Tak tahu nak start jalan-jalan dekat mana di sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad ni. Bila nampak announcement poster Serba Serbi terus pergi ke Tingkat 3 untuk tengok apa ada dekat situ. Ruang dekat Tingkat 3 ni kecil je tapi ada lebih dari 10 vendor yang meniaga dekat sini.
Awalnya ingatkan Serba Serbi ni cuma bazar yang muncul waktu cuti atau hujung minggu macam dekat Pasar Seni tapi rupanya memang kedai.
Kebanyakannya pakaian dan aksesori wanita lah. Ada jugak preloved tapi entah lah tak tahu ke mana peniaga dia pergi. Belek gitu gitu je lah lepastu keluar dari booth tu.
Baju kebaya batik dia cantik tapi tak ada saiz jadi kita tengok je lahhhh
Rasanya ini je booth yang jual makanan tapi disebabkan kitorang baru je lepas makan, perut pun penuh lagi makanya hanya mampu memandang.
Sangkut dekat sini yang lama belek dia pun hasil cetak sebab semua figures ni dia buat guna printer 3D. Geram tengok naga dia panjang-panjang berkilat cantik. I belek kejap lepastu letak, belek lagi, letak lagi. Tak pasti nak beli ke tidak sebab kalau beli nak letak mana. I nak letak dekat monitor tapi badan dia tak leper untuk lepak dekat atas skrin.
Nak beli keychain macam Fariha jugak tapi takut hilang sebab plushy bunny yang sangkut dekat handbag dah hilang dah. Sudahnya beli jugak naga ni letak dekat PC. Berbaloi beli sebab cantik hshshs












Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.