WANITA HARI INI | Wajah Baharu, Lebih Segar & Padat, Inspirasi Tanpa Sempadan

Thursday, 10 September 2026

Kuala Lumpur, 10 September 2026 – Program bual bicara wanita popular TV3, Wanita Hari Ini (WHI) bakal tampil dengan wajah baharu menerusi pendekatan yang lebih segar dan dinamik, memperluas kehadirannya merangkumi televisyen dan platform digital dengan kandungan yang lebih relevan buat wanita masa kini.

Bermula 13 September 2026, WHI akan menemui penonton menerusi slot baharu setiap Ahad, jam 2.00 hingga 3.00 petang, dengan menampilkan segmen utama seperti WHI Trend, WHI Cantik, WHI Menu, WHI Curhat, WHI Kasih, Pesona Nona, selain topik perbincangan semasa yang dekat dengan kehidupan wanita masa kini.

Selain pengisian utama pada hujung minggu, WHI turut mendekati penonton menerusi WHI Vibe, segmen ringkas berdurasi lima minit yang akan disiarkan Isnin hingga Jumaat, jam 12.00 tengah hari. Kandungan digital baharu WHI pula akan dimuat naik pada jam 12.00 tengah hari menerusi platform digital rasmi, memberikan lebih banyak peluang kepada penonton untuk mengikuti perkembangan dan inspirasi daripada WHI pada bila-bila masa.

Jadual siaran baharu:

  • WHI Vibe: Isnin - Jumaat, 12.00 - 12.05 tengah hari
  • WHI: Ahad, 2.00 - 3.00 petang

Pelbagai pengisian dalam WHI yang lebih segar:

  • WHI TREND - Menampilkan pelbagai trend semasa dalam gaya hidup, hobi, dekorasi, fesyen dan petua harian.
  • WHI CANTIK - Berkongsi topik kecantikan dan kesihatan, termasuk penjagaan diri serta isu kesihatan kulit dan tubuh.
  • WHI MENU - Menyentuh tentang resipi mudah, hidangan bajet, makanan tular serta ulasan tempat makan.
  • WHI CURHAT - Mengangkat kisah kehidupan yang menyentuh hati termasuk tentang cinta, kehilangan, keluarga, kerjaya dan cabaran yang dilalui. 
  • WHI KASIH - Meneroka pelbagai aspek hubungan dalam keluarga, percintaan dan persahabatan.
  • PESONA NONA - Temu bual bersama selebriti dan wanita inspirasi untuk menyelami kisah, pengalaman serta sisi peribadi mereka.

Perubahan ini turut menyaksikan WHI memperluas barisan hosnya apabila Fiza Sabjahan, Syahira Izzaty dan Sugeeta Chandran akan bergandingan bersama tiga wajah baharu iaitu Hanna Faresha, Nurin Razmyn dan Izza Izelan. Kesemua perkembangan ini diperkenalkan menerusi sidang media yang berlangsung hari ini di Balai Berita, Bangsar.

Di sebalik penambahan barisan hos, setiap wajah baharu hadir dengan latar belakang serta kepakaran tersendiri. Hanna Faresha, pelakon berbakat dan ikon gaya hijab; Nurin Razmyn, seorang pempengaruh; serta Izza Izelan, wartawan penyiaran berpengalaman, bakal melengkapi barisan hos sedia ada dengan perspektif masing-masing. 

Menurut  Puan Farah Shamsudin, Pemangku Ketua Pegawai Operasi, Strategi Kandungan & Audiens, Rangkaian TV & Kandungan Media Prima, “WHI mempunyai nilai tersendiri sebagai sebuah jenama yang telah lama menemani audiens menerusi pelbagai generasi. Dalam landskap media yang sentiasa berubah, kami sentiasa menilai cara terbaik untuk menyampaikan pengalaman yang memenuhi kehendak penonton hari ini. Transformasi ini mencerminkan komitmen kami untuk membawa WHI terus berkembang, sambil mengekalkan identiti dan kekuatan yang telah membina kepercayaan penonton selama ini.”

Dengan gabungan pengalaman, wajah baharu serta kandungan yang lebih luas, WHI terus menjadi platform yang meraikan inspirasi, perkongsian dan aspirasi wanita Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai Wanita Hari Ini (WHI), ikuti laman media sosial rasmi @TV3Malaysia di Facebook, Instagram, X, Threads dan TikTok, serta Wanita Hari Ini TV3 di Facebook, @whitv3 dan @inspirasi_nona di Instagram, WHI TV3 dan inspirasi_nona di Threads, serta @whitv3malaysia_official di TikTok.

1 comment

  1. Nona dah takde kan diganti dengan WHI jugak. Patut la dah beberapa minggu nona siaran ulangan je.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.