shah
Syarikat Produksi: Wawa Global Sdn Bhd, Respected Citizen Sdn Bhd
Pengedar: TGV Cinemas
Genre: Komedi / Aksi
Durasi Tayangan: minit
Tarikh Tayangan: 27 November 2025
Trailer:
Klepet dalam filem terbaru terbitan Wawa Global membawa maksud mencuri atau menipu mengikut definisi slang masyarakat sekarang. Filem yang bermula dengan pengembaraan santai tiga sahabat karib – Paly (Aedy Ashraf), Jany (Nadhir Nasar) dan Wady (Merqeen) ke Melaka menaiki motorhome Mendam Berahiy.
Angkara seronok berparti hingga 4 pagi dengan Kumpulan Motorhome yang lain, mereka bertiga tidur nyenyak sampai tak sedar motorhome mereka jadi tempat gadis misteri bernama Lola (Darina Porhun) untuk bersembunyi. Lola dikejar oleh Yak (Joey Daud) dan Jud (Eric Fuzi) kemudiannya tanpa sengaja jadi saksi pembunuhan yang dilakukan oleh Hitman (Aeril Zafrel) di dalam hutan.
Nak dijadikan cerita, Jany yang terkejut dengan jeritan Lola semasa memandu terlanggar Hitman. Semasa periksa keadaan kereta dan Hitman, Paly ternampak beg berisi duit. Jany tak sedap hati tapi Paly buat keputusan untuk curi dan lari sementara tak ada sesiapa yang nampak kemalangan tersebut. Mereka berempat bersembunyi dan berehat sebentar di Hotel Astakona sambil menunggu Lawi, ketua gangster datang untuk cuci duit yang dicuri tadi.
Filem Klepet arahan Indra Putra (Sanji) merupakan spin-off dari komik berjudul Under 18 karya ilustrasi Zint yang pernah popular tahun 2002. Watak Paly, Jany dengan Wady pernah jadi watak sampingan dalam dunia Under 18 tapi sebanyak mana tu tak pasti sebab dalam filem Klepet Zint ada masukkan pertemuan trio ni dengan watak-watak utama Under 18. Komik ni masa zaman sekolah so dah tak ingat jalan cerita dia macam mana.
Tahun 2025 agak menarik untuk industri perfileman sebab watak komik Keluang Man dan komik Under 18 keluar dari dunia ilustrasi dan muncul dalam live action. Usaha dan ilham produser bersama team production pun disokong oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menerusi bantuan Dana Kandungan Digital (DKD).
Kembali kepada filem Klepet, gandingan tiga pelakon muda – Aedy Ashraf, Nadhir Nasar dan Merqeen adalah gandingan yang segar dan bertenaga. Dinamik dari ketiga-tiga pelakon buatkan perjalanan filem menghiburkan. Lawak yang dimasukkan menjadi sebab santai dan bersahaja.
Aedy Ashraf sebagai Paly mungkin nampak matang antara mereka bertiga tapi kepala angin. Watak dia pelat L bertukar jadi R tapi sayangnya, pelat dia tak menjadi. Sarikata dekat bawah lagi pelat dari watak Paly. Mungkin sebab penggambaran selama 18 hari sahaja sebab semua pelakon sibuk jadi pengarah tutup mata je lah bab ni. Nadhir Nasar sebagai watak Jany yang tenang, polos dan lembut hati antara mereka bertiga. Bab solat memang jaga tapi masa berpesta, sakan juga dia menari. Tak pasti lah macam mana dia boleh melekat dalam geng ni.
Masa tengok trailer, I ada expectation yang watak Merqeen dalam Klepet akan jadi watak paling menarik dan menyerlah antara mereka bertiga. Bila tengok full movie, memang puas hati sebab comic timing Merqeen padu. Favourite teruk babak dia menganjing Yak dalam kereta.
Penceritaan Klepet bergerak laju dengan segala huru-hara yang berlaku namun mudah difahami dan menghiburkan sebab penulis tak guna banyak watak. Kemunculan Fadhli Masoot sebagai Dr. Jebat mengukuhkan lagi genre komedi Klepet walaupun ruang yang diberikan agak terhad.
Masa pengarah masukkan elemen drama tu kurang menjadi sebab Paly dengan Jany tak ada alasan yang kukuh pun untuk sembunyikan rahsia dari Wady. Kenapa dua-dua watak ni tak melawat Wady dekat penjara pun tak diceritakan.
Kenapa Jany lari dari Paly dan Wady tu boleh faham lah sebab gaya hidup masing-masing pun menakutkan untuk orang yang beriman macam Jany. Babak tu terasa dipaksa dan rushed untuk menyelami hati tiga sahabat ni. Tapi lelaki kan, bukan nak bercerita sangat tahu-tahu keluar surah Al-Insyirah.
Filem Klepet bukan filem tontonan umum sebab ada banyak dialog yang double meaning dari semua watak. Watak Lola pun bukanlah berakal sangat orangnya terutamanya dekat second half. Kenapa Lola tak berkomunikasi dengan trio guna apps AI yang dicipta khas oleh Jany lepas nampak mereka bertiga bergaduh besar. Tapi sebab Klepet guna genre komedi so benda tu boleh abaikan saja lah.
Kalau suka dengan filem komedi macam franchise Hantu Kak Limah atau filem Tiga Janda Melawan Dunia (2022), filem Klepet tampil dengan komedi yang sama. Sakit perut gelak dari awal sampai ke hujung filem. Boleh kata filem Klepet, filem komedi terbaik untuk tahun ni.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.8 = 9.2/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.