Kalau sembang pasal Matcha selalu sangat nampak matcha lovers rate Niko Neko Matcha dekat tangga teratas dalam carta. Sebelum ni dah pernah try matcha dekat MUJI, so kali ni nak rasa matcha yang terpaling padu.
Gerak dari rumah jam 9 sebab nak sampai dekat Pasar Seni jam 10 pagi tapi buka Google baru tahu Niko Neko Matcha buka jam 11.00 pagi. Haa mereput. Turun MRT jalan-jalan dulu tengok bunga dan seni. 10.50 dah sampai depan cafe lepastu bergambar dengan Merdeka 118. Pagi Sabtu lepas macam ramai orang sebab ada fun run under FWD.
Nasib baik kitorang dah standby depan cafe sebelum roller shutter buka sebab tak lama lepas tu dah ramai dah orang beratur nak beli matcha.
Konsep cafe ni industrialist dan minimalis. Meja dia kecil je tapi bila buka menu dah boleh faham kenapa. Ada matcha dengan pemanis mulut sahaja. Itupun boleh kira dengan jari. Amazed lah dengan Niko Neko ni sebab menu tak banyak tapi boleh stay on top of the game. Staff dia tak payah stress nak hafal banyak menu pun.
Tak lama pun nak tunggu Matcha Ajisai ni siap sebab barista tak whisk matcha lama pun. Diorang pakai frother je. Sama macam cafe matcha yang blender sebab nak cepat tu. Kitorang sama-sama ambil Ajisai Matcha sebab itu je yang ada. rupanya Ajisai Matcha ni yang ZUS guna so lidah tak terkejut sangat sebab dah biasa minum matcha ni.
Dalam menu ada bagitahu Ajisai ada rasa umami yang tinggi dan clean aftertaste and yes, lepas dah habis minum memang tak ada rasa matcha tertinggal pun tak macam MUJI. But I love both sebab dua-dua sedap. Kuantiti sama tapi I would go for MUJI sebab barista dia whisk lama so matcha dia gebu. Harga pun murah sikit dari Niko Neko.
Plan asalnya nak makan Matcha cheesecake tapi nampak macam tak menarik so I go for Triple Crunch Cubes Matcha Brownies. Harga dia keras ye sobat, satu plate ni RM 22.00 untuk one bite crunchy brownies. Nak makan guna garfu tak lut sebab keras sangat baru keluar dari fridge so kita makan pakai tangan je lah. Lantaklah hilang aesthetic ke tak yang penting cepat selesai boleh cepat keluar sebab dah ramai yang menunggu.
Cubes ni ada tiga perisa, yang hijau pekat tu matcha dengan susu, yang krim adalah kacang dan coklat gelap adalah matcha dan coklat. Paling sedap, matcha dengan susu, second matcha dengan coklat. Yang kacang tu terlampau berkrim sampai muak. Mungkin kena makan terus one bite lepastu minum air matcha untuk bilas tekak.
Sejam juga lah stay dekat situ tapi berbaloi lah duit yang mengalir bersama masa yang terbuang. Happy dah merasa matcha paling sedap tapi kalau nak ke sini lagi nak try REN Matcha pulak sebab dia lagi pekat.










Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.