Telemovie Review | Koboi & Vampire (2020)

Saturday 2 January 2021

Pengarah :  Megat Fauzi Isa

Penulis Skrip :  Megat Fauzi Isa

Pelakon :  Khir Rahman, Siti Saleha, Imuda, Didie Alias, Melissa Saila, D'Boy Hamdan 

Genre :  Seram / Komedi

Durasi Tayangan :  85 minit

Tarikh Tayangan : 26 November 2020

Syarikat Produksi :  Kus Semangat Aktor Sdn Bhd

Pengedar :  Astro Boo 404

Berlatarbelakangkan suasana dan kehidupan koboi di negeri Rimpol Rippon, mengisahkan si cantik Cik Masmona (Siti Saleha) yang menjadi kegilaan para lelaki koboi di situ jatuh cinta dengan penyanyi lurus bendul, Budiboy (Khir Rahman). 

Ramai pesaing kuat Budiboy masa tu antaranya Bad Boy yang akan tembak sesiapa sahaja yang mengorat Cik Masmona, Sunny Boy (D'Boy Hamdan) yang suka melepak di kafe koboi minum air soya malah ayah dia sendiri, Jessy Man (Imuda) yang dah lama kematian isteri, Medina tapi miang tak sedar diri. 

Tapi nenek Cik Masmona iaitu Cik Maskona (Didie Alias) pilih Budiboy jadi suami kepada cucu kesayangan dia sebab itu pilihan Masmona sendiri walaupun Budiboy tu bongok orangnya. Pengarah dan penulis Megat Fauzi Isa yang cakap macam tu eh, bukan I pepandai tambah rencah. 

Disebabkan makin banyak fitnah, khabar angin dan perangai pelik dari sebilangan lelaki yang frust tak dapat berkahwin dengan Masmona maka Maskona kahwinkan cucu dia dengan Budiboy lebih awal dari perancangan asal. Sayang betul Masmona dengan Budiboy kahwin koboi, kalau tak boleh tengok majlis kahwin bertemakan koboi haha. 

Lepas dah berkahwin pun fitnah tak berhenti disebarkan oleh Sunny Boy sebab iri hati Budiboy dapat kahwin dengan Masmona. Dia bagitahu Budiboy yang Masmona dan Maskona tu sebenarnya vampire dan tahi lalat di pipit u adalah paku. Sebab tu lah tahi lalat mereka berdua licin tak ada bulu langsung. Terpengaruh dengan cerita tahyul Sunny Boy, Budiboy paksa Masmona cabut tahi lalat tersebut. Masmona mati sebab terlampau sakit bila tahi lalat dicabut dan Maskona pula mati sebab terkejut. 

Actually tak tahu lah kenapa mereka berdua boleh mati serentak sedangkan darah dari tahi lalat Masmona tu tak banyak pun keluar. Ramai je yang buang tahi lalat tapi tak ada pulak yang mati. Dekat awal scene ada tunjuk Masmona nampak kelibat mahkluk berpakaian putih dalam rumah dia tapi tak dikembangkan pun part tu. 

Ada juga scene tulang ayam penuh di bahagian belakang rumah Jessy Man tapi tak dikembangkan juga walhal nampak ada sesuatu tengah menyorok di belakang reban ayam dan pandang Jessy Man siap baling tulang ayam lagi dekat dia. Scene Maskona tarik Masmona nak bagitahu rahsia keluarga pun tak diberitahu apa isinya. Dibiarkan tergantung macam tu sahaja. 

Kekuatan telefilem ni pada lakonan Khir Rahman dan Imuda lah dengan slang Texas tapi bila Budiboy over sangat asyik sebut ‘ay’ tu dah macam orang Australia pun ye jugak. Kafe koboi paling mencuri perhatian sebab memang interior dia bertemakan koboi dan lokasi ni di Gombak Horse Riding Club, Sg Pusu, Gombak. Ada kafe koboi dan boleh menunggang kuda sekali. Kostum dari Zaimaliza Zainal pun on point habis. Melaram sakan la semua pelakon dekat dalam telefilem ni. Visual dari Izham Kamaruddin nampak kemas suntingannya dengan effects dan transition menarik. 

First half telemovie Koboi & Vampire ni kelakar lah dengan kerenah masing-masing tapi bila masuk second half, jalan cerita dah mula hilang arah tuju dah. Lawak pun hambar bila scene Sunny Boy dengan Maskona keluar. Watak Puan Syerif (Melissa Saila) agak pointless sebab muncul untuk tembak orang je. Saja nak buat cameo kot sebab movie ni under production house dia, Kus Semangat Aktor Sdn Bhd.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 5.8/10

5 comments

  1. mcm menarik je, cerita ala2 man laksa nih..

    ReplyDelete
  2. watak Melissa Saila tu langsung tak nampak function tapi sibuk juga nak interframe dalam poster. rasanya orang yg dok usha Jessy Man tu Medina. mati pun tak senang bila laki gatal nak kahwin muda..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kannn! Lawak pun hambar. Tu lah, yang Jessy Man tu mungkin Medina tapi yang Masmona nampak kelibat putih tu tak tahu apa benda. Rahsia pun tak tahu

      Delete
  3. i skip sbb heroin tak best hahaah

    ReplyDelete
  4. Awal-awal menarik tapi lepas tu kureng.. hehehe..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.