Throwback Thursday | Friendly Futsal Match Ram Reza & Muhammad

Dua hari terakhir sebelum masuk Tahun Baru 2021 firm ada buat friendly futsal match dengan salah satu klien - Expert Security Services Sdn Bhd.  Cuak jugak nak lawan team klien ni sebab stamina masing-masing bagus kot. 


Tapi sebab friendly match je kan so tak la pressure sangat nak menang pun. Dua-dua dah dapat hadiah sebelum match. Main sebab nak beramah mesra dengan klien je walaupun dah provide good service sebagai peguam. Hshshshs smooth tak line ni? 

Disebabkan team Ram Reza Muhammad tak cukup pemain, kitorang import la ex lawyer dan chambee untuk join friendly match ni dekat Sinamax Sports Complex, Sri Gombak. Ms Aida pun bawa anak bujang dia join team RRM. Dapat la bolos defence team Expert Security Services Sdn Bh dan sumbat gol dengan jayanya. 




EFYM - En Fendy Yang Menanduk

Yang perempuan datang untuk support team Ram Reza & Muhammad lah selain dari menyembang sakan dan bergambar. Court futsal dekat sinamax ni ada dua je so tak dapat la nak main sekali. Badminton court pula dekat belah belakang tapi semua dah penuh. Kalau tak, boleh la beriadah sekali sementara tunggu friendly match ni habis. 

Dulu masa intern dekat EZ Qurban tahun 2016 pernah la datang main badminton dekat sini tapi sekali dua je lah sebab intern pun tak lama dalam 3 bulan macam tu je. Sempat pergi awal-awal je lepastu dah busy dengan thesis dah. Jalan dia tetap sama tapi rasanya makin teruk kot. Scary lah bila malam sebab tak perasan jalan berlubang. 




Friendly match ni start dari jam 9 malam sampai jam 10 malam. Lama jugak lah main sampai En Hazieq injured. Lepas ni kalau datang outdoor activity macam ni kena bawa first aid kit. Malam tu memang melenggang je la sebab diorang kata nak main chill chill je. Semangat terlebih la kot sebab Selangor kena PKPB lama betul. 


Anyway, congrats for both team sebab capai objektif untuk beramah mesra dan beriadah walaupun musim pandemik. Kalau patuh SOP takde masalah nak stay active and healthy. 


Hopefully ada lagi friendly match lepas habis PKP & Darurat ni. Baru awal tahun dah dapat restriction combo dari government. Apa lah malang jadi rakyat Selangor ni entah. 

5 comments

  1. bestnya ada healthy relationship mcm ni

    ReplyDelete
  2. bestnya aktivi macam nie.. keluar peluh, sihat dan menjalin ukhwah,,

    ReplyDelete
  3. Bertabahlah ye rakyat Selangor huhu

    ReplyDelete
  4. Lama x berlasak mcm ni..masa xde covid19 mmg selalu berpeluh mcm ni..best bersukan!

    ReplyDelete
  5. Bertabahlah kena tggu habis pkp baru boleh beriadah gini kan. Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.