Movie Review | 2 States

Monday 18 January 2021

Director : Abhishek Varman

Writer : Abhishek Varman, Hussain Dalal

Cast : Arjun Kapoor, Alia Bhatt, Ronit Roy, Amrita Singh, Revathi, Shiv Kumar Subramaniam

Production Company : Dharma Productions, Nadiadwala Grandson Entertainment

Distributor : UTV Motion Pictures

Genre : Romantic / Comedy

Running Time : 150 minutes

Release Date : 18 April 2014

Trailer :


Kisah perjalanan cinta hingga ke jinjang pelamin penulis terkenal, Cheetan Bhagat yang dibukukan dalam novel 2 States: The Story of My Marriage dibawa ke layar perak di bawah syarikat produksi  Dharma Productions dan Nadiadwala Grandson Entertainment.

Kisah bermula dengan watak Krish (Arjun Kapoor) berjumpa dengan pakar psikatri sebab rasa lemas dan serabut hingga nak bunuh diri. Flashback kepada pertemuan dia dengan Ananya (Alia Bhatt) di kampus dan berkawan baik kerana Ananya tak selesa bila ramai lelaki datang untuk melamar. Bagi dia Krish ada niat baik untuk berkawan dengan dia. Hakikatnya, Krish sama seperti lelaki lain yang jatuh cinta dengan kecantikan Ananya.

“Why should any guy want to be only friends with a girl? It’s like agreeing to be near a chocolate cake and never eat it. It’s like sitting in a racing car but not driving it.” - Krish

Dari kawan biasa kepada tutor subjek Ekonomi dan bercinta sehingga lah mereka berdua decide untuk berkahwin sebab masing-masing dah dapat kerja sebaik sahaja grad. Tapi perbezaan kaum dan cara hidup membuatkan dua keluarga susah untuk terima hubungan cinta Krish dan Ananya.

Keluarga Ananya yang berketurunan Madrasi dan bertutur dalam Tamil dan menetap di Chennai mempunyai cara hidup yang ringkas juga vegetarian. Tapi di mata keluarga Punjabi seperti Krish dan ibu dia, Vatika (Amrita Singh), nampak seperti orang miskin dan sendu. Keluarga Punjabi jenis meriah, banyak mulut dan kuat minum arak. Jarang la nak jumpa Punjabi yang vegetarian sebab tu badan memasing besar. Sesuai lah Arjun Kapoor berlakon sebagai Krish sebab dia pun memang keturunan Punjabi.

Lagi satu masalah bila ayah Krish, Vikram Malhotra (Ronit Roy) tak suka dengan keluarga Ananya. Krish tak baik dengan ayah dia sebab baran dan abusive. Ikutkan hati Krish, nak je dia kahwin lari tapi Ananya nak restu dari kedua belah keluarga dan semua orang happy masa majlis kahwin nanti. Susah sangat nak pujuk dua keluarga ni sampai Krish dengan Ananya dah putus asa dah tahap berkurung, tak makan gara-gara frust.

Nak tahu macam mana dua keluarga ni boleh bersatu dan ada perkahwinan penuh dengan tradisi dan kegembiraan, boleh tengok dekat Netflix. Dua kali menangis tengok cerita cinta ni, masa scene Ananya dengan Krish berpisah dengan scene majlis kahwin diorang. 

Jalan cerita 2 States menarik dengan pace yang laju dan beberapa scene yang kelakar sebab watak Vatika yang melodrama. Antara kekuatan 2 States ialah pada music album romantik hasil gubahan komposer trio Shankar-Ehsaan-Loy dengan lirik puitis dari Amitabh Bhattacharya. Walaupun lagu-lagu dalam movie 2 States ni diterbitkan pada tahun 2014 tapi tetap menjadi pilihan untuk lagu romantik terutamanya lagu Mast Magan dendangan Arijit Singh. Hasilnya, komposer Shankar-Ehsaan-Loy menang Best Music Director di Filmfare Awards dan Album Of The Year di Mirchi Music Award.

Kalau movie under big banner macam Dharma tak payah dipertikaikan lagi dah suntingan visual dia macam mana sebab kelebihan berlakon di bawah Dharma, memang pelakon akan nampak cantik sepanjang masa. Sinematografi kawasan Chennai dengan Delhi pun menambahkan suasana dan mood bahagia bercinta. Props dengan kostum pun cantik belaka. 

Sepatutnya Saif Ali Khan dengan Priyanka Chopra yang berlakon watak utama tapi macam kelakar je kalau Saif jadi Krishh sebab bekas isteri dia berlakon sebagai mak dia. Awkward. Tapi tak tahu kenapa sudahnya movie ni pergi kepada new gen dan skrip berpindah dari YRF kepada Dharma. Tapi tak kisah lah sebab Arjun dengan Alia did justice to their characters dan movie 2 Sattes masuk dalam 100cr club.

Untuk yang suka dengan movie romantik komedi, 2 States adalah pilihan tepat!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

2 comments

  1. u watched twice and still crying ? filem hindi is always the best

    ReplyDelete
  2. Uish.. sampai menangis mesti emosi pelakon sampai pada penonton.. suka filem macam ini.. emosi dia ohsem..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.