Pengarah: Bobby Husaini
Penulis Skrip: Bobby Husaini, Aloy Paradoks, Taqim Zaki, Rayza Mukmin
Pelakon: Amerul Affendi, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Ozlynn Waty, Zahiril Adzim, Dato Razak Ahmad, Nabila Huda, Sabri Yunus, Sara Ali, Azhan Rani, Nadia Aqilah, Anas Ridzuan, Niezam Zaidi, Kody Rasheed, Syazwan Zulkifly, Fikry Ibrahim, John Bear, Wan Chai, Haidar Hasanudin, Fadhli Masoot, Kween Keela, Datuk Yusof Haslam, Bront Palarae, Khatijah Tan, Khir Rahman, Nadiya Nissa, Alvin Wong, Joyce Harn
Syarikat Produksi: Tangerine Films
Pengedar: Skop Production
Genre: Komedi
Durasi Tayangan: 107 minit
Tarikh Tayangan: 23 April 2026 (Malaysia), 11 September 2026 (Netflix)
Trailer:
Filem bermula dengan perbalahan antara Alid (Beto Kusyairy) dengan adiknya, Man Filem (Amerul Affendi) yang gadaikan tanah opah mereka. Ejen beri masa dua minggu untuk Alid tebus semula tanah tersebut. Kebetulan filem produksi perlukan sebuah rumah kampung untuk mereka jadikan lokasi penggambaran untuk filem sejarah.
Yong Leha (Ozlynn Waty) tanpa teragak-agak terus bersetuju kerana pelakon utamanya adalah Amir Daniel (Zahiril Adzim), pelakon lelaki popular ketika itu. Timah Lebor (Nabila Huda) yang asalnya tidak bersetuju kerana dia bakal berkahwin dengan Andak Meor (Dato Razak Ahmad) dan segala persiapan perlu dilakukan terus bersetuju bila mendengar nama Amir Daniel.
Seronok mereka cuma sebentar bila tahu personaliti sebenar Amir Daniel yang lembut, tak sama langsung dengan personaliti depan kamera. Nak batalkan pun duit sudah diberi oleh Boy AD (Sara Ali). Samad (Anas Ridzuan) pula menyampah dengan kehadiran krew produksi yang cuma menambahkan aktiviti maksiat di kampung tersebut.
Ketika penggambaran berlangsung, orang kampung mula diintai oleh lelaki berkain pelikat. Man Filem juga digertak oleh Kapak (Syazwan Zulkifly) dan Lan Naga (Kodi Rasheed) kerana mempunyai hutang sebanyak RM70,000 dengan Wan Banjor (Niezam Zaidi).
Filem komedi Libang Libu diarahkan dan ditulis oleh pengarah baru, Bobby Husaini yang menggunakan latar masyarakat Perak yang mempunyai dialek yang kelakar. Libang Libu bermaksud perasaan tidak senang duduk, tidak tentu hala atau gelisah. Penceritaan Libang Libu benar-benar menjelaskan perasaan orang kampung yang mempunyai banyak kejadian dalam masa yang singkat. Tak ada langsung masa untuk mereka bertenang sejak Man Filem pulang ke situ.
Penceritaan Libang Libu bergerak laju dalam durasi satu jam 40 minit dan disebabkan mempunyai banyak pelakon untuk kesemua watak yang wujud, tak ramai yang dapat screentime yang banyak. Ada yang cuma buat cameo dalam satu babak sahaja macam Datuk Yusof Haslam sebagai Imam Kampung, Fadhli Masoot sebagai pelakon di bawah produksi Silver Pang atau Bront Palarae sebagai produser.
Elemen komedi yang dimasukkan bersifat santai dan bersahaja. Ada beberapa babak buatkan kita teringat pada filem-filem komedi Mamat Khalid. Mungkin kerana dialek Perak atau mungkin juga kerana filem yang menampilkan masyarakat kampung yang santai dan kelakar. Babak perbualan Lan Naga dan Kapak menghiburkan ditambah dengan selingan tentang agama. Chemistry dan dinamik Syazwan dan Kodi Rasyeed menjadi walaupun cuma watak sampingan.
Mencuri perhatian dalam filem Libang Libu adalah watak Shakur Rahman yihailing nombor syatuuu! Menjadi sangat watak Fikry Ibrahim sebagai bangla yang bekerja di Perak. Sama juga dengan watak Amir Daniel yang sedih terpaksa sorok personaliti sebenar untuk bekerja dalam industri.
Sinematografi dari Saifuddin Musa mewujudkan suasana kampung yang cantik dan asli menggunakan color grading dan palette musim panas. Keindahan semula jadi kawasan yang dipilih serta kawasan pelancongan menguatkan lagi latar tempat dalam filem Libang Libu. Lagu latar dari Amir Jahari berjudul Takkan Putus menjadi peneman pada beberapa babak.
Babak drama yang cuba dimasukkan dari konflik Alid dan Man Filem tampak lemah dengan mesej sosial yang cuba mengangkat hubungan kekeluargaan walaupun buat jenayah besar. Tapi mungkin penulis cuba wujudkan elemen satira dengan sifat pemaaf orang Malaysia yang berlebihan sampai penjenayah terlepas dari dosa mereka. Dekat hujung filem nampak macam produksi cuci duit pun ada juga sebab banyak betul menghulurnya.
Watak Alid boleh sangat digantikan dengan pelakon lelaki lain sebab watak dia tak lah menggerakkan cerita sangat pun. Tapi tu cuma pendapat peribadi, mungkin orang lain seronok je tengok Beto. Anyway, looking forward for Bobby Husaini's next project.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.8 = 8.4/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.