Festival Taman Kuala Lumpur 2025, Taman Tasik Titiwangsa

Thursday, 20 November 2025

Bersempena dengan ASEAN 2025, Festival Taman Kuala Lumpur 2025 diwujudkan untuk pamerkan budaya seni Malaysia. Ada banyak aktiviti dari 17 Oktober 2025 sampai 28 Oktober 2025 dari pagi sampai malam tapi kitorang pergi 20 Oktober punya je sebab masa tu cuti Deepavali. 


Dari rumah naik MRT Putrajaya Line turun dekat stesen Hospital Kuala Lumpur. Baru nak gerak ke Taman Tasik Titiwangsa, ternampak ada pakcik pegang board Festival Park. Dia kata ada shuttle van percuma untuk pengunjung event ni. 


Kitorang pun naik lah buat ghaso ghaso tapi menyesal sebab sangkut lama atas jalan. Kena tunggu pengunjung tak ada kesedaran sivik park dekat laluan turunkan penumpang lagi, dah tahu halang laluan orang, lama pula dia selesaikan urusan dia. I repeat apa yang pemandu van tu cakap je 😝


Lepas turun dari van kena beratur lama untuk registration. Jadi lama sebab ramai bayar guna QR, tempat ramai orang sah-sah la line slow. Tapi hadap je lah, siapa suruh nak pergi berjalan tempat ramai orang kan. Lepas dapat tiket, kitorang bergambar dekat bahagian depan tapi tak dapat nak bergambar dekat gerbang masuk sebab ramai sangat orang. Kalau erase object pun tak mampu jadi cantik hasilnya. 


Sebab tak tahu nak mula dari mana, kitorang mula dengan Mystical Titiwangsa dulu. Dari depan pun dah build high expectation. Tak pasti lah tengkolok emas ni memang ada ataupun dibikin khas untuk Festival Park KL 2025. Dekat pintu masuk Mystical Titiwangsa kena tunjuk kad untuk crew cop validation stamp. 





Mystical Titiwangsa, tempat di mana kisah dan kenyataan bertaut, antara dunia manusia dan alam yang tak terlihat. Di sinilah bermulanya sebuah pengembaraan menelusuri tujuh ruang yang sarat makna, keindahan dan ujian tersembunyi. Setiap langkah membawa pengunjung ke alam berbeza, ada yang memukau dengan cahaya, ada yang menggamit dengan suara, ada pula yang memerangkap jiwa dalam pesona dan ilusi. Namun, di sebalik semua keindahan itu, tersirat satu rahsia agung menanti untuk ditemui oleh mereka yang benar-benar melihat dengan mata hati. Maka bermulalah perjalanan ini bukan sekadar menjejaki ruang dan seni, tetapi mencari makna di sebalik keindahan yang memanggil dalam diam. 


Masuk dekat ruang dalam dah nampak pelbagai jenis tanaman indoor. Dekat bawah dah merimbun, yang bergantungan dekat atas pun banyak berjuntai. Dalam ni ada aircond gedabak so sejuk je lah tapi tak best sebab sempit dan sesak. Nak bergambar dekat buaian tu pun ambil masa lama. Nak bergambar dekat cermin tu pun penuh dengan orang so bergambar ssup ssap je pastu blah. 





Dah masuk ke ruangan kedua tu okay lah sikit sebab tak sesak sangat. Dekat sini ada Batu Belah Batu Bertangkup tapi dia tak bergerak pun. Kalau tak bagitahu dia Batu Belah Batu Bertangkup  confirm tak tahu sebab ingatkan batu hiasan biasa je T.T







Menarik dan kreatif dekat ruang ni sebab tak pernah nampak lagi obor-obor jadi main attraction macam ni. Yang tak syoknya bila dekat sini  ramai budak-budak main aci ligan. Tangan pulak jenis nak pegang semua benda padahal material sama je dari depan sampai belakang. Ruang ni kecil je, fragile pulak tu sebab buat dengan styrofoam. Nak bergambar pun susah sebab budak-budak lalu lalang, lama jugak lah tunggu untuk ruang tu clear. Kalau buat video cantik jugak area sini sebab angin dari aircond tu terbangkan tentacles dia. 




Dekat ruang ni ada Puteri Hang Li Po berjalan tengok rakyat jelata. Kalau ada yang nak bergambar, pergi je dekat dia tapi most of the time dia tengok kalau ada plants yang tersasar dari kedudukan asal. Crew tapi dual function. Ada lagi seorang pakai pakaian tradisional Sarawak tapi tak jumpa pulak masa ni sebab ramai betul nak bergambar dengan dia. 



