Movie Review : Tezz

Saturday 2 January 2021

Director : Priyadarshan

Writer : Robin Bhatt, Aditya Dhar(Dialogue), Ryūnosuke Ono

Cast : Ajay Devgn, Anil Kapoor, Kangana Ranaut, Zayed Khan, Sameera Reddy and Boman Irani.

Production Company : Venus Records & Tapes, United 7 Entertainment

Distributor : Venus Worldwide Entertainment, Eros Entertainment

Genre :  Action / Thriller / Drama

Running Time : 122 minutes

Release Date : 27 April 2012

Trailer :

Diadaptasikan dari novel The Bullet Train karya Junya Satō dan movie The Bullet Train (1975), kisah Tezz bermula dengan perbicaraan mahkamah menolak rayuan Aakash Rana (Ajay Devgn) dan Nikita (Kangana Ranaut) bila perkahwinan mereka tidak sah bila Akash datang ke UK tanpa permit dan visa yang sah. Dia kemudiannya dihantar balik ke India selepas dipenjarakan. 

4 tahun kemudian Akash datang ke UK dan minta bantuan Aadil Khan (Zayed Khan) untuk cari di mana Nikita dan anak dia tinggal. Akash dan Aadil pergi berjumpa dengan Jojo (Dominic Power) untuk beli bom jenis C4. Misi mereka untuk letupkan keretapi ekspres yang menuju ke Glasgow sekiranya Kementerian tak bersetuju untuk bagi wang tebusan sebanyak 10 juta Euros. 

Railway control officer, Sanjay Raina (Boman Irani) cuba sedaya-upaya untuk penuhi permintaan Akash sebab tak ada cara lain untuk diffused bomb tersebut bila keretapi tersebut bersistem automatik. Tak mungkin lah dia akan gadaikan nyawa anak perempuan tunggal dia yang berada dalam keretapi tersebut. Lain pula dengan pegawai polis anti-terrorism, Arjun Khanna (Anil Kapoor) yang cuba pelbagai cara untuk tangkap mereka yang terlibat dan dapatkan balik wang Kerajaan. 

Dalam tempoh masa 10 jam, berjaya tak Sanjay selamatkan anak perempuan dia dan Arjun selamatkan penumpang lain serta bersihkan nama negara India dari tercalar dek kerana misi balas dendam oleh Akash dan rakan subahat dia? 

Ada beberapa scene dalam movie ni lebih kurang sama dengan movie Hollywood, Unstoppable (2010) dan Speed. I think both movies pun diadaptasikan dari novel yang sama tapi impak dia berbeza. Sebab movie Tezz ni intense moment dia kurang sebab nampak tak real baik dari visual mahupun lakonan pelakon ekstra. Dalam movie ni even British citizen pun cakap Hindi, memang kelakar lah cerita dia semua terpaksa cakap Hindi. Tergeliat lidah masing-masing. 

Visual dalam movie Tezz ni banyak menggunakan keretapi yang bergerak laju tapi sayangnya VFX suntingan Tirru nampak lemah macam scene keretapi akan belok tajam guna maintenance track. Dia punya membelok tu kalau ikutkan dah boleh terbalik dah sebab laju dan ambil masa yang singkat sangat. But kudos to Bollywood SFX sebab deliver back-to-back gripping action stunt macam scene Akash dengan Aadil lari dari polis ataupun scene Megha (Sameera Reddy) keluar dari hutan dan pergi ke bandar tu. 

Plot movie ni merepek sebenarnya sebab Akash nak balas dendam dekat Kerajaan UK yang hantar dia balik ke India sebab menetap secara haram. Megha dengan Aadil pula tolong dia balas dendam sebab Akash yang bantu mereka berdua menetap secara haram dan bagi kerja dekat syarikat pembinaan dia. Sepatutnya dia menyesal dengan perbuatan dia tapi lain pula yang dia buat. 

Kalau dia pergi cari Nikita dengan anak dia, diorang bertiga dah boleh balik India hidup dengan aman tanpa perlu rekod jenayah pun. Ataupun Akash boleh je apply citizenship secara sah since dia dah kahwin dengan Nikita. Kesian dekat anak dengan isteri dia jadi mangsa keadaan sebab dapat ketua keluarga yang tak fikir panjang. 

Sayangnya Kangana tak dapat screentime yang panjang pun dan watak dia cuma muncul untuk bercinta dengan Akash je. Bab chemistry tu nampak menjadi lah sebab masing-masing pun memang bercinta in real life zaman tu. Ada part dalam movie Tezz memang bagus tapi sebab dari awal lagi dah tak boleh terima motif Akash, dah hilang mood untuk feel penceritaan pengarah Priyadarshan ni. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 4.4/10

3 comments

  1. sebab tak boleh tinggal di uk terus nak balas dendam pada kerajaan UK. adoi besar sgt dia punya target tu..

    ReplyDelete
  2. Alasan balas dendam melampau.. Walhal salah sendiri..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.