Pengarah: Ginanti Rona
Penulis Skrip: Ginanti Rona, Natania Jansen, Decky Putra
Pelakon: Zulfa Maharani, Omar Daniel, Meriam Bellina, Adinda Thomas, Dinda Kanyadewi, Morgan Oey, Arswendy Bening Swara, Yati Surachman, Grace Ayu, Tania Hantara
Syarikat Produksi: Starvision
Pengedar: Starvision, Netflix
Genre: Seram / Drama
Durasi Tayangan: 99 minit
Tarikh Tayangan: 15 Mei 2025 (Indonesia), 20 September 2025 (Netflix)
Trailer:
Salma (Zulfa Maharani) dan Arman (Omar Daniel) baru saja berkahwin lalu menunggu letibaan chaya mata pertama. Sejak berhenti dari kerja untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, Salma kerap diganggu ketika bersendirian. Disebabkan hal itu, Arman mengajak Salma berpindah ke rumah ibunya, Lastri (Meriam Bellina) supaya keperluan Salma terjaga. Di rumah Lastri juga ada pembantu bernama Sumi (Yati Surachman), jadi Arman tak akan risau ketika bekerja.
Malangnya, hal yang sama juga berlaku apabila Salma sering bermimpi buruk atau mendengar bunyi-bunyi aneh di rumah tersebut. Kerana geram tiada yang mempercayai keadaannya, Salma sering mengadu dengan Diah (Dinda Kanyadewi), wanita yang tinggal di hujung kampung. Anehnya, hanya Salma yang boleh melihat sosok Diah.
Keadaan bertambah teruk apabila Salmah sering mendengar kata-kata yang tidak manis dari mulut ibu mertuanya. Bila ke pejabat Arman pula, Salma sering berjumpa dengan si model cantik untuk projek terbaru Arman. Salma syak suaminya ada hubungan sulit dengan model tersebut dan mula berasa insecure dengan fizikal dirinya yang mula berubah sejak berbadan dua.
Di awal tahun, filem seram yang berkisar tentang Jin Dasim dipertontonkan dalam Pengantin Setan (2025) kemudian muncul pula sebuah lagi naskhah dengan genre yang sama dalam Jin Dasim (2025). Kalau dalam filem Pengantin Setan, watak isteri selesa bersama Jin Dasim apabila diabaikan oleh suami, naskhah Jin Dasim pula lebih kepada iri hati manusia yang menyeru Jin Dasim untuk memecah-belahkan perkahwinan pasangan suami isteri muda ni.
Gangguan dalam filem Jin Dasim juga sama teruknya kerana ada beberapa watak yang cedera dan meninggal. Walaupun Salma dan Arman sentiasa menjaga solat tapi disebabkan terlalu baik dan tak menjaga batas dengan orang luar, punca rumahtangga mereka goyah. Nasib baik sempat diselamatkan oleh Kiai Hassan (Arswendy Bening Swara), penjaga Salma sejak kecil.
Tak pasti lah dalam filem ni kenapa Salma yang paling teruk kena kacau sebab gangguan terhadap Arman tak banyak pun. Bila masuk second half baru banyak watak yang kena kacau dengan Jin Dasim, mungkin sebab dah ramai yang nak tolong Salma. Penulis cuba nak masukkan elemen psikologi yang mudah terganggu akibat kehamilan menerusi watak Salma tapi tak berjaya.
Lakonan semua pelakon baik yang utama atau sampingan sesuai dengan watak yang dibawakan cuma watak Salma tu kurang menjadi. Kita kenal dia sebagai anak jagaan Kiai Hassan, membesar di pondok tapi bila baca Al-Quran atau bacaan lazim, berterabur betul bacaan dia. Suami dia yang lancar bacaan padahal orang biasa. Kenapa tak ambil pelakon yang lancar bacaannya ataupun dub suara bila masuk babak yang memerlukan. Kandungan Salma pun tak konsisten, bila babak seram, perut dia besar, bila babak dia nak cari pasal dengan watak lain, kempis pula perutnya.
Menyampah juga bila penulis biarkan watak Salma ni baik tak bertempat sedangkan dia dah terkena bila berbual dengan orang asing. Lepas kejadian ngeri tu pun tak belajar dari kesilapan. Bukan salah Jin Dasim juga lah bila tengok filem ni sebab watak Salma sendiri pun mengundang. Mudah sangat percaya dengan orang sampai bahayakan nyawa sendiri dan orang lain. Babak kitab Kiai Hassan kena koyak dekat awal filem tu pun menimbulkan pertanyaan terhadap sekian watak. Kenapa kitab tu? Dia pun membesar dekat situ ke? Apa motif buat Salma dan Arman macam tu? Tak ada penjelasan tentang watak antagonis, hanya wujud untuk rosakkan hidup Salma semata sekaligus tone down elemen drama dekat situ.
Dalam Islam pun ajar cara untuk menjaga diri sendiri dan keluarga, kenapa Kiai Hassan tak ajar Salma bab tu selain dari hal munakahat? Itu pun sentuh bab yang asas padahal anak jagaan dia dah kena benda yang luar biasa dah. Sama macam Pengantin Setan, tak ada pun babak yang bagitahu macam mana untuk mengusir Jin Dasim dari terus berada di rumah. Macam mana orang lain macam Lastria tau Sumi nak bantu pasangan yang terkena gangguan Jin Dasim?
Sebagai filem yang menceritakan kisah rumahtangga Salma dan Arman, pengarah juga penulis Ginanti Rona dah berjaya paparkan kepada umum tapi untuk filem Jin Dasim dijadikan pengajaran kepada masyarakat tu macam susah lah juga sebab watak utama dalam filem pun sejenis daun keladi. Mengecewakan juga lah sebab Ginanti Rona popular dengan filem Kemah Terlarang: Kesurupan Massal (2024) tapi mungkin juga kerana Lele Laila sebab filem Susuk: Kutukan Kecantikan (2023) dan Qorin (2022) lebih kurang sama dengan Jin Dasim.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 5.7/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.