KBS & Astro Lancar Jaguh Rakan Muda Bagi Menyerlahkan Semangat Belia Malaysia

Tuesday, 4 November 2025

KUALA LUMPUR, 3 November 2025 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia bersama Astro, peneraju hiburan dan kandungan di Malaysia, hari ini melancarkan Jaguh Rakan Muda. Sebuah rancangan realiti baharu yang meraikan kekuatan, keberanian dan perpaduan belia Malaysia. Program realiti berkonsepkan pertandingan ini bertujuan untuk mencetus inspirasi kepada generasi baharu agar berani menyahut cabaran, menonjolkan daya ketahanan, semangat berpasukan dan keazaman mereka melalui siri ujian fizikal dan mental yang menguji keupayaan diri hingga ke tahap maksimum. Penuh dengan tenaga dan emosi, Jaguh Rakan Muda akan mula bersiaran pada 10 November 2025, setiap Isnin jam 9.00 malam di Astro Ria (CH 104), 9.30 malam di Astro AEC (CH 306) dan 11.30 malam di Astro Vinmeen (CH 202). Keseluruhan siri ini juga boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.


Secara asasnya, Jaguh Rakan Muda merupakan sebuah platform untuk belia Malaysia mencabar diri sendiri, berkembang, dan mencungkil potensi mereka melalui 10 Gaya Hidup Rakan Muda iaitu; Rakan Demokrasi, Rakan Litar, Rakan Aktif, Rakan Bumi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Muzik, Rakan Mahir, Rakan Niaga, dan Rakan Prihatin. Siri ini mencerminkan komitmen Astro terhadap penghasilan rancangan tempatan yang meraikan semangat belia dengan menampilkan peserta yang mempamerkan sifat keberanian, semangat berpasukan dan keazaman untuk memberi inspirasi serta menyatukan rakyat Malaysia.


YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, berkata, “Kementerian Belia dan Sukan memberi tumpuan kepada usaha membentuk generasi belia Malaysia yang yakin, berdaya saing dan bersedia untuk memimpin. Matlamat kami adalah untuk membina komuniti belia yang dinamik dan berdaya tahan, yang mampu menyumbang secara bermakna kepada pembangunan serta perpaduan negara. Jaguh Rakan Muda merupakan salah satu inisiatif untuk merealisasikan visi ini — dengan menyediakan peluang kepada golongan muda untuk mencabar diri, memperkukuh kepimpinan, dan memupuk semangat berpasukan menerusi 10 Gaya Hidup Rakan Muda. Kami amat menghargai sokongan Astro dalam memperluaskan usaha ini melalui kandungan berimpak tinggi yang menonjolkan kekuatan, kreativiti dan potensi belia Malaysia. Bersama-sama, kita berhasrat untuk melahirkan pemimpin masa depan yang akan memacu perkembangan negara.”


Agnes Rozario, Ketua Pegawai Kandungan, Astro, berkata, “Matlamat Astro adalah untuk menghasilkan kandungan yang berkait rapat dengan citarasa rakyat Malaysia. Kami komited dalam menghasilkan kandungan asli serta berkualiti tinggi yang mampu mencetuskan tindakan positif dalam pelbagai komuniti. Jaguh Rakan Muda adalah contoh terbaik untuk itu kerana ia sebuah rancangan yang memberi peluang kepada belia Malaysia untuk menguji keupayaan diri serta menginspirasi orang lain melalui kisah sebenar yang sarat dengan semangat dan emosi dalam format hiburan yang menarik. Kerjasama kami dengan Kementerian Belia dan Sukan mengukuhkan lagi peranan Astro dalam menyokong inisiatif nasional yang memperkasa generasi masa depan, dan kami akan terus berusaha menghasilkan kandungan yang membawa impak yang tinggi kepada semua.” 


Dipilih melalui sesi uji bakat yang diadakan di seluruh negara merangkumi lima zon — Utara (Pulau Pinang), Tengah (Kuala Lumpur), Pantai Timur (Terengganu) serta Sabah & Sarawak, Jaguh Rakan Muda menghimpunkan belia Malaysia berusia antara 13 hingga 30 tahun daripada pelbagai latar belakang; termasuk pelajar, jurulatih kecergasan, peserta ratu cantik, pencipta kandungan, atlet kelainan upaya, dan golongan profesional muda. Para peserta akan menghadapi pelbagai cabaran fizikal dan mental yang menguji ketahanan diri, kepimpinan, serta kekuatan emosi. Sebagai sebuah program realiti peringkat nasional, Jaguh Rakan Muda bertujuan untuk menonjolkan belia Malaysia dan memberi inspirasi kepada penonton melalui kisah keberanian dan semangat berpasukan. Pasukan pemenang akan dinobatkan sebagai Jaguh Rakan Muda dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM100,000.


Jaguh Rakan Muda akan menampilkan Mat Redho, personaliti televisyen serta atlet kebangsaan, sebagai pengacara. Bersama beliau sebagai pengulas ialah Goh Liu Ying, pemenang pingat perak sukan Olimpik dan ikon badminton negara, serta Ain Edruce. Sepanjang siri ini, beberapa pengulas jemputan akan turut ditampilkan, termasuk Intan Serah, Bang Med, Que Haidar, dan Denes Kumar. Masing-masing akan membawakan pandangan unik mereka terhadap perjalanan pertandingan.

Jaguh Rakan Muda akan mula bersiaran pada 10 November 2025, setiap Isnin jam 9.00 malam di Astro Ria (CH 104), 9.30 malam di Astro AEC (CH 306) dan 11.30 malam di Astro Vinmeen (CH 202). Keseluruhan siri ini juga boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.


Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ‘Hi’ ke 03 9543 3838.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.