Pengarah: Bryan Singer
Penulis Skrip: Michael Dougherty, Dan Harris, David Hayter
Pelakon: Patrick Stewart, Hugh Jackman, Ian McKellen, Halle Berry, Famke Janssen, James Marsden, Rebecca Romijn, Brian Cox, Alan Cumming, Bruce Davison, Anna Paquin
Syarikat Produksi: 20th Century Fox, Marvel Enterprises, The Donners' Company, Bad Hat Harry Productions
Pengedar: 20th Century Fox
Genre: Superhero / Aksi
Durasi Tayangan: 133 minit
Tarikh Tayangan: 24 April 2003 (London), 02 Mei 2003 (United States)
Trailer:
Mutan bernama Nightcrawler (Alan Cumming) pecah masuk ke Rumah Putih untuk hantar mesej kepada Presiden Amerika Syarikat supaya bebaskan mutan. Dalam masa yang sama, Logan (Hugh Jackman) dihantar oleh Proffesor X (Patrick Stewart) untuk menyiasat kegiatan yang berlaku di Alkali Lake, Alberta kerana di situ lah tempat Logan dijadikan bahan eksperimen oleh Kolonel William Stryker (Brian Cox). Di penghujung X-Men Origins: Wolverine (2009), Logan ditembak hingga hilang ingatan.
Jean Grey (Famke Janssen) mula mengalami simptoms yang sama dengan Charles ketika muda bila dia tak mampu mengawal semua suara yang dia dengar apatah lagi bila berada di tempat awam.
Setelah berita Presiden diserang oleh Nightcrawler, Storm (Halle Berry) dan Jean Grey dihantar oleh Proffesor X untuk menyiasat mutan tersebut. Sementara dia dan Cyclops (James Marsden) pergi ke penjara untuk berjumpa dengan Magneto yang dikurung di sana. Logan yang baru saja pulang diminta untuk jaga kesemua pelajar di sekolah tersebut.
Ketika berbual dengan Bobby (Shawn Ashmore), Logan terhidu bau tentera yang datang untuk menangkap semua mutan di sekolah tersebut. Kitty Pryde (Katie Stuart) dengan mudahnya melarikan diri kerana boleh menembus dinding dan manusia. Kerana jeritan nyaring Theresa Rourke / Siryn (Shauna Kain), Peter Rasputin / Collosus (Daniel Cudmore) terjaga dan kumpulkan beberapa orang mutan pergi ke laluan rahsia dan lari dari situ.
Filem X2 merupakan sekuel kepada X-Men (2000) dan masih lagi menggunakan khidmat pengarah yang sama, Bryan Singer. Sama seperti sebelumnya, X-Men memperkenalkan beberapa watak mutan yang baru di dalam setiap naskhah seperti Nightcrawler yang boleh teleport seperti Azazel juga watak Deathstrike yang mempunyai kebolehan seperti Wolverine.
Kali ni, Xavier’s School menguatkan lagi watak Collosus yang boleh berubah menjadi besi, Kitty yang boleh tembus setiap jisim, Siryn yang mempunyai jeritan sonic yang kuat seperti Banshee yang pernah muncul dalam X-Men: First Class (2011).
Watak Pyro mempunyai lebih banyak ruang berbanding X-Men (2000) dengan dialog yang menjelaskan bagaimana sel mutan wujud ketika berkunjung ke rumah Bobby. Dr Hank McCoy / Beast muncul sekejap di televisyen ketika Mystique cuba goda pengawal keselamatan tapi Hank dah diganti dengan Steve Bacic.
Gara-gara agenda Kolonel William Stryker yang terhenti pada penghujung X-Men Origins: Wolverine (2009), dia kini teruskan misi dengan agenda yang baru. Dalam filem X2, baru nampak X-Men bergabung dengan Magneto untuk halang niat jahat Stryker terhadap mutan.
Dalam filem X2 pun ada kekeliruan fakta bila Magneto bagitahu dia yang bantu Charles bina Cerebro padahal Dr. Hanks McCoy guna dana CIA bina Cerebro dalam X-Men: First Class (2011).
Sinematografi dari Newton Thomas Sigel dipertingkatkan lagi dengan visual yang menarik seperti babak Magneto keluar dari penjara menggunakan plat besi. Babak Nightcrawler serang Rumah Putih di permulaan filem antara highlights X2 juga babak Pyro serang polis dan sekolah Xavier diserang oleh tentera. Seronok juga tengok kuasa Bobby sebagai Iceman terutamanya bila dia cuba selamatkan Logan.
Kelemahan X2 terletak pada cinta tiga segi Jean Grey, Wolverine dan Cyclops. Tak pasti kenapa Wolverine suka dengan Jean Grey sampai beria yakinkan dia adalah orang yang tepat sebagai suami. Kalau jadi Jean Grey pun malas nak layan perangai Wolverine sebab Cyclops lebih bagus sebagai ketua. Ibarat macam Wolverine adalah Alpha sementara Cyclops adalah Sigma.
Filem X2 juga singkat bila tak dapat jelaskan kenapa keluarga Bobby tak suka dengan kelebihan yang dia ada walhal kuasa dia tak menyakiti orang pun. Mudah sangat kerja mak dia dekat dapur nak pula kalau ada perayaan. Ais habis tak payah suruh Bobby pergi kedai sebab anak dia boleh buat ais guna tangan je. I boleh faham mak dia takut kalau Bobby pernah bekukan orang dekat sekolah tapi Bobby baik je budaknya, tak macam Pyro.
Penghujung X2 pun agak lemah bila ada watak yang terpaksa berkorban padahal setiap mutan yang berada di babak klimaks adalah mutan yang kuat. Tak ada masalah pun untuk Nightcrawler pindahkan semua ke tempat yang selamat sementara Storm alihkan air empangan jadi ribut. Mungkin sebab nak kuatkan babak dramatik dan permulaan konflik untuk filem X3 nanti.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.8 = 8.7/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.