Ruang ketiga ada stage LED besar untuk bergambar dekat dengan pintu untuk keluar.



Mystical Titiwangsa ada 3 bahagian. Yang pertama dekat ruang masuk, kemudian kawasan outdoor dan bahagian terakhir box indoor yang sama dengan bahagian awal. Dekat ruang outdoor ni ada ruang Ulek Mayang, ruang Pak Pandir dan Mak Andeh juga ruang Badang. 


Ruang Ulek Mayang ni cantik kalau bergambar sebab ada air pancut Tasik Titiwangsa dekat belakang. Lighting je lah problem sebab boleh jadi backlight. 

Ulek Mayang - Ruang ini mengalun tenang dengan semangat Ulek Mayang, sebuah kisah yang menautkan dunia manusia dan alam ghaib dalam harmoni yang halus dan mempersona. Di sini, konsep Social Hub and Living Zone diterjemahkan melalui landskap yang minimalis namun penuh gaya, tempat di mana manusia bersatu, berbicara dan bernafas dalam satu rentak kehidupan. Setiap elemen taman disusun dengan keseimbangan di antara ketenangan dan gerak antara dunia nyata dan yang tersembunyi. Ia bukan sekadar ruang untuk bersantai , tetapi tempat untuk jiwa diseru untuk kembali berhubung dengan alam yang memberi. 



Taji - Di ruang ini, tawa masa silam bergema semula menghidupkan semangat Pak Pandir dan Mak Andeh, pasangan lagenda yang mengajar erti hidup melalui kelucuan dan kebijaksanaan rakyat. Di celah derai ketawa, pengunjung diajak menyusuri zaman lampau melalui permainan tradisional yang pernah menjadi nadi kehidupan kampung. Setiap langkah dan putaran permainan ini bukan sekadar hiburan, tetapi warisan yang menyatukan generasi dalam rentak nostalgia yang sederhana, tulus dan penuh makna. '

Tak pasti permainan taji ni macam mana sebab ada ruang berpasir dekat kawasan Pak Pandir dan Mak Andeh ni tapi kosong saja. 




Siapa punya idea buat bentul kepala lembu guna jerami dengan rumput kering ni? Comel!!!



Air Badang dari Mocktail Lion City Apple Zess ni free flow tapi cukup lah sekali minum sebab manis letinggggg. Bahagian outdoor ni a bit funny to me sebab description dia jelaskan konsep minimalis untuk bersatu dengan dunia nyata dan dunia ghaib tapi too messy to connect. But I respect the effort. Mungkin kalau malam lagi sampai kot feel tu. 




Masuk ke bahagian akhir Mystical Titiwangsa ni dimulai dengan ruang terrarium. Ramai gila ambil gambar dekat sini sebab semua hiasan cantik. I gagal untuk ambil gambar close-up macam warga emas yang lain. Mungkin sebab phone case I yang visible sangat. 











Lama sebab tunggu Fariha ambil gambar dekat setiap akuarium 











Selesai dekat ruang situ, bergerak sedikit ke depan ada ruang tinjau 2 tingkat. Tak ada apa pun dekat atas ni tapi boleh lah tengok kawasan batu dan kawasan Puteri Gunung Ledang dari atas. 









Lepas 10 minit bersantai dekat ruang atas, kitorang turun ke bawah untuk masuk ruangan paparan LED. Tak ingat ada berapa visual dekat dalam ni, rasanya dalam 6 visual macam tu. Kalau nak bergambar dekat visual yang disukai kena tunggu lama lah sikit untuk dia bertukar ganti. 



Keluar dari ruang LED ni akan jumpa dengan ruang batu. I amazed dengan hiasan dekat ruang ni sebab cantik. Dekat ruang bawah dibiarkan kosong dengan tanah hitam, bahagian atas penuh dengan lumut dan tanaman. 






Ruangan terakhir adalah ruang Puteri Gunung Ledang di mana akan berjumpa crew berpakaian seperti Puteri Gunung Ledang. Dia ramah orangnya, tak lokek dengan senyuman, tak macam Puteri Gunung Ledang dalam hikayat lama atau filem Hang Tuah. 





Dekat sini ada display 7 dulang dengan 7 bekas tembaga yang berbeza. Setiap bekas melambangkan 7 permintaan Puteri Gung Ledang kepada Sultan Melaka yang nak masuk meminang. Tapi dekat dalam bekas tu kosong je. Mantap lah crew Mystical Titiwangsa kalau berjaya dapatkan sedulang hati nyamuk. 

