Starbucks | Soy Hazelnut Latte

Sunday 10 January 2021

Petang-petang tengah panas terik kalau minum something cold, something caffeine and nutty memang sedap lah. Masa pergi Starbucks ternampak poster drinks Soy Hazelnut Frappucino dengan Soy Hazelnut Latte. 


Dah bosan minum Mocha Praline Hazelnut, kali ni nak try Soy Hazelnut Latte pulak sebab tak pernah try lagi soy based. Benda yang best dengan susu soya ni dia ada lemak manis dia tersendiri so bila bergabung dengan kopi pekat dan bau kacang hazelnut it turns out to be a great combination lah. Barista tanya suka minum kopi pahit ke tak, I jawab tak sangat sebab level pahit Starbucks ni boleh lumpuh deria rasa. 


Sebab takut dia pahit sangat so order Grande je. Nervous jugak lepas dah dapat soalan tu. Tapi bila dah minum tak ada lah pahit sangat sebab manis hazelnut dengan soya tu dah cover rasa kopi. Ke sebab barista dah tambah gula pfft tak tahu lah yang penting kena dekat tekak. 


Blueberry Cheesecake Starbucks sedap makan sejuk-sejuk. Jalur dekat atas tu jelly. Nak makan sebab jalur tu cantik lol statement mintak penampar. Dekat bahagian dalam penuh dengan blueberry. Makan sepitong pun dah cukup dah sebab cheese kot, senang betul muak. Kalau crust dia lagi tebal mesti lagi sedap. Pokoknya gabungan dua menu ni perfect untuk tea time! 

4 comments

  1. Mengancam betuk kek tu.. Yup jalur kat bahagian atas tu memang sangat memikat..

    ReplyDelete
  2. i can not starbucks hazelnut.. tak sesedap old town hehehe

    ReplyDelete
  3. hihihi,...tak pernah lagi masuk starbucks.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.