24 November 2025, Kuala Lumpur – Filem seram tempatan paling laris tahun 2025, Malam Terlarang terus kekal menarik penonton ke pawagam apabila berjaya meraih kutipan pawagam RM 11 juta setakat hari ini.
Menurut Penerbit Eksekutif Malam Terlarang merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Sambutan memberangsangkan daripada penonton terhadap Malam Terlarang benar-benar mengagumkan. Minggu lalu, filem ini memulakan tayangan di rangkaian pawagam Singapura bermula 20 November. Kami amat teruja melihat reaksi positif penonton, sekaligus membuktikan karya tempatan mampu menembusi pasaran serantau. Terima kasih kepada semua penonton yang menyokong Malam Terlarang.”
Filem terbitan Astro Shaw dan idea asal oleh Hazo Mahayuddin, Haris M. Nor, Ariff Zulkarnain dan Nazifdin Nasrudin ini bukan sekadar sebuah filem seram biasa. Malam Terlarang mengetengahkan kisah yang gelap dan mendalam dengan memberi fokus kepada obsesi terhadap ilmu hitam, serta bagaimana keghairahan mengejar kuasa mampu menghancurkan keluarga, waras fikiran dan batas kemanusiaan.
Mawar, seorang gadis 18 tahun membesar di sebuah bandar kecil bernama Kampung Pasir Larung. Cita-citanya sebagai wartawan tertangguh kerana terpaksa menjaga ibunya, Sarimah, apatah lagi bapanya, Omar sibuk dengan kerjaya politik. Namun, pemergian mengejut kakaknya, Safar mengubah keadaan. Mawar diganggu pengalaman mistik dan kejadian paranormal yang mengerikan, membuatkan dia nekad mencari punca misteri kematian Safar.
Filem ini bintangi oleh Zul Ariffin, Sofia Jane, Shasha Abedul, Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Amir Nafis, Haneesya Hanee, Aila Azizul dan Sadiq M. Jamil. Temui barisan pelakon yang akan membuat penampilan istimewa di pawagam-pawagam terpilih. Ikuti akaun Astro Shaw dan Astro Gempak untuk maklumat lanjut.


Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.