Habis dekat ruang Ledang, dah tamat lah 'pengembaraan' Mystical Titiwangsa ni. Bila keluar nampak awan gelap. Masak lah kitorang sebab tak bawa payung. Dekat sini pun tak ada yang jual payung atau baju hujan. 




Nak balik pun macam rugi sebab kitorang baru selesai satu kawasan je, kawasan yang lain belum pergi lagi so redah je lah kononnya. Dekat sebelah kiri Taman Tasik Titiwangsa ni ada banyak reruai untuk beberapa jabatan Kerajaan. Kitorang tak singgah pun sebab takut sangkut lama. 



Di lereng tasik ni ada beberapa binaan seni macam ikan yang terdampar dekat tebing tasik. Dari jauh dah nampak ikan besar ni. Kreatif betul buat dari tanaman kering je. 




Masa sampai dekat ruang KL Balcony Showdown ni hujan turun pulak. Baju memasing dah la nipis. Kalau kena air memang menggigil badan. elok-elok keluar berjalan nak healing, balik nanti jadi sakit pulak. Tapi seronok je lepak dekat ruang ni sebab interior dekat balkoni yang disediakan semuanya kreatif dan cantik. 

Patutnya Malaysia kena buat kedai perabot macam IKEA sebab kreativiti menghias guna elemen Nusantara jauh lagi cantik daripada geng Hej. Tapi tu lah, poket kita poket IKEA yang basic tu je lah sebab nak beli kerusi jati dengan rotan tu mahu rabak poket 😭

But at least kita ada tempat lepak yang bercirikan Nusantara, faham tak 😭






Suka dengan balkoni contoh warna kuning ni sebab soft yellow dia bergabung cantik dengan pokok Heliconia. Kalau ada bunga dia warna merah jalur kuning tu confirm cantik. 



Bila hujan berhenti, perut pula berbunyi. Kitorang bergerak ke sebelah kanan pula untuk cari makan. Masa Festival Budaya Malaysia tu dekat ruang yang sama juga penuh dengan food vendor. Excited dan semangat nak berjalan sebab nak cari booth matcha SipNara macam haritu. 








Malangnya, Asean Market Place dekat KL Park Festival ni tak sama macam Festival Budaya Malaysia sebelum ni. Tak banyak pun food vendor yang join. Menyesal tak makan sebelum gerak sebab expect dekat sini akan ada banyak makanan macam sebelum ni. Niat nak makan vietnam roll dekat Bite Nam tapi nak tunggu dia serve customer pun lama. Lama tunggu tapi tak kena layan so gerak je lah tengok tempat lain. 






Another attraction yang cantik dan kreatif! Cantik sangat gerbang Kampung Vibes ni, kalau buat entrace open house atau wedding pun cantik. Seronok tengok ruang ni cantik tapi tak tahu lah kenapa tak masuk. Mungkin sebab lapar masa ni T.T



Pusing punya pusing tak ada pun makanan yang seronok untuk dimakan. Sudahnya buat keputusan makan dekat luar je. 



Masa tengok seni yang dipamerkan ni jadi teringat pula dengan kubur penduduk kampung dalam filem Alas Pati: Hutan Mati (2018) tu.Cantik tapi dari jauh je lah, sebab kalau dekat jadi takut. 







Tak sure lah kalau ada 14 negeri dekat kawasan ni tapi kitorang tengok dua hiasan je - Putrajaya dan Johor sebab nak save energy hshshs.Sayanglah sebab rekaan ni cantik. 



My fav area dekat Taman Tasik Titiwangsa







Dekat kawasan ni baru boleh nampak banyak sikit jenis bunga berwarna-warni. Seronok lah siapa yang dapat bunga dekat kawasan ni sebab banyak bunga yang cantik. Dapat bunga matahari tu boleh tunggu dia kering pastu makan kuaci sambil layan Netflix. 




Lepas habis bergambar dekat sini kitorang terus gerak balik sebab macam nak hujan lagi. Nasib baik kedai makan dekat belakang Pejabat Istana Budaya tu bukak, terus laju ambil pinggan cedok nasi. Lapaqqqq! Hujan pun turun dengan lebat. Sambil makan sambil berdoa tak ada atap bocor. 

Anyway, we had fun lah dekat Festival Taman Kuala Lumpur ni, kalau ada lagi memang akan pergi tapi kena makan dulu lah before jalan-jalan. Antara sini dengan Floria, menarik lagi Floria sebab ada banyak jenis bunga. Dekat Festival Taman Kuala Lumpur ni banyak ulang indoor plants yang sama je. But I do appreciate the efforts and creativity. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.