Movie Review | The White Tiger (2021)

Saturday 23 January 2021

Director : Ramin Bahrani

Writer : Ramin Bahrani

Cast : Adarsh Gourav, Rajkummar Rao, Priyanka Chopra, Mahesh Manjrekar, Swaroop Sampat, Vijay Maurya, Nalneesh Neel, Kamlesh Gill, Satish Kumar

Production Company : ARRAY, Noruz Films, Lava Media

Distributor : Netflix

Genre : Crime / Drama

Running Time : 125 minutes

Release Date : 22 January 2021

Trailer :

Diadaptasikan dari novel The White Tiger karya Aravind Adiga yang diterbitkan pada tahun 2008 mengisahkan tentang Balram Halwai (Adarsh Gourav) dari kasta rendah dan tinggal di kampung terpencil, Laxmangarh. 

Setelah kematian ayah dia (Satish Kumar) akibat batuk kering, dia terpaksa bekerja di kedai teh untuk sara keluarga dan dari situ dia cuba untuk mencari peluang supaya dapat keluar dari belenggu kemiskinan yang melampau. Satu hari The Stork (Mahesh Manjrekar) datang bersama anak bongsunya, Ashok (Rajkummar Rao) yang baru pulang dari US. 

Balram dapat rasakan yang Ashok adalah peluang dia untuk keluar dari situ. Dia minta Rs300 untuk dapatkan lesen memandu. Selepas berjaya, dia pergi ke rumah The Stork dan kerana ehsan Ashok, dia dapat bekerja sebagai pemandu kedua. 

Tapi bekerja sebagai pemandu kedua bermakna sebagai orang gaji di rumah tersebut dan bila dia dapat tahu yang Ashok dan isterinya, Pinky (Priyanka Chopra) akan pergi ke Delhi, dia bocorkan rahsia pemandu pertama dan naik pangkat. 

Di Delhi banyak kejadian berlaku dan pelbagai cara yang dia belajar untuk naik atas dan buang Ashok dari hidup dia. Ni bukan spoiler sebab di awal movie dah tunjuk keadaan Balram diselimuti kekayaan dan movie bergerak untuk tahu bagaimana dia ubah nasib hidup dia dari kuli kepada si kaya. 

‘A servant must know his master from end to end; from lips to  anus.’ - Balram

Dalam movie Ramin Bahrani ni tak ada watak antagonis atau protagonis kerana kedua-duanya sama karakter cuma bezanya pada status dan darjat. Pemegang kunci atau berada di pintu yang mana dalam hidup. The White Tiger mungkin menjadi simbolik yang unggul dalam movie tapi hakikatnya even yang di atas juga akan berada dalam sangkar dan jadi tontonan semua untuk hiburan. Baik dari dialog, voice-over ataupun music, nampak yang team production cuba gambarkan kehidupan manusia sebagai hutan yang penuh dengan persaingan. Sama ada berada di atas ataupun duduk di bawah seperti gelandangan yang ditonjolkan berulang kali. 

Bukan setakat jalan cerita sahaja bagus tapi kekuatan The White Tiger haruslah pada lakonan para pelakonnya yang memang dah terkenal dengan bakat besar seperti Priyanka Chopra, Rajkummar Rao dan Vijay Maurya. Sayangnya screentime Priyanka tak panjang sebab chemistry dia dengan Raj serasi sangat. Watak Ashok nampak kompleks bila dengan Pinky dia jadi baik dan sopan tapi hakikatnya dia pun sama sahaja licik dengan Balram sebab cara dia dibesarkan memang dah macam tu.

Rasanya ni movie pertama tengok Adarsh Gourav berlakon sebab tak familiar dengan movie-movie lakonan dia. Kalau ada pun mungkin sebagai supporting roles. Dalam ramai pelakon bagus, dia mampu menyerlah dan buat semua tumpuan terarah pada dia. Balram tak tergoda dengan Pinky tapi obsesi dia terarah pada Ashok. Cara dia perhatikan Ashok, cara dia cuba kagumkan Ashok dengan skills yang dia ada dan cara dia refer Ashok sebagai ex menonjolkan watak dia yang letakkan Ashok sebagai penanda aras dalam hidup. 

