Movie Review | Perahu Kertas 2 (2012)

Sunday 17 January 2021

 

Pengarah :  Hanung Bramantyo

Penulis Skrip :  Dewi Lestari

Pelakon : Maudy Ayunda, Adipati Dolken, Reza Rahadian, Elyzia Mulachela, Sylvia Fully, Fauzan Smith, Tio Pakusadewo, Ben Kasyafani, Sharena Rizki, Titi DJ, Kimberly Ryder, Ira Wibowo, August Melasz

Syarikat Produksi : Starvision Plus, Mizan Productions, Bentang Pictures, Dapur Film

Pengedar : Starvision Plus, Mizan Productions

Genre :  Drama / Romantik

Durasi Tayangan :  100 minit

Tarikh Tayangan : 04 Oktober 2012

Trailer :

Bahagian 2 Perahu Kertas masih lagi dengan konflik yang sama antara Kugy (Maudy Ayunda) dengan Keenan (Adipati Dolken) cuma kali ni watak Noni (Sylvia Fully R) dan Eko (Fauzan Smith) dikurangkan untuk beri ruang kepada watak Remi (Reza Rahadian) dengan Luhde (Elyzia Mulachela) berkembang. 

Kalau sebelum ni Kugy dengan Keenan cuma simpan dalam hati perasaan cinta antara mereka berdua, kali ni Keenan tahu Kugy suka dengan dia tapi dia tetap memilih untuk bersama dengan Luhde. Keenan pujuk Kugy supaya terima Remi sebab dia lelaki yang bagus dijadikan teman hidup walaupun hati Kugy tak sepenuhya mencintai Remi. 

Walaupun masing-masing stay dengan pilihan masing-masing tapi agak bodoh la bila bagi barang yang dibikin khas untuk orang lain diberikan kepada orang lain sebagai tanda cinta. Macam Kugy buat buku cerita khas kepada Keenan tapi bagi kepada Remi. Keenan pula bagi ukiran kayu berbentuk hati dengan initial KK (Keenan Kugy) kepada Luhde. Macam mana lah Remi dengan Luhde tak berjauh hati. 

“Saya belajar dari kisah hidup seseorang. Hati tidak pernah memilih. Hati dipilih. Jadi, kalau Keenan bilang, Keenan telah memilih saya, selamanya Keenan tidak akan pernah tulus mencintai saya. Karena hati tidak perlu memilih. Ia selalu tahu ke mana harus berlabuh.” - Luhde

Mungkin penulis nak bagitahu yang sebanyak mana perasaan cinta tu dinafikan, takdir tetap pertemukan untuk bersama tapi dalam movie ni lebih kepada dua watak yang tak matang dan tak boleh move on. Masa Keenan datang pujuk Kugy untuk terima Remy tu ingatkan director Hanung Bramantyo nak buat ending yang lain dari template filem romantik sebab Karel (Ben Kasyafani) bagitahu Kugy yang hidup realiti berbeza dengan dongeng. Malangnya, tak. Jalan cerita dengan ending yang sangat predictable. 

Jadi penat nak tengok sebab Maudy Ayunda dan Adipati Dolken tak ada depth juga chemistry. Lakonan Maudy nampak teruk sangat berbanding Perahu Kertas 1 mungkin sebab lebih banyak scene emosi. Scene dia menangis bagitahu dia tak mampu terima Remi tu nampak canggung dan terpaksa. Sama juga dengan scene Remi minta putus. 

“Carilah orang yang nggak perlu meminta apa-apa, tapi kamu mau memberikan segala-segalanya.” - Remi

Nasib baik screentime Reza Rahadian panjang dari Perahu Kertas 1 so tak lah terasa perihnya menunggu ending. Perahu Kertas 2 berbeza cinematographer dan ada beberapa scene yang shaky dan shot yang kurang menarik walaupun berlatarkan panorama yang cantik. Ada scene yang tiba-tiba jump ke scene lain tanpa penjelasan atau perkembangan pada watak mahupun naratif penceritaan. Mungkin sebab kena baca novelnya dahulu which is a big minus for audience. 

Rasanya macam tak perlu buat 2 part tapi sebaiknya diolah dengan lebih kemas dan padat dalam satu naskhah movie sahaja sebab dalam bahagian 2 ni tak ada konflik yang menarik atau plot twist langsung. Sebaliknya ditambah scene yang tak berkaitan untuk memenuhkan durasi supaya terlihat panjang macam scene Lena (Ira Wibowo) dengan Pak Wayan (Tio Pakusadewo) yang mempunyai kisah silam yang tak penting pun untuk penonton tahu. 

Masih lagi menggunakan soundtrack yang sama di bawah label Trinity Optima Production, Perahu Kertas 2 garapan komposer Andhika Triyadi mempunyai 10 buah lagu sebagai latar untuk menambah mood dan impak pada penceritaan. Soundtrack utama, Perahu Kertas pula dinyanyikan sendiri oleh Maudy Ayunda. Well I guess, dia lagi bagus menyanyi daripada berlakon. Lebih meninggalkan kesan mendalam. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.1/10

2 comments

  1. hmmmm kena tgk sendiri ni.
    baru akak boleh tau sendiri dari riak muka pelakon.
    nice reading this sebab fana beri akak question marks.

    ReplyDelete
  2. Bila satu2 filem tu lebih baik digabungkan daripada terpisah kepada 2 bahagian.. nice review..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.