Movie Review | Chameli

Saturday 23 January 2021

Director : Anant Balani, Sudhir Mishra

Writer : Anant Balani, Swanand Kirkire

Cast : Kareena Kapoor Khan, Rahul Bose, Rinke Khanna, Kabir Sadanand, Aniket Vishwasrao

Production Company : Pritish Nandy Communications

Distributor : Red Giant Movies, Netflix

Genre : Drama

Running Time : 108 minutes

Release Date : 9 January 2004

Trailer :

Dah lama cari movie ni sebab suka dengan lagu Bhaage Re Man. Dulu dekat channel Zee selalu pasang lagu ni sementara tunggu next slot keluar. Happy dapat tengok dekat Netflix. Movie arahan Anant Balani dan Sudhir Mishra mengisahkan tentang financial analyst, Aman Kapoor (Rahul Bose) yang terkandas di ‘red area’ bila kereta dia meragam dalam hujan lebat. 

Bagi Aman bila hujan lebat pastinya akan bawa musibah dalam hidup dia. Sama seperti kejadian kehilangan isteri dia, Neha Kapoor (Rinke Khanna). Sejak dari kejadian tu dia depressed dan lebih suka menyendiri. 

Lepas beberapa minit dia menunggu bantuan datang, Aman terjumpa Chameli (Kareena Kapoor Khan) yang datang untuk mencari customer pada malam tu. Awalnya Chameli cuba untuk goda Aman tapi ditolak keras. Bila Chameli nak ambil customer lain, kehadiran Aman pula mengganggu. Sudahnya mereka berdua berbual sementara tunggu hujan berhenti. 

Dalam satu malam tu macam-macam perkara terjadi macam Raja (Aniket Vishwasrao) nak lari dengan Haseena (Kabir Sadanand) lepas curi duit hantaran, polis yang datang untuk minta duit perlindungan ataupun orang upahan Usman paksa Chameli untuk tidur dengan gangster. Bak kata Chameli, beginilah dunia dia. Kotor. Tak sesuai dengan orang macam Aman. 

Movie Chameli ni berlaku dalam satu malam je tapi mampu mengubah perspektif Aman dan juga Chameli tentang manusia dan kehidupan. Mungkin cliché pada ending tapi yang cliché tu lah yang selayaknya jadi. Hey at least penulis Anant Balani dengan Swanand Kirkire keluar dari slo-mo shot bila hero dengan heroin bertemu bila scene jari Chameli melecur sebab pegang mancis lama sangat gara-gara tunggu respon Aman.

'Bloody hell, my hand got burnt!'


Masa movie Chameli ni keluar boleh kata mengundang kontroversi jugak lah sebab watak Aman dengan Chameli dari awal movie sampai ke hujung movie banyak kali merokok sampai kena label promote smoking. Tapi kenapa tengok pada sudut tu sedangkan isi perbualan yang memainkan peranan? Pace mungkin agak perlahan tapi ada playback speed setting kan, boleh la ubah kepada 1.5x hehe

Lakonan Kareena Kapoor sebagai pelacur yang cuba lari dari masalah hidup dia nampak meyakinkan. Kita kenal dia dengan tag The Kapoor Khandaan, the glamorous diva tapi dalam movie Chameli dia betul-betul menghidupkan watak dia. Dia tegas dengan prinsip yang dia pegang, dia berlembut bila keadaan memerlukan dan dia ketawa untuk lupakan masalah hidup. Chemistry dia dengan Rahul Bose pun sweet. No wonder lah dia menang Special Award for Best Performance di Filmfare. 

Suka dengan sinematografi Chameli dari lensa R. Rathnavelu walaupun kebanyakan scene dilakonkan dalam set. Walaupun dalam dunia kotor Chameli, tetap juga dia nampak cantik dengan senyuman dan lenggok badan dia. Cuma suntingan agak teruk untuk beberapa part macam transition untuk scene Aman dengan Chameli dekat tepi laut tu ataupun scene penari di bar guna shot lebar. Mungkin trend zaman tu kot. 

Kalau tak silap masa ni dia keluar dari movie Kal Ho Naa Ho sebab bergaduh dengan Karan Johar bila dia minta bayaran yang sama dengan SRK. I think she has made a great decision. Walaupun dia tak jadi trendsetter ataupun famous sebab KHNH tapi dia buktikan mutu lakonan dengan movie yang berkualiti pada skripnya seperti Chameli. Padahal waktu ni movie indie seolah-olah halimunan dalam industry. 

