Showing posts with label pot pet. Show all posts
Showing posts with label pot pet. Show all posts

Village Grocer Nadayu 801, Damansara West

Wednesday, 26 August 2026


Sejak Embayu dan Nadayu 801 beroperasi, nama jalan dekat Bandar Pinggiran Subang ni dah upgrade jadi Damansara West. Nama tak nak kalah kan padahal kawasan setempat takde lah glamor mana pun. 

Masa pergi ambil adik dekat tempat kerja dia saja menyinggah masuk ke Village Grocer yang baru dibuka dekat sini. Pasaraya ni memudahkan penduduk Nadayu lah kot sebab dekat bawah rumah je. Boleh tahan luas juga lah sebab dia ambil 4 unit dan ada disediakan parkir khas untuk pelanggan tapi tak banyak lah. Kalau ada buat promo mesti sesak parkir dia. 


Pergi ke kawasan sayur dia sebab nak beli salad. Tak banyak sangat pilihan salad dia tapi okay lah, apa yang I nak tu ada. Sayur yang lain ikut mood sebab ada yang dah start kuning. I beli kale jugak sebab nak buat jus tapi tengok lah dia melecur dalam peti ais ataupun selamat masuk dalam perut nanti.


Saja jalan-jalan tengok barang dekat Village Grocer ni sebab nanti kalau nak apa-apa senang boleh kirim dekat adik je. Sebelum balik rumah boleh menyinggah beli dekat sini kalau dia syif pagi. Beli dekat sini pun okay jugak sebab dia pek kecil tak macam NSK since dia wholesale retail. Lepas ni dah tak payah beli banyak-banyak simpan dalam peti ais dah. Rasa nak masak baru beli tak pun beli untuk seminggu dulu. 



Dekat Village Grocer ni ada cendawan pelbagai jenis, pelbagai bentuk, banyak pilihan pulak tu. Seronok lah Fariha kalau dia tengok ni sebab dia suka cendawan. Terkejut tengok cendawan dia besar gila lepastu ada cendawan warna coklat gelap jugak. 




Dekat sini ada juga frozen berries. Kalau nak buat smoothies senang lah tapi tu lah bila nak buat entahnya. Seronok tengok je tapi penyegan. 



Pilihan sini lagi banyak dari Whole Foods Extra tapi dua-dua pun I suka. Takde dekat sana boleh pergi sini. Nak jenis apa semua ada. Tinggal nak masak je. Masa tengok bahagian keju ni dah bermacam resipi keluar. Menggeletis idea bagai mencurah ke ladang gandum. 



Dekat kaunter daging ada ternampak daging wagyu yang buat promo haritu tapi nanti lah beli. Masa promo tu tak sempat nak beli sebab orang tengah gila memborong. 





Seronok masuk sini sebab semua barang tersusun kemas je. Kalau pergi Speedmart memang tak dapat lah view macam ni. Jalan-jalan dekat sini pun jadi terapi jugak. Dah la sejuk mata memandang, sejuk juga badan sebab ada air-cond. 


Masuk sini baru tahu ada bakery. Kalau pagi ada jual nasi lemak jugak, boleh minum dengan kopi atau teh. Nak try kopi dia tapi lain kali lah sebab kitorang pergi ni dah nak malam, takut nanti ada yang tak boleh tidur. Kalau beli pastries pukul 7 malam boleh dapat harga diskaun. Nak beli masa tu tapi pastries dia tak banyak dan tak berkenan di tekak. 

Sudahnya pergi ke kaunter cashier untuk bayar barang dibeli. I beli bunga kekwa jugak untuk teman bunga lili dengan carnation I beli haritu dekat MRT Bukit Bintang. 


Village Grocer please masukkan banyak sikit pilihan untuk bunga segar dekat situ. Senang sikit tak payah pergi beli jauh sampai ke KL sana. 

Majlis Perkahwinan Izzah & Danial, Semesta Event Space, One City Mall, Subang

Friday, 21 August 2026

 

Masa chambering dekat LPJE Izzah dah bagitahu dia tengah berkenalan dengan someone. Lepas CSR event dekat SK Subest tu, kitorang ada borak-borak pasal baby dia sebab ni kira cinta pertama lah. Izzah kata dia dalam fasa angau, tak boleh tidur, tak lalu makan sangat. Tak sangka dari sembang kat situ membawa kitorang ke majlis perkahwinan dia di Semesta. 

Awalnya plan nak naik Grab je sebab kawasan sini sesak. Majlis pula mula lepas Maghrib memang takut tak sempat lepas habis kerja. Di saat akhir, plan berubah sebab Leen tak dapat pergi. I, Fariha dengan Nurin naik satu kereta dengan Ms Junny dan husband dia pergi ke sana. Sakan lah berboraknya. Sampai ke One City Mall, kitorang pergi surau dulu untuk solat Maghrib sebab Kak Siti dengan family dia dah cop meja. 


Hall dia kecil je, sesuai lah untuk intimate wedding macam ni. Suka betul tengok pelamin dengan bahagian siling. Dekat tangga pun dihias cantik ikut tema putih bersulam merah. 

