Movie Review : Laila Isabella (2003)

Friday 1 January 2021

 

Pengarah :  Rashid Sibir

Penulis Skrip :  Rashid Sibir

Pelakon : Rosyam Nor, Nasha Aziz, Erma Fatima, Saiful Apek, Hans Isaac, Syanie Hisham, Seelan Paul, Liza Hanim, Yusni Jaafar, Azean Irdawaty, Kudsia Kahar, Tan Sri S.M. Salim

Syarikat Produksi :  Tayangan Unggul Sdn Bhd

Pengedar :  Golden Screen Cinemas

Genre : Romantik / Komedi

Durasi Tayangan :  120 minit

Tarikh Tayangan : 27 Mac 2003


Tibehhhh je rasa nak layan movie lama. Kebetulan pulak movie Laila Isabella lalu depan mata. Movie romantik komedi arahan Rashid Sibir di bawah produksi Tayangan Unggul Sdn Bhd mengisahkan tentang dua kawan rapat, Laila (Nasha Aziz) dan Azam (Rosyam Nor). 

Watak Laila ni tomboy dan bekerja sebagai pembantu kedai VCD milik Azam. Sebab perwatakan Laila la kot Azam senang nak geng dengan dia. Main snooker sama-sama, lepak sama-sama. Kelakar jugak la tengok Nasha Aziz yang cantik tu jadi tomboy. Tapi just nice je dia berlakon, tak lah over. Jadi Laila pun bagus, jadi Isabella pun memukau. 

Johan (Hans Isaac), si playboy baru putus dengan Mira (Liza Hanim) walaupun masing-masing dah nak kahwin dan dah book baju pengantin 5 pasang dekat butik Kak Bell (Erma Fatima). Tapi sebab dah menyampah dengan perangai Johan yang tak pernah jaga hati dan perasaan dia, Mira yakin dengan keputusan dia sebab dia yakin tak ada perempuan yang nak dekat Johan. 

Tapi Johan pulak jatuh cinta pandang pertama dengan kecantikan Isabella masa melawat Kak Bell dekat tempat photoshoot. Kak Bell dapat idea supaya Laila terus menyamar jadi Isabella supaya nama butik dia famous di kalangan orang kaya sebab Johan anak Datin Jasmine (Azean Irdawaty). Laila menyampah dengan konsep cinta tapi sebab Kak Bell dah merayu, terpaksa lah dia bantu walhal hati dia dah suka dengan Azam tapi malu nak bagitahu. Walhal Azam pun sama bila Tan Sri S.M. Salim perasan mereka berdua. 

Bila tengok movie Laila Isabella ni teringat zaman 2003 dulu masa muka-muka pelakon ni tengah famous. Dengan sinematografi cantik dari Indra Che Muda memaparkan bangunan-bangunan ikonik Kuala Lumpur dan keindahan kawasan-kawasan lain. Suka tengok scene Azam naik jeep pergi dekat phone booth nak telefon Laila. Style teruk!

Lagu latar dari Zulfekar pun banyak lagu yang best masa tu dan kena dengan situasi cerita macam lagu Apa Nak Jadi nyanyian Tan Sri S.M. Salim, Seandainya nyanyian Azharina, Untukmu Selamanya nyanyian Siti Nurhaliza dan Nilai Cintamu dendangan Sudirman. Tak ingat pulak ada lagu Laila Mein Laila dalam movie ni. Rasanya masa ni movie Hindustan tengah top dekat Malaysia. Props pun penuh dengan poster pelakon Bollywood.

 

Since genre rom-com je so jalan cerita agak lemah especially bila continuity antara scene tak wujud. Tiba-tiba jump dekat scene tu padahal tadi mood dan senario berbeza. Lagi tak faham kenapa Laila kata tak ada orang suka dekat dia padahal Azam dah bagitahu dia suka Laila. Timeline pun macam terabur sebab hujung cerita Harun (Saiful Apek) dengan Eton (Syanie) dah kahwin siap mengandung lagi. Tagline movie ni pun macam tak ada kena-mengena sangat dengan cerita. 

Tapi tak jadi masalah sangat kot sebab movie memang jenis santai pun. Zaman 2003 tengah famous pantun dua kerat bahasa pasar so dalam dialog ada la terselit beberapa pantun macam tu. Chemistry Rosyam Nor dengan Nasha Aziz buat movie ni ada sweet moment dia tersendiri. Sempoi betul Rosyam Nor zaman dulu. Sekarang jadi gangster dengan bapak orang je. Hans Isaac pun sesuai pegang watak playboy. Kalau movie ni remake zaman sekarang confirm watak Johan ni bersepah tabur pickupline. But let’s just not ruin the movie. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.8/10

3 comments

  1. Movie ni memang best sangat2! hahahah memang berapa kali tgk dulu xpnh bosan hehe

    ReplyDelete
  2. i rasa i tgk movie ni lebih dari 10 kali ! ahaha

    ReplyDelete
  3. Masa memula layan movie ini dulu memang bestlah tengok Nasha Aziz dan Rosyam nor.. hehehe.. Comel je.. Lepas tu ada pula apek bawa watak sengal.. memang layanlah..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.