Drama Review | My Lecturer, My Husband Episod 6

Pengarah : Monty Tiwa

Penulis Skrip :  QueenB

Pelakon : Reza Rahadian, Prilly Latuconsina, Kevin Ardilova, Tegar Satrya, Aida Nurmala, Farhan Rasyid, Josephine Firmstone, Sonia Alyssa, Maura Gabrielle, Nicho Bryant, Cinta Brian, Willy Felix, Dini Vitri

Syarikat Produksi :  MD Entertainment

Pengedar :  iflix, WeTV

Genre :  Romantik / Komedi / Drama

Episod : 8 episod 

Durasi Tayangan :  35 minit

Tarikh Tayangan : 11 Disember 2020 

Trailer :

Episod 6 web series My Lecturer, My Husband yang diadaptasikan dari novel dengan tajuk yang sama karya Glitcious bermula dengan perjalanan Inggrit (Prilly Latuconsina) dan Arya (Reza Rahadian) ke Jogjakarta lepas dapat panggilan dari Ibu (Aida Nurmala) bagitahu keadaan Ayah (Tegar Satrya) makin teruk selepas jatuh. 

Bertambah runsing Inggit sebab dia baru dapat tahu yang Tristan (Kevin Ardilova) dan Dave (Farhan Rasyid) dikuarantin kerana mengendalikan Profesor Adi yang dijangkiti corona virus kemudiannya meninggal. Arya cuba tenangkan Inggrit sebab Tristan dilindungi oleh suit PPE lengkap, tambah pula Tristan masih muda jadi imunisasi dia lebih bagus dari Prof Adi. Dua orang kesayangan dalam hidup Inggit jatuh sakit kronik, siapa yang tak risau kan? 

Nasib baik lah Arya ada contact number Professor Gunawan (Yuzar Nazaros) yang bertugas di hospital tempat Tristan jadi sukarelawan. Boleh dia minta bantuan untuk bercakap dengan Tristan just to make sure Tristan is fine. Kawan-kawan Inggrit mula syak ada something yang tak kena dengan Inggrit sejak lockdown tambah pula tak ada sesiapa yang dibenarkan masuk ke rumah Inggrit. Bila call pun serta-merta putuskan talian. 

Untuk visual memang bagus lah sebab di bawah production house power -  MD Entertainment walaupun sinematografi dari lensa Hendri Shu'enk yang masih lagi baru dalam dunia perfileman tapi alatan kelengkapan dan suntingan mesti lah high-tech kan? Dekat montaj pun boleh nampak khidmat CGI beserta visual effects yang disunting cantik. Transition pun menarik. 

Ada scene di mana watak Inggrit kena buat pole dance sebab dia berangan tengah goda Arya. Mood dengan lighting disetkan dalam suasana romantik, sesuai dengan situasi lantas meninggalkan impak pada penceritaan. Untuk buat scene ni Prilly Latuconsina nampak tak kekok langsung sebab dia memang ada experience menari pole dance dan share dekat Instagram. Tak sangka pula dia kena lakonkan dalam web series arahan Monty Tiwa ni. Suka tengok sebab badan Prilly lembut je bila menari. Bukan senang nak buat pole dance. Tangan kena kuat untuk tampung berat badan.

Jatuh cinta dengan senibina bangunan di Jogjakarta sebab kebanyakan bangunan masih menggunakan kayu jati dan bata merah. Macam bangunan kedai makan bila Inggit dengan Arya berhenti untuk berehat dan breakfast. Rumah parents Inggit pun cantik dengan sentuhan tradisional budaya masyarakat Jawa. Dalam series ni parents Inggit memang pekat berbahasa Jawa tapi Inggit biasa-biasa je. Reza pun sebelum ni pernah berlakon dalam movie yang bertutur dalam Jawa tapi dalam series ni watak dia guna bahasa kota bila berbual dengan parents Inggrit. 

Music score dari Andi Rianto guna lagu balada Hati Memilih Cinta nyanyian Ilham Nahumarury untuk scene emosi dan soundtrack penutup, sesuai dengan situasi dan mood cerita. Diselimuti sentuhan okestra dan emosi juga vocal Ilham bagi sentuhan romantik juga drama dengan genre romantik komedi penulisan QueenB.  

Bila entah watak Arya nak bagitahu apa alasan dia terima untuk berkahwin dengan Inggit walaupun isteri dia masih muda dan belum matang. Dalam episod 5, Iim dah potong line. Sengaja je director simpan sampai episod-episod akhir web series My Lecturer, My Husband ni. Jangan alasan dia sebab jatuh cinta dengan Inggrit pada pandangan pertama sudah la. Kesian dekat watak Tristan kalau macam tu. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0, 6. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9/10

1 comments

  1. i tgk u ss-ed gambar rumah yg jenis kayu2 ni i jadi suka. .cantik gila kan

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.