Minggu Akhir Borneo Rising | Dabra Juara Sulung Borneo Rising, Raih RM30,000 dan Kontrak Artis Bersama Rocketfuel Entertainment

Monday, 26 October 2026

Dabra melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai juara sulung Borneo Rising pada malam finale, sekali gus membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000, trofi Borneo Rising, sebuah single dan muzik video terbitan Rocketfuel tajaan CelcomDigi, serta kontrak pembangunan dan pemasaran artis bernilai sehingga RM100,000 tajaan Rocketfuel. Dabra turut sekali lagi merangkul anugerah Persembahan Paling Power CelcomDigi.








Malam kemuncak dibuka dengan persembahan istimewa hos Sherry Alhadad dan Zizan Razak, diikuti segmen khas yang meraikan perjalanan empat finalis. Dengan Ajai sebagai juri jemputan, para finalis berentap menerusi dua cabaran utama iaitu persembahan solo dan duet bersama artis jemputan.


Dabra mempersembahkan Abracadabra (Lady Gaga), manakala Petrova menyampaikan Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Joy dengan Biarkanlah (Drama Band) dan Harris menerusi Tak Mungkin Bersama (Judika). Persembahan duet turut menyaksikan Dabra bergandingan dengan Mya K.O.I, Harris bersama Azeva, Petrova bersama Azlan Typewriter dan Joy bersama Naqiu. 


Keputusan akhir menyaksikan Harris di tempat keempat dengan hadiah RM5,000, Joy di tempat ketiga (RM10,000), Petrova sebagai naib juara (RM20,000), manakala Dabra muncul juara dengan hadiah keseluruhan seperti yang diumumkan.


“Saya hari ini mahu tunjuk kepada semua penonton, kami dari Borneo, kami juga ada bakat. Saya berjanji akan terus berkarya, sampai satu Malaysia kenal saya,” ulas Dabra dalam ucapan kemenangannya.


Kemenangan Dabra menutup musim pertama Borneo Rising dengan penuh bermakna, diakhiri persembahan memukau daripada juara sulung yang bertekad membawa nama Borneo ke seluruh Malaysia.

SENARAI LAGU 

Petrova: Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul

Dabra: Abracadabra - Lady Gaga

Joy: Biarkanlah - Drama Band

Harris: Tak Mungkin Bersama - Judika

Joy & Naqiu: Sepi Sekuntum Mawar Merah - Ella

Dabra & Mya K.O.I: Ku Bersuara - Ernie Zakri

Harris & Azeva: Takdir Tercipta - Adira & Hafiz Suip

Petrova & Azlan Typewriter: Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussain

INFO PROGRAM ‘BORNEO RISING’

  • Borneo Rising, program pencarian bakat dengan vokal padu, kerjasama CelcomDigi Berhad, bakal bersiaran selama lapan (8) minggu bermula dari 6 September 2026 secara langsung dari ITCC Mall, Penampang Sabah, setiap Ahad jam 9PM, menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), serta boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.
  • Borneo Rising turut menampilkan RTM sebagai rakan penyiar strategik, Astro Gempak sebagai Rakan Digital dan ERA, ERA Sabah & ERA Sarawak sebagai Rakan Radio Rasmi.
  • 12 barisan peserta yang bakal berentap di pentas Borneo Rising ialah Dabra dari Likas Sabah, Jecinta dari Miri Sarawak, Petrova dari Papar Sabah, Harris dari Kuching Sarawak, Syukri dari Kinabatangan Sabah, Aadel dari Kuching Sarawak, Afiq dari Sandakan Sabah, Michelle dari Landu Sarawak, Joy dari Sandakan Sabah, Faris dari Kuching Sarawak, Harvard dari Penampang Sabah, dan Rizzani dari Tawau Sabah.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.