Movie Review : Pisau Cukur

Sunday 3 January 2021

Pengarah :  Bernard Chauly

Penulis Skrip :  Rafidah Abdullah

Pelakon : Fazura, Maya Karin, Aaron Aziz, Eizlan Yusof, Redza Minhat, Rahim Razali, Khatijah Tan, Umie Aida, Sharifah Sofia, Liyana Jasmay, Nas-T, Radhi Khalid, Henry Golding, Nabila Huda, Lew Ngai Yuen, Afdlin Shauki, Norman Abdul Halim, Nabil Ahmad, Rafidah Abdullah, Kartini 3R, Amelia Henderson

Syarikat Produksi :  Red Films Snd. Bhd.

Pengedar :  Red Films Snd. Bhd., Grand Brilliance Snd. Bhd., Primeworks Studio

Genre :  Romantik / Komedi

Durasi Tayangan :  104 minit

Tarikh Tayangan : 5 November 2009

Trailer :

Nak tengok movie ikonik Fazura ni sebab dekat Twitter banyak kali viral video clip movie Pisau Cukur macam scene Iskandar Tan Sri Murad (Henry Golding) dekat pool, scene Intan (Nur Fazura) request minyak cengkih dekat spa tapi pekerja spa (Rafidah Abdullah) perli dia minta penyu ambilkan. Dekat Youtube banyak je rupanya movie ni. 

Bella (Maya Karin) kalah dalam program realiti TV, Siapa Nak Kahwin Jutawan bila Imran (Norman KRU) pilih Natasha (Nabila Huda) sebagai isteri. Selepas beberapa hari terperap di dalam rumah dek kerana malu digelar pisau cukur (Perempuan yang suka mengikis kekayaan lelaki) dan menganggur, Intan ajak Bella naik cruise dan cari jodoh di sana sebab ramai jutawan turut berlayar bersama. 

Sepatutnya dia pergi dengan kekasih gelap dia, Dato’ Salleh (Radhi Khalid), tapi isteri Dato’ pula koma lepas buat liposuction dekat Thailand. Kebetulan dekat cruise Intan terjumpa Ari (Aaron Aziz), detektif peribadi upahan yang pernah menyiasat dia dan Dato’. Dekat cruise Ari diupah untuk menyiasat isteri ketiga Datuk Zakaria Hitam (Rahim Razali) iaitu Sal (Sharifah Sofia) sebab disyaki main kayu tiga.

Misi Bella untuk mencari jodoh dah bermula sejak dia sampai dekat cruise lagi dan kemudiannya terjumpa Datuk Hisham Tan Sri Kamaruddin (Eizlan Yusof). Calon yang paling sesuai sebab bujang, matang, tenang dan berkarisma. Dalam masa yang sama, Faqir (Redza Minhat) juga jatuh cinta dengan Bella tapi tak dilayan sebab luarannya nampak seperti orang biasa. 

Intan pula busy menyiasat kematian Datuk Zakaria bila jeruk mangga diletak racun tikus dan suspeknya mungkin keluarganya sendiri. Siapakah antara Datin Wahidah (Khatijah Tan), isteri kedua – Naini (Umie Aida), Sal, anak lelaki Johan (Nas-T) ataupun anak perempuan Suri (Liyana Jasmay) yang mempunyai motif jahat sehingga tergamak membunuh?

Ingat lagi masa tengok interview Maya Karin dengan Fazura untuk movie Pisau Cukur, diorang bagitahu dah excited nak shooting atas cruise tapi bila sampai dekat set rupanya props semata. Kena game dengan Bernard Chauly haha! Dalam beberapa scene yang melibatkan cruise, ada CGI yang menjadi, ada yang tidak kemas. Nasib baik Haris Hue pandai ambil dari angle yang tepat supaya tak jelas kelihatan yang cruise tersebut sebenarnya palsu. Wardrobe dan props untuk Pisau Cukur memang on point! 

Lakonan Fazura sebagai Intan yang gedik memang menjadi sangat sampai nampak sesuai dengan diri dia. Iconic moments from her character bila dia replace Oh My God kepada nama butik berjenama macam Oh My Gucci! Oh My Prada! Oh My Louis Vuitton! Chemistry Fazura dengan Maya Karin pula cantik bersama, energy masing-masing sama level buatkan pelakon nama besar yang lain tenggelam oleh mereka berdua. Since Pisau Cukur ialah movie debut Redza, dia agak kekok depan kamera. Ketara masa scene dia marah Bella dekat dance class. 

Pisau Cukur ni senang penonton nak suka sebab genre dia ringan dan santai. Scene Intan dengan Ari pun ada sweet moment tersendiri, sama juga dengan Bella dan Datuk Hisham. Kalau bukan sebab kakak dia, mungkin Datuk Hisham dah jumpa pengganti yang sesuai dalam hidup dia. Tapi suka je dengan ending asal sebab karakter Intan dengan Bella finally jumpa makna kehidupan sebenar. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10

7 comments

  1. Pernah tengok cerita ni. Fun jugak la. Nice sharing.

    ReplyDelete
  2. time tengok movie ni dulu memang minat giler dgn redza minhat. dah tak pandang aaron aziz kat sebelah..haha

    ReplyDelete
  3. hahaha dulu tgk cita ni, perasaan i am Maya karin la lol haha kawan i tu fazura

    ReplyDelete
  4. Movie ni memang best..sebabkan movie ni I jadi minat dengan Redza Minhat(he's so cute), Fazura & Maya Karin, time tu tak pandang sangat Aaron Aziz hahahaha sekarang baru pandang. Thanks sebab tulis review now nak tengok balik 😃😃😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha bila tengok balik baru tau si Faqir tu Redza Minhat. Lain kot muka dia dulu. Okay go tengok now now now!

      Delete
  5. Pernah tengok tapi tak habis.. hehehe..
    Macam kena sambung tengok balik je..

    ReplyDelete
  6. Dah tengok movie ni. Memang best.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.