Drama Review | My Lecturer, My Husband Episod 7

Saturday 16 January 2021

Pengarah : Monty Tiwa

Penulis Skrip :  QueenB

Pelakon : Reza Rahadian, Prilly Latuconsina, Kevin Ardilova, Tegar Satrya, Aida Nurmala, Farhan Rasyid, Josephine Firmstone, Sonia Alyssa, Maura Gabrielle, Nicho Bryant, Cinta Brian, Willy Felix, Dini Vitri, Yuzar Nazaros

Syarikat Produksi :  MD Entertainment

Pengedar :  iflix, WeTV

Genre :  Romantik / Komedi / Drama

Episod : 8 episod 

Durasi Tayangan :  35 minit

Tarikh Tayangan : 11 Disember 2020 

Trailer :

Dalam episod 6 web series My Lecturer, My Husband yang diadaptasikan dari novel dengan tajuk yang sama karya Glitcious, Inggrit (Prilly Latuconsina) dah mula jatuh cinta dengan Arya (Reza Rahadian) tapi dia macam endahkan je perasaan tu sebab bagi dia Tristan (Kevin Ardilova) masih di hati. 

Padahal Arya dah bagitahu yang dia kena faham status dia sebagai isteri orang dan juga terima hakikat kehidupan yang semua perbuatan Inggit sebagai isteri akan bagi kesan kepada si suami. Termasuklah berhubungan secara langsung atau tidak langsung bersama Tristan walaupun Arya sudah janji akan lepaskan Inggit bila sahaja Tristan sudah bersedia terima Inggit sebagai isteri dalam hidup dia. 

Tapi sementara perkara tu terjadi, Inggit kena patuh dengan arahan suami dan jaga maruah Arya juga kedua Ayah (Tegar Satrya) dan Ibu (Aida Nurmala). Iim (Josephine Firmstone) pula cuba sehabis baik untuk menjaga rahsia Inggit dengan Pak Arya sampai mereka berdua bersedia untuk bagitahu status perhubungan secara umum. 

Malangnya apa yang kita rancang tak semestinya menjadi kan? Bila Tristan pergi sendiri ke Jogjakarta dan terdengar perbualan jiran tentang menantu yang baik hati dan lihat sendiri Pak Arya papah Ibu dan Inggit masuk dalam rumah, dia terus pergi ke rumah Iim. Dia tahu Iim dah tahu tentang rahsia pacar dia sebab Iim dengan Inggit berkawan rapat. 

Terkejut bukan kepalang kawan-kawan yang lain terutamanya Joana (Sonia Alyssa) sebab Pak Arya crush dia di kampus. 

‘Pak Arya gue benerin married sama Inggit. Pak Aryaaaa :’(‘ 

I feel you Jo :(

Tapi Andre (Cinta Brian) kan ada, suka dengan Jo dah lama. Handsome pulak tu, sesuai lah dengan Jo yang cantik. 

Untuk visual memang bagus lah sebab di bawah production house power - MD Entertainment walaupun sinematografi dari lensa Hendri Shu'enk yang masih lagi baru dalam dunia perfileman tapi alatan kelengkapan dan suntingan mesti lah high-tech kan? Dekat montaj pun boleh nampak khidmat CGI beserta visual effects yang disunting cantik. Transition pun menarik. 

Jatuh cinta dengan senibina bangunan di Jogjakarta sebab kebanyakan bangunan masih menggunakan kayu jati dan bata merah. Boleh nampak pada senibina rumah parents Inggit yang cantik dengan sentuhan tradisional budaya masyarakat Jawa. Dalam series ni parents Inggit memang pekat berbahasa Jawa tapi Inggit biasa-biasa je. Reza pun sebelum ni pernah berlakon dalam movie yang bertutur dalam Jawa tapi dalam series ni watak dia guna bahasa kota bila berbual dengan parents Inggrit. 

Music score dari Andi Rianto guna lagu balada Hati Memilih Cinta nyanyian Ilham Nahumarury untuk scene emosi dan soundtrack penutup, sesuai dengan situasi dan mood cerita. Diselimuti sentuhan okestra dan emosi juga vocal Ilham bagi sentuhan romantik juga drama dengan genre romantik komedi penulisan QueenB.

  

Ada scene di mana Arya berbual dengan Pak Wundrowo tapi belum reveal lagi apa alasan Arya setuju menikah dengan Inggit. Memang betul lah director Monty Tiwa simpan dekat episod akhir. Pandai betul berahsia. 

‘Ya, rasa-rasanya terlalu klise kalau seandainya Bapak ini menyatakan kalian biasa belajar saling mencintai antara satu sama yang lainnya seiring berjalannya waktu. Klise! Tapi ada satu hal yang ingin Bapak kasitahu ke kamu Mas Arya. Bapak percaya Mas Arya adalah laki-laki yang terbaik, yang Bapak pilih untuk bersama menemani anak Bapak satu-satunya.’ - Pak Wundrowo

Hopefully episod last tu sweet ending macam drama cinta klise yang lain :’)

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0, 6. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9/10

1 comment

  1. kalau tgk drama yg kita mmg tau cliche dia.. tak pa.. boleh enjoy hehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.