Movie Review | Param Sundari (2025)

Sunday, 2 November 2025


Pengarah: Tushar Jalota
Penulis Skrip: Tushar Jalota, Gaurav Mishra, Aarsh Vora  
Pelakon: Sidharth Malhotra, Janhvi Kapoor, Sanjay Kapoor, Siddharta Shankar, Tanvi Ram, Manjot Singh, Abhishek Banerjee
Syarikat Produksi: Maddock Films   
Pengedar: Pen Marudhar, Amazon Prime Videos
Genre: Romantik / Komedi 
Durasi Tayangan: 136 minit
Tarikh Tayangan:  29 Ogos 2025  
Trailer:


Param (Siddharth Malhotra) merupakan anak tunggal kepada taikun bisnes, Parmeet Sachdev (Sanjay Kapoor) dan sentiasa melabur duit ayahnya dalam perniagaan namun semuanya tidak membuahkan hasil. Satu hari dia bertemu dengan Shekhar (Abhishek Baneerjee), developer kepada apps Soulmate.
 
Sekali lagi Param ingin mencuba nasib dan ingin melaburkan sebanyak Rs5 crore (500,000) dalam start-up tersebut. Parmeet bagi syarat untuk Param cuba dahulu apps tersebut dan buktikan Soulmate betul-betul efektif sebelum melabur. Tapi jika sekiranya dia gagal, semua perbelanjaan mewah akan ditarik balik serta-merta. 


Kerana Soulmate, Param dipadankan dengan Sundari (Janhvi Kapoor) yang menetap di Kerala, India. Sundari merupakan pemilik sebuah homestay di Kerala dan mengajar tarian secara sambilan di ruang rumah inapnya. Dari Delhi, Param bersama rakan baiknya, Juggy (Manjot Singh) tinggal di Kerala selama dua minggu untuk tawan hati Sundari dan juga bisnesnya. 

Naskhah romantik komedi arahan dan penulisan Tushar Jalota dibantu oleh dua lagi penulis Gaurav Mishra dan Aarsh Vora menggunakan konsep pertemuan dua dunia yang berbeza. Param yang dilahirkan dalam keluarga kaya dan berasal dari India Utara, tidak tahu-menahu tentang kehidupan Sundari yang terpaksa bekerja keras siang dan malam supaya dapat menyara hidup selepas bertukar status anak yatim piatu. 


Konsep North vs South pernah digunakan dalam filem Chennai Express (2013) dan 2 States (2014) di Bollywood dan kedua-duanya berjaya memenangi hati penonton. Sama juga dengan Param Sundari, sebaik saja trailer ditayangkan, naskhah romantik terbitan Maddock Films menjadi salah satu filem yang dinanti-nantikan untuk penghujung tahun 2025. 

Bila dah layan full movie Param Sundari puas hati juga lah sebab Janhvi Kapoor dengan mudahnya menghidupkan watak Sundari since dia memang ada latar belakang South Indian. Walaupun Sri Devi aktif di Bollywood tapi tak pernah lupakan budaya South India dan ajar anak-anak dia. Sama macam Sri Devi, Janhvi memukau dalam tarian Mohaniyattam. Sebelum ni dah terpukau bila nampak Janhvi menari dalam Dhadak (2021), kali ni lagi seronok sebab screentime dia lebih lama. 


Santhana Krishnan Ravichandran menggunakan keindahan landskap semulajadi Kerala dalam filem Param Sundari untuk menghidupkan dunia romantik. Seni bina bangunan dan latar budaya di Kerala mengukuhkan lagi kehidupan bermasyarakat di sana. Perayaan Onam menjadi suntikan tambahan untuk kuatkan lagi ketegangan antara Param dan Sundari. Baru tahu dekat Kerala pun ada wayang kulit.

Cuci mata tengok wardrobe Janhvi dalam Param Sundari sebab semuanya cantik belaka. Sundari banyak guna warna pastel sejak berjumpa dengan Param. Even Param sendiri selesa dalam rona yang lembut. Wedding outfit Sundari tu paling cantik sekali. Tak lepas mata tengok Janhvi sebab makeup dia cantik sangat!


Sekali lagi Sachin-Jigar mendapat kepercayaan Maddock Films untuk naskhah Param Sundari lalu mencipta 6 lagu original dengan pelbagai genre irama. Pardesiya jadi kegilaan dengan alunan merdu suara Sonu Nigam, Bheegi Saree a bit naughty and sizzling, Danger pula energetic sebagai item song. Lirik dari Amitabh Bhattacharya semuanya on point. Lepas tengok filem makin bertambah suka dengan lagu Sunn Mere Yaar Ve dan Sundari Ke Pyar Mein. 



Penceritaan Param Sundari tak lah mencuba sesuatu yang baru tapi lebih selesa dengan format cinta yang sama cuma diolah mengikut trend terkini – AI dan cinta Gen Z. Personally for me, it is fine because the comfort is there. Yang tak okaynya bila dialog dia tak mendalam, kita nampak effort Param tapi Sundari? Bila dia sedih masa tahu situasi sebenar, babak tu terlampau pantas dan sekejap. 

Babak kelakar pun tak menjadi sangat terutamanya bila melibatkan Manjot Singh sebab dia tak function pun sebagai kawan baik atau orang kanan Param. Baik biar Param pergi Kerala seorang diri je macam Rahul yang bergantung dengan Meenamma di Rameswaram atau Krish yang cuba pujuk keluarga Ananya di Chennai. Bukan sepenuhnya salah Manjot sebab skrip yang paparkan dia sebagai villain tanpa sengaja. Better screentime Manjot bagi dekat Sanjay Kapoor dengan Inayat Verma sebab dua watak ni lagikuat untuk bantu pelakon utama. 


Sejak Param berjumpa dengan Sundari, dia belajar tentang irama dan tarian tapi masa dekat Vallam Kali tu macam mana team Param boleh menang entah padahal dayung semuanya out of sync. Babak tu patutnya jadi babak klimaks tapi berterabur sampai hilang mood. Jauh beza lah penangan klimaks Param Sundari dengan klimaks dalam filem Dum Laga Ke Haisha (2015) walaupun guna idea yang sama. 


Tapi apa pun Param Sundari tetap menarik dengan rizz yang tersendiri. Silap haribulan I layan banyak kali sebab nak tengok Sid dan Janhvi. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.2/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.