Movie Review | Aetbaar (2004)

Friday 15 January 2021

Director : Vikram Bhatt

Writer : Robin Bhatt, Vikram Bhatt, Girish Dhamija, Sanjeev Duggal

Cast : Amitabh Bachchan, John Abraham, Bipasha Basu, Supriya Pilgaonkar

Production Company : Cutting Edge Entertainment

Distributor : TATA Infomedia Limited

Genre : Romantic / Psychology / Thriller 

Running Time : 156 minutes

Release Date : 23 January 2004

Dah lama cari movie Bipasha Basu dengan John under genre yang sama jugak tapi bukan movie ni. Tapi dah alang-alang terjumpa, tengok je lah movie arahan Vikram Bhatt ni. Lagipun John Abraham handsome masa awal-awal berlakon dulu. 

Comel kan? Hikssss!

Diinspirasikan dari movie Hollywood berjudul Fear (1996), Ria Malhotra (Bipasha Basu) jatuh cinta dengan gangster Aryan Trivedi (John Abraham) lepas beberapa kali lelaki tersebut muncul dan cuba berkawan. Ria mula suka dengan Aryan dan rasa semua tindakan Aryan adalah disebabkan nasib malang yang menimpa hidupnya. 

Dr. Ranveer Malhotra (Amitabh Bachchan) tak suka dengan peribadi Aryan sebab dia rasa macam pernah nampak muka Aryan tapi tak pasti di mana. Sedangkan isteri dia, Sheetal Malhotra (Supriya Pilgaonkar) senang dengan kehadiran Aryan dan yakin Ria dijaga dengan baik. Sangkanya suami dia cuma paranoid dan insecure dengan kehadiran Aryan dalam hidup anak perempuan kesayangan mereka berdua. Tambah pula bila Ranveer tak mampu lupakan tragedi hitam bila Rohit meninggal dalam kemalangan. 

Sebenarnya Ria dah nampak yang Aryan ni toxic sebab dia cemburu buta dan obses tapi Ria dimanipulasi dengan ayat-ayat cinta. Pffttt 

Apa yang Ria nampak berbeza sangat dengan apa yang Ranveer nampak. Bertambah yakin bila Aryan sendiri datang ugut dengan hantuk kepala dia dekat grill sampai Ranveer jadi gerun. 

‘Ranveer Malhotra, remember this! When a man who can shed his blood for Ria, he can shed anyone else’s blood too.’

Ayat ni lagi sedap bila dengar dalam bahasa Hindi ke I je rasa macam tu sebab I memang suka bahasa Hindi? 

Anyway, rasanya ramai kot tahu apa jadi lepas tu sebab movie ni pernah tayang dekat TV3 since I can still remember chasing scene between Ranveer and Aryan dengan scene Ria takut nak pergi dekat ayah dia sebab Aryan ada dekat situ. 

For visual not bad lah tapi kawasan rumah Aryan tu lebih kurang sama je dengan kawasan rumah Raghu dalam movie Footpath je. Mungkin shoot lepas Footpath kot sebab director yang sama. Tarikh tayangan pun lebih kurang je. Sinematografi dekat lakehouse tu cantik sangat. Tapi sayang lah music album dia biasa je. Dalam movie Aetbaar ni, John Abraham tak guna suara sendiri sebab suara dia tak macho sangat kot untuk watak Aryan.

 

 John dengan Bipasha nampak serasi bersama sebagai pasangan bercinta tapi lagi suka tengok bonding anak-beranak antara watak Ria dan Ranveer. Punyalah meyakinkan sampai rasa diorang anak-beranak in real life jugak! Dah la muka pun lebih kurang je. Fun fact movie ni pun diinspirasikan dari hubungan antara pengarah Vikram Bhatt dan anak perempuan dia selepas bercerai. Mungkin sebab tu dia invest lebih untuk watak Ranveer dan Ria. 

Untuk penceritaan dan suntingan, for me movie Aetbaar ni ada beberapa scene yang draggy ditambah dengan lagu yang panjang. Ubah speed video sampai 1.8x pun rasa mengantuk jugak tengok. Scene yang tak logik pun ada jugak bila Aryan belasah pelacur tu sampai cedera parah tapi Ranveer tak buat police report pun. Mungkin sebab illegal business so she stays under the radar je. Tapi kenapa scene Aryan curi kereta tak ada police report jugak? Mustahil lah showroom tak ada CCTV. 

Scene Ranveer keluar dari tingkap rumah Aryan tu macam kelakar lah sebab rumah dia menghadap jalan raya dan dekat bahagian bawah ada kawan-kawan Aryan tapi tak ada seorang pun yang nampak Ranveer tengah sembunyi dekat situ. Scene Ranveer jumpa keratan akhbar tentang Aryan tu pun kelakar jugak lah sebab nampak sangat main tempek kertas A4 atas newspaper je. Kertas minyak kan ada, takkan la tak mampu nak buat fake newspaper. Facepalm lah props team dia. 

The reason I stay sampai habis sebab John Abraham handsome, chemistry John dengan Bipasha, Bipasha nampak cantik walaupun dibasahi air hujan makeup dia tetap on point, chemistry Bipasha dengan Amitabh Bachchan. Pendek kata sebab pelakon je. Tapi untuk zaman tu kira okay lah sebab ada genre psychology thriller dengan mesej kekeluargaan yang bagus. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.9/10

3 comments

  1. Pernah tengok filem ni. John abraham sekarang pun hensem lagi

    ReplyDelete
  2. Mesti pelik bila tak guna suara pelakon yang original ke tak ada beza Farhana?

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.