Drama Review | My Lecturer, My Husband Episod 8

Pengarah : Monty Tiwa

Penulis Skrip :  QueenB

Pelakon : Reza Rahadian, Prilly Latuconsina, Kevin Ardilova, Tegar Satrya, Aida Nurmala, Farhan Rasyid, Josephine Firmstone, Sonia Alyssa, Maura Gabrielle, Nicho Bryant, Cinta Brian, Willy Felix, Dini Vitri, Yuzar Nazaros

Syarikat Produksi :  MD Entertainment

Pengedar :  iflix, WeTV

Genre :  Romantik / Komedi / Drama

Episod : 8 episod 

Durasi Tayangan :  35 minit

Tarikh Tayangan : 11 Disember 2020 

Trailer :

Dalam episod 7 web series My Lecturer, My Husband yang diadaptasikan dari novel dengan tajuk yang sama karya Glitcious, Tristan (Kevin Ardilova) dah pergi sendiri ke Jogjakarta untuk berjumpa dengan Inggrit (Prilly Latuconsina) tapi ternampak Pak Arya (Reza Rahadian) dan dengar sendiri jiran-jiran bercakap pasal menantu yang baik dan boleh diharap. 

Bila pulang ke Jakarta, Iim (Josephine Firmstone) pula datang ke rumah untuk bagitahu tentang Tristan dah tahu rahsia perkahwinan Inggit. Bengang bila Inggit dapat tahu yang Arya nampak Tristan tapi tak maklumkan pada dia. Betul lah penjelasan Arya kalau dia pun tak jumpa waktu yang bagus untuk bagitahu Inggit. Dia pun tak tahu kenapa Tristan tak jumpa Inggrit sendiri tapi terus balik ke Jakarta. 

Kalau ikutkan soal perasaan, harus lah Tristan kecewa sangat dengan hakikat kenyataan cinta hati bernikah dengan orang lain. Silap dia cuma tak mampu pergi ke Jogjakarta untuk berjumpa dengan Ayah (Tegar Satrya) dan Ibu (Aida Nurmala). Soal kahwin ni berat pada dia yang masih lagi belajar dan muda. Tak bermakna dia tak cintakan Inggit ataupun serius tapi masa tak berpihak pada dia. 

Menangis tengok scene Inggit jumpa Tristan dekat Balai Pengobatan Jayagiri tu sebab dia pun tak tahu nak cakap apa lagi dah pasal hubungan dia dengan Inggit. Dia sedar dia tak mampu pergi ke Jogjakarta sebab pentingkan exam dan dahulukan impian dia. Dia menyesal dengan apa terjadi tapi dia tak nak Inggit ulang kesilapan dia. 

Finally pengarah Monty Tiwa bagitahu juga apa alasan sebenar Arya terima Inggit dalam hidup dia sebagai isteri walaupun dia tahu soal Tristan. Untuk watak Arya tu okay lah alasan dia sebab dia dah pegang lama perasaan tu sejak dari kecil lagi. Lagipun dia adalah orang kepercayaan Pak Wundrowo jadi tak salah pun kalau parents Inggit kahwinkan anak perempuan tunggal dengan orang yang bagus dan sudah layak menjadi suami juga pelindung. 

Untuk visual memang bagus lah sebab di bawah production house power - MD Entertainment walaupun sinematografi dari lensa Hendri Shu'enk yang masih lagi baru dalam dunia perfileman tapi alatan kelengkapan dan suntingan mesti lah high-tech kan? Dekat montaj pun boleh nampak khidmat CGI beserta visual effects yang disunting cantik. Transition pun menarik. View dekat Jayagiri cantik sebab kawasan kampung dan tanah tinggi. 

Jatuh cinta dengan senibina bangunan di Jogjakarta sebab kebanyakan bangunan masih menggunakan kayu jati dan bata merah. Boleh nampak pada senibina rumah parents Inggit yang cantik dengan sentuhan tradisional budaya masyarakat Jawa. Dalam series ni parents Inggit memang pekat berbahasa Jawa tapi Inggit biasa-biasa je. Reza pun sebelum ni pernah berlakon dalam movie yang bertutur dalam Jawa tapi dalam series ni watak dia guna bahasa kota bila berbual dengan parents Inggit. 

Music score dari Andi Rianto guna lagu balada Hati Memilih Cinta nyanyian Ilham Nahumarury untuk scene emosi dan soundtrack penutup, sesuai dengan situasi dan mood cerita. Diselimuti sentuhan okestra dan emosi juga vocal Ilham bagi sentuhan romantik juga drama dengan genre romantik komedi penulisan QueenB.  

Masa tengok episod 7 dah doa drama ni happy ending tapi my reaction sama dengan Joana (Sonia Alyssa) bila tengok gambar Inggit dengan Arya. Menyampah. Ikutkan hati, antara Arya dengan Tristan, I will for sure pilih Tristan sebab dia sejenis yang tenang, rasional, bijak, sabar, comel pulak tu. Life partner material.  

Anyway thanks to WeTV dengan iflix sebab bagi peluang untuk peminat Reza Rahadian layan series My Lecturer, My Husband sebanyak 8 episod dengan kualiti video HD lengkap dengan English subtitle yang tepat. Bonus to WeTV sebab ada playback speed setting. Lepas ni nak tengok series Imperfect 2 pulak hiks!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0, 6. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9/10

2 comments

  1. rajinya u buat one review per episode

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha saja nak buat eksperimen, berapa lama ambil masa untuk siapakan kalau by episode. Lagipun drama Reza tengah trending, so ambil kesempatan la sikit hihi

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.