Masa sampai tu kitorang terus beratur nak ambil latte atau matcha dekat luar sebab keluarga pengantin jemput tetamu makan dulu. 





Ada banyak makanan dekat kaunter makanan tapi dah malam tak lah beria nak makan sangat. Ambil nasi minyak dengan ayam masak merah sikit. Lepastu makan sushi 2 ketul. Dah nak balik baru teringat nak ambil nona manis tapi dah habis nyah. Bukan rezekiiii. 


Dari jauh dah boleh nampak seri pengantin Izzah. Seronok eh dapat kahwin dengan baby dia. Macam main kahwin-kahwin pun ada sebab dua-dua petite comel je. Macam tak percaya tengok Izzah naik pelamin tapi dah selamat dah pun diijabkabul dengan sekali lafaz. 




Lepas dah habis makan kitorang ambil gambar ramai-ramai dengan pengantin. Nak bergambar sendiri sendiri memang tak dapat lah sebab keluarga dua belah pengantin pun ramai. Kita ambil mana sempat je tapi masa tu lupa nak minta gambar dari phone sendiri makanya tak ada lah gambar ramai-ramai tu. Nak harapkan Izzah bagi entah bila sebab dia content creator, busy mengalahkan menteri. 


Dekat wedding Izzah ada kaunter bunga segar. Kena scan QR untuk follow Instagram G.Eden lepastu dapat lah satu bouquet bunga ros. Boleh pilih nak merah ke putih. Sebab kitorang pergi bertiga, dapat lah banyak sikit nak letak dalam pasu dekat rumah. 



Doorgift dapat beras pek kecil, dapat 3 kan memang terus tuang masuk dalam bekas beras. Function teruk dapat beras hshshs


Since kebanyakan kaunter yang masuk ni adalah sponsor, setiap kaunter tu Izzah kena buat shotout lepas habis bersanding. Lepas selesai tugas sebagai content creator, pengantin bergambar dekat photobooth pulak dengan kitorang. 



💗


Thank you Izzah dan Danial atas jemputannya. Tahniah juga dah mendirikan rumah tangga, semoga bahagia hingga ke Jannah. 

Whole Foods Extra, Subang Bestari

Tuesday, 11 August 2026


Bulan Julai ada pelancaran untuk dua pasar mini dekat Subest ni. Satu Pasar Mini Anis, satu lagi Whole Foods Extra. Lepas pergi Pasar Mini Anis siangnya, belah malam tu singgah pulak dekat Whole Foods Extra sebab nampak cantik dari luar. 


Baru masuk je dah nampak promosi untuk blueberry dengan Shine Muscat. I grab dua blueberries masuk dalam troli. Rasa sejuk je masuk sini sebab banyak buah-buahan dengan sayur. Barang basah dia tak banyak sangat, dia letak macam asal ada je. I ada beli tongkeng tapi lepas ni beli dekat NSKje lah kot sebab tak fresh sangat bahan basah dia.





Sayur dia menarik sebab ada banyak pilihan, berbeza lah dengan NSK Star Avenue. Tengok kentang pun ada kentang biasa dengan kentang pink dari Australia. Ubi keledek pun terjaga elok, tak macam NSK dah banyak rosak. I beli dil satu paket sebab nak masuk dalam salad salmon nanti. 


Lepas ni memang dah aim nak beli sayur dekat sini atau Village Grocer Nadayu tapi barang basah dengan barangan keperluan lain beli dekat NSK. Dah malas nak beli sayur dekat NSK sebab cepat rosak. Segala tips simpan sayur I dah cuba tapi tetap jugak rosak. 

Bila beli sayur dekat Whole Foods Extra, KPlus atau supermarket yang seangkatan dengannya okay je bertahan. Rasanya sebab temperature storage ataupun penghantaran secara pukal tu yang buat sayur cepat rosak. Subest takde pasar basah so tak boleh nak masukkan sebagai pembolehubah. 


Dekat sini ada makanan sihat yang tak ada dekat NSK jugak. Lepas ni adik I akan kerap ke sini sebab ini makanan dia. 


Seronok juga tengok bahagian chiller sebab ada pelbagai jenis yogurt dan produk tenusu. Lepas ni tak payah pergi jauh sampai OU atau Citta Mall dah. 5 minit dari rumah je dah sampai yeayyy!


Frozen products dia pun ada banyak pilihan, ada yang tak pernah nampak pun ye jugak. Masa ni konon nak singgah sekejap je tapi jadi lama sebab mencari garlic spread. Dekat NSK dah habis, dekat sini pun ada satu jenama je. Tapi ambil je sebab dah malas nak pergi tempat lain. 

Nak bayar pun tak payah beratur lama sebab tak ramai orang. Kalau ramai pun queue dia takkan panjang macam dekat NSK lah sebab orang beli barang sikit je dekat sini. Minggu ni I perasan dia buka dari jam 8 pagi. Kalau I sangkut dalam jam memang singgah sini dulu beli barang hshshs