Pengarah: Kim Jae-Hong
Penulis Skrip: Park Mi-hyun
Pelakon: Lee Jin-wook, Jung Chae-yeon, Lee Hak-joo, Jeon Hye-bin
Syarikat Produksi: BA Entertainment
Penyiaran: JTBC, Netflix
Genre: Legal / Drama / Romantik
Jumlah Episod: 12 Episod (60 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 02 Ogos 2025 – 07 September 2025
Trailer:
Kang Hyo-min (Jung Chae-yeon) diterima masuk oleh Yullim Law Firm, salah satu firma guaman terkemuka di Seoul. Walaupun terlewat hadir ke sesi temuduga, Hyo-min mempunyai kemahiran dan prestasi yang bagus di mata partners kecuali Yoon Seok Hoon (Lee Jin-wook), peguam litigasi.
Seok-hoon terkenal dengan sikap dingin namun cemerlang dalam kerjanya. Semua kes akan dibantu oleh peguam Jin-woo (Lee Hak-joo) dan paralegal Heo Min-jeong (Jeon Hye-bin). Dalam kes yang ditugaskan kepada jabatan litigasi, Seok-hoon dan Min-jeong akan berbalah kerana mempunyai perbezaan pendapat tapi dalam perbezaan tersebut, mereka semakin rapat dan menang hampir kesemua kes mewakili anak guam di mahkamah.
Dalam masa yang sama, Yullim Law Firm juga mengalami konflik dalaman kerana Managing Partner Ko Seung-cheol (Kim Eui-sung) ingin bersara dan menjadi penasihat. Seok-hoon yakin pengunduran tersebut bukan kerana niat bersara sepenuhnya tapi lebih kepada mencari kambing hitam untuk aktiviti-aktiviti haram yang berlaku dalam firma tersebut.
Naskhah Beyond the Bar arahan Kim Jae-Hong berlatarkan dunia peguam sivil yang tak lagi asing dengan pelbagai kes mencabar minda dan moral. Kes yang dipaparkan terlihat menarik dengan hujah berisi dari pihak plaintif dan defendan. Macam kes lukisan yang sama antara pelukis amatur dan pelukis terkenal, kes kanak-kanak kemalangan atau kes bersubahat untuk bunuh diri.
Mungkin ada kes yang bersifat straightforward tapi olahan penulis dengan mood yang mendebarkan buatkan setiap babak di dalam kamar mahkamah terlihat tegang dan menarik. Banyak ilmu boleh dapat dalam hujahan yang dibentangkan dan keputusan hakim. Nak pula bila undang-undang Korea berbeza dengan undang-undang negara kita.
Selain seronok tengok Seok-hoon dengan Hyo-min selesaikan kes sivil, politik pejabat yang berlaku di Yullim juga mencuri perhatian. Kita diperkenalkan dengan polisi firma Yullim yang perlu dapatkan kebenaran untuk kes pro-bono, polisi bercinta dengan rakan sekerja dan banyak lagi. Seronok tengok suasana Yullim di mana setiap ketua jabatan akan perkenalkan jabatan dan kelebihan bekerja di situ.
Macam Hong Do-yun (Park Hyoung-soo) yang ceritakan kelebihan bekerja di jabatan korporat yang sentiasa mengutamakan work-life balance dan flex financial status yang paling hebat antara semua jabatan sebab klien semuanya poket tebal. Sebagai orang yang bekerja di jabatan korporat, benefit yang diceritakan tu tersangatlah menggoda sebab tak perlu sakit otak fikir tentang collection sebelum gaji.
Sama seperti mana-mana realiti kehidupan peguam sivil, kebanyakannya akan tidur di pejabat sebab tak sempat nak pulang ke rumah pun bila ada trial. Dalam drama ni, nasib kebanyakan peguam muda macam Hyo-min, Ji Guk-hyeon (Kim Kang-min), Choi Ho-yeon (Lee Ju-yeon) atau Oh Sang-chul (Pyo Jae-gyeom) pun merasa tidur dekat pejabat hampir kebanyakan masa. Tapi yang seronoknya dekat Yullim, pantry penuh dengan makanan. Tidur pun selesa sebab tak payah fikir bil elektrik bila air-cond on 24 jam, ada bilik arkib untuk cari rujukan, fasiliti pun bagus dekat firma tu.
Selain kes guaman dan suasana kerja, Hyo-min dan Seok-hoon pun bergelut dengan masalah peribadi. Seok-hoon adalah duda dan belum lagi boleh move on dengan bekas isteri sementara Hyo-min masih berfikir-fikir sama ada tunang dia, Han Seong-chan (Kang Sang-joon) adalah lelaki yang tepat sebagai suami.
Hyo-min banyak belajar dengan Seok-hoon tentang undang-undang dan juga tentang kehidupan memandangkan Seok-hoon lebih berusia dari dia. Lebih matang dan lebih bijak mengatur langkah. Kalau jadi Hyo-min pun akan pilih bercinta dengan boss sendiri sebab perangai tunang dia mengundang. Rasanya penulis tak put effort banyak sangat dalam konflik percintaan Hyo-min ni sebab watak Seong-chan memang tak menarik dari awal.
Walaupun Seok-hoon ambil masa untuk buka hati dia kepada Hyo-min tapi chemistry kedua-dua pelakon ni dah terasa dari awal lagi. Sama juga dengan second couple yang ambil masa tapi comel bila bersama. Konsep percintaan dalam drama Beyond the Bar ni slowly but surely.
Lepas tengok Beyond the Bar ni makin seronok tengok lakonan Jung Chae-yeon walaupun selalu terkeliru dengan Kim You-jung sebab muka lebih kurang. Lepas drama The Golden Spoon (2022) dan Family By Choice (2024), drama Beyond the Bar adalah drama bermutu lakonan Jung Chae-yeon. Kalau belum tengok, boleh layan dekat Netflix. Tak sabar tunggu musim kedua nanti!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.