Movie Review | Vicky Donor

Director : Shoojit Sircar

Writer : Juhi Chaturvedi

Cast : Ayushmann Khurrana, Yami Gautam, Annu Kapoor, Dolly Ahluwalia, Kamlesh Gill, Bhupesh Pandya

Production Company : Eros International, Rising Sun Films, J.A. Entertainment

Distributor : Eros Entertainment

Genre : Romantic / Comedy

Running Time : 125 minutes

Release Date : 13 April 2012

Trailer :

Movie yang menang Best Popular Film Providing Wholesome Entertainment di National Award ke-60 arahan Shoojit Sircar mengisahkan tentang Dr. Baldev Chaddha (Annu Kapoor) yang buntu mencari sperm berkualiti di bandar Daryaganj, Delhi bila ramai client mula bising persenyawaan tak menjadi. 

Kebetulan satu hari dia ternampak Vicky Arora (Ayushmann Khurrana) di luar rumah dia tengah bergaduh dengan jiran tentang anjing. Bila dia upah penyiasat peribadi untuk tahu latar belakang Vicky, dia dapat rasakan yang Vicky ialah calon yang sesuai. Sejak dari tu dia cuba pujuk Vicky untuk jadi penderma sperm di klinik dia. 

‘My dear this is the problem of insecure and highly ambitious people. See the routine life. Sitting late in the office then fighting the traffic when return home, taking drink and again working on the laptop. Finally talking to your wife they are too tired. Different with village people when only by touch they can make a woman conceive.  The root cause is stress. Sperm count become low as the stress goes higher.’ – Dr. Annu

Awalnya Vicky taknak sebab malu nanti apa orang kejiranan akan kata tapi bila dia dapat duit lepas pertama kali derma sperm, dia mula jadi tamak sebab kerja senang tapi bayaran tinggi. Lagi berganda banyaknya bila pasangan tersebut berjaya melahirkan anak. Selepas 4 tahun bekerja, dia mula jatuh cinta dengan Ashima Roy (Yami Gautam). 

Dr. Annu dah risau sebab takut sperm count Vicky akan berkurang bila stress dengan komitmen tapi pembantu dia (Bhupesh Pandya) nasihatkan supaya cari orang lain. Sampai bila nak harapkan Vicky seorang sahaja. Apa yang dirisaukan Vicky mula jadi kenyataan bila Ashima tak mampu mengandung gara-gara tubal blockage dan dapat tahu Vicky seorang sperm donor. Jiran sebelah pula buat report polis yang Vicky dapat duit haram dan salon kecantikan Dolly (Dolly Ahluwalia) terpaksa ditutup sementara. 

Movie Vicky Donor adalah movie pertama yang bertemakan sperm donor sebab isu ni agak taboo di kalangan masyarakat India tambah pula di kawasan yang dipenuhi masyarakat berfikiran konservatif. Sebab tu jalan cerita dalam movie ni diterangkan tentang betapa pentingnya sperm donor pada first half movie. Banyak kali watak-watak utama cuba terangkan pada audience yang menderma sperm bukan sesuatu yang illegal atau jijik. 

Since movie Vicky Donor adalah movie pertama untuk production house  J.A. Entertainment milik pelakon John Abraham, dia rasa elok kalau bukan dia yang berlakon tapi guna muka dan bakat baru -  Ayushmann Khurrana dan Yami Gautam. Dalam movie ni diorang tak nampak kekok langsung sebab masing-masing actually dah biasa dah depan kamera sebelum debut. Yami pun dah berlakon dalam movie di India Selatan. Ada dialog Dr. Annu bagitahu client yang dia akan minta John Abraham derma sperm masa singgah Delhi nanti. 

Sinematografi dari Kamaljeet Negi lebih terarah kepada kesibukan kota Delhi untuk disesuaikan dengan penceritaan which is great sebab paparkan realistic kehidupan middle class. Music score hasil composer duo Abhishek-Akshay pun not bad lah sesuai dengan mood penceritaan. Suka lagu Paani De Rang yang dikarang dan dinyanyikan sendiri oleh Ayushmann Khurrana. Dalam lagu Rum Whisky, John Abraham buat cameo.

 

Dekat second half ada konflik antara Vicky dan semua orang di sekeliling dia bila tahu pasal profession sperm donor tapi konflik tu nampak macam terpaksa dan draggy. Tapi disebabkan kekuatan lakonan Ayushmann dan pelakon sampingan yang lain, momentum movie tak lah jatuh dengan teruk. Still good to watch. Tak sangka Vicky Donor berjaya di box office dan dapat pulangan keuntungan sebanyak 700% sampai Telugu dan Tamil buat remake dari movie ni. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

17 comments

  1. tengok trailer dia mmg promising gila

    ReplyDelete
  2. menarik topik yang dibawa penerbit..

    ReplyDelete
  3. best gak cite ni. belum tengok lagi. another movie list untuk tengok hehe thanks

    ReplyDelete
  4. weyyyyyy.. macam best je sinopsis dia !! akak percaya pana ni.. hee~ jap lagi akak tengok lepas siap keje..

    ReplyDelete
  5. Tak pernah tengok kisah derma sperm ni. Macam menarik untuk dilayan.

    ReplyDelete
  6. Erm.. Nampak memarik sinopsis ni. Boleh try tengok nanti sebab sekarang memang banyak list movie nak tengok.

    ReplyDelete
  7. Topik yang menarik. Nampaknya India dah semakin progresif ya. Kalau kat sini mungkin masih taboo lagi topik ni.

    ReplyDelete
  8. wow best giler this movie. absolutely love a combination of romance and comedy in one, it's the best kind of movie to watch in my opinion!

    ReplyDelete
  9. i love watching comedy and romance. but to have both combined together is a bomb! you are a great storyteller. i can understand the full story through your writing

    ReplyDelete
  10. Ok. MCO 2.0 boleh tengok movie nie. Sebab ianya comedy maka takde la berat kepala nak layan kan. Thanks sebab share info movie nie

    ReplyDelete
  11. wah macam best je plot cerita, i tak pernah tengok lagi ni banyak layan cerita korea tapi nak layan lah lepas baca review ni

    ReplyDelete
  12. mcm menarik.. boleh cari ni nanti sebagai tontonan masa PKP.. saya baru habis tonton siri India Crime.. pun best jugak

    ReplyDelete
  13. menarik betul jalan cerita dia pasal sperm donor. trailer dia pon best. nanti kalau ada waktu nak tengoklah

    ReplyDelete
  14. Sinopsis dari Farhana nampak menarik. Okay PKP ni akak tengok k. I trust your review. Hahaha.

    ReplyDelete
  15. Interesting movie! something really new to me also, boleh la nak tengok time ada masa terluang ni..

    ReplyDelete
  16. Macam pernah tengok cerita ni tapi tak berapa ingat. Suka juga jalan cerita dia menarik. Nanti nak tengok sekali lagi

    ReplyDelete
  17. Interesting movie! something new to me also. Thanks sharing.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.