ASTRO OPEN DAY MEMBUKA PELUANG USAHAWAN

Wednesday, 18 June 2025

300 usahawan yang hadir ke Astro Open Day bersama Pengarah Digital & Pengalaman Pelanggan Astro, Cynthia Seow, Naib Presiden Pembangunan Komersial, Perniagaan Digital Astro, Datin Norashikin Habibur Rahman, Ketua Pegawai Operasi RichWorks Academy, Dr. Radz Mohd dan Pengasas & Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam acara yang dilangsungkan di dalam Studio 1, Astro Bukit Jalil.

Menjadi seorang usahawan memerlukan ilmu untuk memastikan perniagaan dapat berkembang maju. Antaranya, termasuk ilmu pemasaran dan perniagaan yang menjadi tulang belakang kepada sejauh mana bidang perniagaan itu boleh berjaya. Menyedari keperluan ini, Astro menganjurkan Astro Open Day dengan kerjasama RichWorks Academy Sdn Bhd bagi membantu para usahawan tempatan membina asas yang kukuh untuk pertumbuhan perniagaan mereka.

Sebagai peneraju kandungan dan hiburan, Astro membuka peluang kepada lebih 300 peserta program Ai Branding Marketing Growth (AiBMG) untuk merasai sendiri bagaimana ekosistem kami — merangkumi TV, radio, digital dan aktiviti on-ground — boleh dimanfaatkan sebagai platform pemasaran berimpak tinggi. Melalui inisiatif ini, Astro komited untuk memperkasa PKS dengan memberikan pendedahan sebenar tentang potensi penjenamaan melalui media, sekaligus membantu mereka mengembangkan perniagaan ke tahap lebih tinggi.

Program sehari yang diadakan di Studio 1, Bukit Jalil dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Pegawai Kewangan dan Operasi Kumpulan Astro, Dr. Grace Lee. Seterusnya sesi ramah mesra bersama penyampai radio Astro turut diadakan dan melibatkan personaliti seperti Nabil Ahmad, Rahim, Anas Tahir, Prem, Aishah Sinclair dan Terry.

Acara diteruskan dengan pembentangan mengenai strategi pengiklanan oleh Ketua Perkhidmatan Kreatif, Marlina Mansor bagi memberi pencerahan sejauhmana pemasaran melalui pengiklanan melalui platform yang ada di Astro. Paling Istimewa, kesemua peserta yang hadir turut berpeluang melawat ke beberapa kawasan sekitar Astro seperti di studio Awani, studio 3 Borak SeeNi dan konti-konti radio Astro.

Pengasas & Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman, turut berkesempatan memberi taklimat ringkas dan pesanan kepada semua peserta agar dapat merebut peluang melalui kerjasama yang diadakan ini.

Astro percaya bahawa kolaborasi strategik seperti ini bukan sahaja membuka peluang kepada usahawan untuk memperluas capaian jenama mereka, tetapi juga memperkukuh peranan Astro sebagai rakan media yang berdedikasi dalam menyokong pertumbuhan perniagaan tempatan.

Dengan pendedahan secara langsung kepada kekuatan dan keupayaan platform Astro, diharapkan para peserta mampu memanfaatkan ilmu dan peluang yang diberikan untuk terus maju dan berdaya saing dalam landskap perniagaan yang semakin mencabar.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.