Kuala Lumpur, 20 Oktober 2026 – Selepas kejayaan dan impak positif yang dicetuskan menerusi Mualim Muda Musim 1, Astro Oasis kembali meneruskan misi melahirkan ikon pemimpin Islam generasi baharu menerusi Mualim Muda Musim 2. Program realiti berteraskan ilmu dan dakwah ini tampil dengan pendekatan yang lebih segar, mencabar dan relevan dalam usaha mencari anak muda Muslim yang bukan sahaja berilmu agama, tetapi juga mampu memimpin, mempengaruhi dan berkhidmat kepada masyarakat dalam dunia yang sentiasa berubah. Mualim Muda 2 bakal bersiaran secara serentak mulai 31 Oktober, jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta turut boleh distrim melalui On Demand di Astro GO dan Sooka.
Mualim Muda 2 memperkenalkan pelbagai pembaharuan yang menjadikan perjalanan peserta lebih mencabar dan dekat dengan realiti kehidupan masyarakat masa kini, selaras dengan tema “Pemuda Berjiwa Dakwah, Kini Dengan Misi Lebih Besar.” Musim ini mengetengahkan peserta yang bukan sahaja memiliki kefahaman agama yang kukuh, malah mampu mengaplikasikan nilai Islam dalam kehidupan sebenar. Antara elemen utama ialah cabaran komuniti dunia sebenar, perbincangan isu semasa yang dekat dengan generasi muda, serta penghasilan kandungan dakwah digital yang kreatif dan relevan. Program ini turut mendapat tajaan oleh Kedai Emas Sri Semantan sebagai penaja utama untuk musim ini.
Istimewa di musim ini, Mualim Muda tampil dengan membawa kisah disebalik perjuangan Islam yang berbeza, namun disatukan oleh semangat dakwah dan kecintaan kepada agama. Antaranya seorang guru tahfiz di penjara yang berdepan cabaran rabun warna, namun cekal mendidik dan membimbing insan ke arah perubahan, seorang mualaf yang baru enam tahun memeluk Islam, namun aktif menyampaikan mesej agama menerusi dakwah jalanan, juga seorang pempengaruh dalam bidang dakwah dan motivasi yang mempunyai hampir 700 ribu pengikut di platform media sosial.
Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad, berkata, “Mualim Muda Musim 2 turut membawa pendekatan baharu dalam menampilkan identiti seorang figura agama. Program ini memperlihatkan peserta sebagai individu muda yang autentik, berkarisma dan sedang menempuh pelbagai cabaran kehidupan moden sambil berusaha mengekalkan pegangan agama yang kukuh. Setiap cabaran yang diberikan disusun berdasarkan nilai-nilai Al-Quran dan sunnah, menjadikan program ini bukan sahaja sebuah pertandingan, tetapi juga platform inspirasi yang memupuk pembentukan insan yang lebih baik serta memberi sumbangan positif kepada masyarakat.”
Tambahnya lagi, “Dengan format yang lebih mantap, cabaran yang lebih dekat dengan realiti dan fokus yang lebih relevan kepada generasi masa kini, Mualim Muda 2 bersedia mencetuskan gelombang baharu dalam landskap kandungan Islamik tanah air serta melahirkan generasi pemimpin muda yang mampu menghidupkan ilmu melalui tindakan.”
Mualim Muda 2 membawa kembali pendakwah bebas Dato’ Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan musim ini menampilkan wajah baharu, Ustazah Asni Masnor sebagai juri program. Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud kembali sebagai Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. Musim ini juga turut menampilkan Atu Zero digandingkan bersama dengan penyanyi nasyid Fakhrul UNIC untuk mengemudi pentas sebagai hos program.
Langgan Pek Entertainment Astro X3 serendah RM39.99/sebulan (RRP: RM59.99/sebulan) dan strim serta-merta tanpa dekoder atau pemasangan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838 untuk melanggan hari ini.
*Tertakluk pada terma dan syarat.
PENJURIAN & TRIVIA MUALIM MUDA
- Secara ringkas, setiap episod menampilkan para peserta menyampaikan mesej dan mendidik masyarakat melalui pendekatan dakwah kontemporari. Mereka akan bersaing untuk memenangi peluang menjadi Duta Astro Oasis dan membawa pulang wang tunai RM30,000. 10 peserta akan mempersembahkan dakwah mereka di hadapan 3 juri profesional.
- Para peserta akan melalui 4 peringkat:
b) Tazkirah
c) Penjurian
d) Penyingkiran
- Tugasan Lapangan merupakan salah satu tugasan untuk para peserta mengupas isu yang berkait rapat dengan realiti masyarakat dan juga para penonton. Ini adalah tugasan buat para peserta untuk memanfaatkan kelebihan idea-idea yang inovatif dan kreatif sebagai metod dakwah mereka.
- Tazkirah pula adalah tugasan teras, dimana para peserta perlu menguasai kebolehan untuk menyampaikan tazkirah dengan baik.
- Penjurian Mualim Muda akan dilakukan berdasarkan tahap pengetahuan agama, kefahaman tugas, penggunaan ayat Al-Quran dan dalil, dan juga kemahiran komunikasi para peserta.
- Proses penyingkiran Mualim Muda akan dilakukan berdasarkan penilaian oleh juri kepada para peserta, tertumpu kepada kesediaan setiap peserta untuk menjadi contoh dan menyampaikan mesej atau dakwah yang meninggalkan kesan kepada masyarakat.
- Mualim dengan penyampaian dakwah terbaik setiap minggu akan diumumkan sebagai Ikon Inspirasi Emas Sri Semantan.
- Program Mualim Muda akan bersiaran secara serentak di Astro Oasis (saluran 106) dan juga Astro Prima (saluran 105) bermula 31 Oktober 2026, Sabtu, juga boleh distrim melalui On Demand di Astro GO dan Sooka.

.jpg)
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.