Pengarah: Azhar Kinoi Lubis
Penulis Skrip: Husein M. Atmodjo, Rjl 5, Kiki Fabia
Pelakon: Erika Carlina, Emir Mahira, Ruth Marini, Wavi Zihan, Ence Bagus
Syarikat Produksi: MVP Pictures
Pengedar: Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 91 minit
Tarikh Tayangan: 16 Januari 2025 (Indonesia)
Trailer:
Mengisahkan pasangan suami isteri, Echa (Erika Carlina) dan Ariel (Emir Mahira) yang sering saja bertelagah hingga jarang berhubungan intim. Ecah lebih selesa bermimpi dan berjumpa dengan lelaki yang kacak dan puaskan keinginannya. Tanpa dia sedar lelaki kacak tersebut adalah Jin Dasim (Dwika Pradnyana) iaitu Jin yang suka memusnahkan rumah tangga.
Linda (Ruth Marini), rakan sekerja Ecah di Bantera Cargo menasihatkan dia supaya berbaik dengan Ariel dan berbincang dari terus mendiamkan diri hingga akhirnya ingin bercerai. Akur dengan nasihat rakannya, Ecah dan Ariel berbaik semula dan tidur bersama. Ecah semakin bahagia apabila merasakan perutnya berisi.
Malangnya kandungan tersebut hanya dalam angan-angan Ecah sahaja kerana doktor tidak menemukan sebarang sel atau janin di dalam Rahim Ecah. Geram dengan penerimaan orang sekeliling, Ecah kembali bertemu dengan Jin Dasim.
Naskhah seram Pengantin Setan merupakan arahan Azhar Kinoi Lubis diadaptasikan dari kisah benar yang berlaku pada perempuan muda yang pernah viral di media sosial. Klip interview mangsa ada diletakkan di bahagian credit scene filem. Sebelum ni pun pernah baca cerita perempuan yang disukai oleh bunian sampai ingin dibawa ke alam sana.
Kalau yang pernah encounter cerita-cerita orang tentang jin dan bunian mungkin dah tahu mangsa yang disukai oleh jin tapi kalau cuma bersandarkan pada filem Pengantin Setan semata, agak susah untuk faham kenapa dan bagaimana. Dalam babak Ecah bercerita dengan Emma (Wavi Zihan) ada dimasukkan perbualan kenapa kononnya Ariel adalah suami yang tepat buat Ecah dan sedikit sebanyak kita tahu Ecah kesunyian bila Ariel selalu balik lewat malam gara-gara kerja.
Latar masyarakat yang dimasukkan adalah orang kebanyakan yang bekerja di kilang dan security guard. Masalah sosial dan ekonomi yang mempengaruhi hubungan kekeluargaan. Bukan saja Ecah mengalami masalah dalam hubungan malah adiknya juga bercerita tentang hidup yang memenatkan. Dekat dinding tandas di kilang Ecah juga ada contengan ‘Hidup ini keras’ yang mengukuhkan lagi scenario kehidupan kelas bawahan.
‘Nih… nyari pasangan itu kayaknya cari teman ngobrol. Kamu… nanti kalau udah tua, udah gak bisa ngapa-ngapain lagi, mau ngapain kalau nggak ngobrol?’ - Ecah
Visual language agak kuat bersama props dan aestheticnya namun skrip tidak berdiri sama tinggi. Penulis tak ceritakan pun bagaimana Ecah berjumpa dengan Jin Dasim sebab di awal filem dah tunjuk kerenggangan suami isteri ni. Ada babak bagaimana Jin Dasim mengganggu tapi hanya secara minimal. Keterdesakan Ecah untuk mempunyai anak juga tak diceritakan dengan baik jadi halusinasi Ecah terlihat hambar sedangkan ada emosi yang kuat di situ.
Geram juga dengan filem stand-alone yang ketengahkan cerita dan tema yang menarik tapi tak fully utilised ruang yang ada. Pace penceritaan dibikin perlahan dengan visual yang gelap untuk kuatkan elemen seram. Sound design ada masanya menguatkan rasa takut pada beberapa babak namun ada juga yang bingit.
Boleh faham sangat kenapa Jin Dasim suka dengan Ecah bila rumah ada banyak aura negatif, masuk rumah tak bagi salam, tak ada bacaan Al-quran, dalam rumah pun tak solat. Babak-babak seram yang dimasukkan mengerikan juga terutamanya pada second half bila Ariel dan Linda cuba selamatkan Ecah dari Jin Dasim dan ingin gugurkan kandungan bayi jin.
Syarikat produksi filem Pengantin Setan bukan produksi baru, jadi tak faham kenapa tak pilih pelakon lelaki yang berpengalaman sebab Emir Mahira nampak lemah dan kaku sebagai suami. Kalau karakter watak memang macam tu, cari lah pelakon yang handsome sikit. Dah la filem bosan, pelakon utama pun serabai. Tak selera benar nak layan. Jin Dasim tu beberapa kali je muncul guna muka kacak dia, selebihnya muka setan.
Naskhah Pengantin Setan sepanjang 91 minit terasa ringkas penceritaannya walaupun ada thrill berlawan dengan Jin Dasim tapi kurang umpph. Mungkin I expect episod-episod pertarungan yang lebih antara jin dan manusia. Ariel bertarung untuk Ecah serta rumahtangganya sementara Jin Dasim ingin pertahankan bayi dalam kandungan Ecah. Tak ada penerangan juga dari Ustadz Zaini (Alfie Alfandi) tentang Jin Dasim atau kehidupan berumahtangga dari sudut pandang Islam. Sama juga bila penulis boleh masukkan perdebatan antara fakta medik tentang phantom pregnancy tapi diendahkan.
Walaupun filem Pengantin Setan menjadi filem seram kedua tertinggi di Indonesia selepas filem Almarhum (2025) namun penceritaannya terlalu santai tanpa penerangan dan mesej sosial yang jelas. Ada potential tapi tak digunakan sebaiknya sedangkan boleh jadi edutainment film yang menarik dan menjadi sumber rujukan dalam jangka masa yang lama.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 5.5/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.