‘Do we loathe our masters behind the façade of of love, or do we love our master behind a façade of loathing?’ – Balram Halwai

Movie ni pastinya bukan untuk tontonan keluarga dan bukan juga untuk tontonan umum sebab menyentuh tentang agama, kasta dan struktur sosial. Visual dari Paolo Carnera menghidupkan elemen drama dan saspen untuk beberapa babak penting. Macam scene Balram berlindung dalam kawasan lalang yang hidup walhal keliling banyak yang dah mati, scene Balram tidur dengan jaring yang dipenuhi lipas ataupun scene dia bertapa di bawah chandelier. Tak berapa gemar dengan soundtrack dia sebab kebanyakannya dari playlist English. Spoil mood jugak lah.

 

Movie The White Tiger dapat banyak pujian dari critics dan audience sampaikan Netflix decide untuk hantar movie di bawah syarikat produksi ARRAY, Noruz Films dan  Lava Media ni ke Oscar. Kalau terpilih then movie ni antara kejayaan untuk Adarsh, Priyanka dan Raj. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +1 = 8.5/10

16 comments

  1. sejenis parasit juga si balram ni, gunakan orang lain untuk ubah status dia..

    ReplyDelete
  2. serious sampai nextflix decide sendiri nak hantar ke oscar, means its good

    ReplyDelete
  3. Baru lagi ni masuk ekk kat Netflix.. nak ajak anak tengok, dia kalau cite binatang gini, memang dia suka.. ada geng baru best nak layan..

    ReplyDelete
  4. kalau cite crime memang kena bookmark hehe. minat betul citr camni. thanks reviewww

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing this movie review, a detailed sharing, personally i like the storyline of this movie from reading your review here, so gonna watch this movie in weekend :) cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Kalau dah ada dekat netflix kite nak tengok gaklah...review ni baca pun dah menarik, sesekali layan citer tamil ni ok gak, siapkan kopi panas n biskut nak cicah.

    ReplyDelete
  7. Rawlins masih lagi menyimpan movie ini untuk weekend - dah baca banyak review memang best so semakin tak sabar nak tengok.

    ReplyDelete
  8. Best cerita ni.. tapi masa dia start belajar keluar dr gaya hidup miskin tu mmh salute- gosok gigi, jadi pembersih, tq pd priyanka..

    Tak tahu betul x cr dia.. bunuh bos.. and curi duit dr beg merah

    ReplyDelete
  9. Macam best sebab hidup nak berubah dri kuli jadi kaya. Tapi buat sesuatu yang tak elok. Maslhnya nad takde Netflix.. Ermm sedih

    ReplyDelete
  10. Ramai yg review cerita ni best termasuklah Fynn Jamal. Boleh masuk list cerita ni. Tq review dengan details.

    ReplyDelete
  11. Saya dah baca novel The White Tiger. Memang suka penulisan Aravind Adiga. The White Tiger ni adalah antara karya terbaik beliau. Kalau ada kesempatan, saya akan tonton filem ni.

    ReplyDelete
  12. Kalau dah jadi calon untuk ke pertandingan Oscar mestilah naskah ini bagus. Tiger Putih mmg real dia pakai ek. Nak tgkla nanti.

    ReplyDelete
  13. nice review. story line pun takde lah bosan sangat. boleh lah tengok weekend ni kat netflix.thanks sharing pasal movie ni

    ReplyDelete
  14. anything with Priyanka Chopra is just perfection for me. so happy it's on netflix, cant wait to watch this one!

    ReplyDelete
  15. Ada ternampak iklan movie ni haritu.. dah masuk list. Nanti ajak husband tengok

    ReplyDelete
  16. Thank you for sharing this! I saw this in Netflix, gotta spare some time to watch ! ~ I love Priyanka Chopra

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.