Pengarah: Lee Tae-sung
Penulis Skrip: Byun Sung-hyun, Lee Tae-sung, Lee Jin-seong
Pelakon: Im Si-wan, Park Gyu-young, Jo Woo-jin
Syarikat Produksi: See At Film
Pengedar: Netflix
Genre: Aksi / Thriller
Durasi Tayangan: 113 minit
Tarikh Tayangan: 26 September 2025
Trailer:
Mengisahkan tentang Lee Han-ul a.k.a Mantis (Im Si-wan), salah seorang assassin hebat yang bekerja di bawah organisasi ternama iaitu MK. Mantis cuba pujuk Chairman MK, Cha Min-kyu (Sul Kyung-gu) untuk revise contract dia supaya dia dapat bekerja dengan Jae-yi (Park Gyu-young). Tak sangka pula Min-kyu mati dibunuh sebelum Mantis dapat berbincang tentang kontraknya.
Selepas Min-kyu mati, MK juga hancur kerana kesemua pemegang saham tarik diri. Mantis berjumpa dengan bekas senior MK, Dok-go (Jo Woo-jin) untuk hidupkan kembali MK. Dok-go ajak Mantis bekerjasama dan menjadi perintis generasi baru tapi Mantis bertegas untuk buka syarikat dengan Jae-yi. Sejak remaja lagi Mantis ada perasaan terhadap Jae-yi tapi perasaannya tak pernah berbalas.
Dok-go nasihatkan supaya Mantis jauhkan diri dari Jae-yi tapi nasihatnya tak diendahkan. Akibatnya, Mantis ditinggalkan bersama syarikat yang tak boleh berkembang sementara Jae-yi menyinar di bawah syarikat milik Benjamin (Choi Hyun-wook).
Filem Mantis arahan Lee Tae-sung merupakan spin-off dari Kill Boksoon (2023) arahan Byun Sung-hyun dan sepertimana yang diharapkan oleh Dok-go, Mantis merupakan generasi baru dunia pembunuh upahan.
Walaupun filem Mantis adalah karya penulisan Byun Sung-hyun namun olahan agak jauh berbeza. Teknik penceritaan Kill Boksoon lebih menarik dan sarat dengan stunt action yang mendebarkan dan menarik sedangkan Mantis terkubur dengan konflik cinta yang tak berbalas. Betul lah apa yang Dok-go bagitahu, Mantis boleh pergi jauh dengan MK dari buang masa pertahankan Jae-yi.
Geram sangat bila tahu Boksoon adalah senior Mantis, protégé kepada Dok-go dan Cha Min-kyu tapi Mantis buang masa tidur atas sofa lepas kecewa dengan tindakan Jae-yi. No wonder lah penggambaran Mantis tak ambil masa yang lama pun untuk siapkan, rupanya filem ni lebih banyak buang masa dekat genre romantik daripada fokus dengan aksi.
Sayang sangat sebab Im Si-wan hidupkan watak Mantis dengan cemerlang. Gerak langkah dia sharp dan kemas. Stunt choreography dia berseni, tak macam Jae-yi yang banyak dikuasai oleh perasaan marah. Mantis tenang dan bersahaja bila buat kerja cuma messy lah sebab senjata dia pendek. Kudos to prop team yang wujudkan senjata Mantis seakan sama dengan tangan mentadak. Sesuai sangat pilih Im Si-wan sebagai Mantis sebab muka comel tapi merbahaya.
Harapnya Netflix ada plan untuk buat sekuel Mantis dan Kill Boksoon sebab babak Mantis menyembang dengan Boksoon dalam kereta tu comel. No wonder lah babak flashback Min-kyu terduduk lepas kena attack tu feels familiar rupanya filem Mantis adalah spin-off.
Tengok gaya Boksoon cakap berlembut dengan Mantis, for sure both of them ada sejarah yang kuat masa dekat MK. Mantis pakai baju merah menyala sama macam Boksoon, speaks volume on their bonding. Pandangan mata mencerlung bila selesaikan tugas pun sama. Masa Mantis ceramahkan Mr. Jo tu seakan sama dengan Boksoon.
Lakonan Park Gyu-young cemerlang sebagai Jae-yi yang sentiasa dipandang rendah oleh senior tapi tersia dengan penceritaan Mantis yang ketengahkan plot berbeza. Patutnya biar watak Jae-yi jadi peneraju syarikat dan Mantis turun ke padang sebab orang lagi percaya dengan Mantis. Chemistry dan dinamik Park Gyu-young dengan Im Si-wan mencuri perhatian kebanyakan babak mereka bersama.
Watak Benjamin pun tersia dalam Mantis padahal dia ada potential untuk jadi investor kaya yang licik. Ingatkan watak Benjamin yang akan initiate the idea untuk hapuskan Dok-go rupanya dia lebih fokus dengan cita-cita untuk hasilkan video game yang diinspirasikan dari Jae-yi. Choi Hyun-wook performed his best but wasted. He looks cute anyway.
Filem Mantis adalah penceritaan yang tepat untuk menggambarkan perangai Gen Z, ada potential tapi tersalah jalan. Nak kata generasi lama MK tak berdepan dengan masalah hidup dan personal issues pun tak juga sebab banyak babak yang ceritakan sejarah masing-masing tapi tak ada pun yang mereput dekat sofa merenung nasib. Mantis patut buat part-time jadi model, at least muka dia boleh buat duit bayar bil Mantis Company yang tertunggak tu.
Filem Mantis ni tak seronok sangat tapi tolong buat sekuel sebab tak puas tengok watak Mantis.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 6.6/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.