Asalnya watak Chameli ni pengarah offer pada Ameesha Patel tapi dia reject sebab dia taknak berlakon watak pelacur. A bit funny lah sebab masa movie Kaho Naa Pyaar Hai, Kareena reject then Ameesha ganti. Alasan pun lebih kurang sama juga. 

Ada juga baca dalam artikel yang Kareena memang all out untuk movie Chameli dekat Rajkamal Studios. Menari dalam hujan buatan dengan banjir di bahagian jalan. Lepas director cakap cut, dia tukar pula kepada sari yang dah dikeringkan oleh crew. Kemudian sambung balik kepada babak seterusnya.

 

Even director Sudhir Mishra kagum dengan lakonan Kareena masa tu sampaikan dia cakap cut lepas dua hari shooting. Bila tengok sendiri memang nampak sangat hasil kerja Kareena macam mana walaupun terpaksa tunggu berbelas tahun lamanya. Berbaloi! 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

16 comments

  1. selalu nampak kareena pegang watak yg cantik ala diva gitu, jarang tengok dia pegang watak pelacur macam ni. tak tahu pun pasal movie padahal time ni sis memang giler hindustan..hehe

    ReplyDelete
  2. oh wow !! watak dia kali ni mcm lain... tapi i rasa klu ameesha patel berlakon mesti tak sehebat kareena

    ReplyDelete
  3. Waaah dah lama tak tengok pelakon ni. masuk list la filem ni. Tengah habiskan marathon drama Korean dan drama omputeh pasal fairies. Kareena Kapoor ni dia ada personaliti yang sesuai utk filem stail camni. Dengan bentuk wajah dia. Mata dia. I like her!

    ReplyDelete
  4. dah lama tak tengok karena berlakon. suka tengok lakonan dia menjafi sungguh. ok masuk list cite ni

    ReplyDelete
  5. Ok. Ada dalam netflix ye. Boleh la tengok si Glam Diva nie jadi pelacur plak. Kareena is one very talented actress

    ReplyDelete
  6. walaupun dah lama cerita ni tapi baru tahu lepas baca review awak..dan2 terus rasa nak tengok jugak sebab menarik jugak jalan ceritanya .....

    ReplyDelete
  7. Walaupun saya jarang tgk cerita Hindi, tapi familiar juga la dgn nama Kareena Kapoor. Seingat saya, dia ni popular dari zaman saya sekolah lagi.

    ReplyDelete
  8. Lama betul tak nengok Kareena Kapor berlakon terbaru kan.. semua yang ada filem lama je kan?.. nanti boleh tengoklah.. syokk gak layan hindustan heroin lama gini..

    ReplyDelete
  9. Oh my oh myy... Kareena Kapor! Kita suka lakonna dia, natural sangat, dan lagi best sebab dia lawa. Tak jemu ralit dok tengok dia jer.. Nanti nak tonton movie ni

    ReplyDelete
  10. Wow kareena dah try watak berlainan dari kebiasaan. Menarik bila berani amik watak ni dengan plot cerita dan suasana scene macam tu.nak tgk jugaklannt

    ReplyDelete
  11. nice review. nanti nak tengok netflix movie ni.suka lakonan kareena kapoor. memang best watak dia, lain dari yang lain ni

    ReplyDelete
  12. Pergh satu tempat je dengan cerita dna imbasan boleh buat cerita tu menarik. Bgus ni. Lama tak tengok kareena kapor berlakon. Kalau netflix tak dpt la tengok. Ade tempatblain tak. Hehee

    ReplyDelete
  13. Dua2 nur suka. Baik kareena kapoor atau ameesha patel. Tapi utk watak pelacur, nur rasa kareena lagi sesuai kut? Dan dia pun dah berjaya bawak watak tu dgn baik. Boleh la nanti tengok Chameli ni

    ReplyDelete
  14. Saw the trailer and i am so mesmerized by the beauty of Kareena Kapoor Khan. and i just realised that this movie was from 2004. how time flies!

    ReplyDelete
  15. jarang nak nampak kareena bawak watak camtu. mesti best kan cite ni

    ReplyDelete
  16. Dah lama tak layan movie hindustan, sometimes is good to watch coz its very entertaining. I will check out this Chameli.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.