TULANG BELAKANG KELUARGA DI USIA REMAJA, SYED IRFAN GENGGAM TANGGUNGJAWAB BERAT

Monday, 16 June 2025

PASCA KAU PERGI | TULANG BELAKANG KELUARGA DI USIA REMAJA,  SYED IRFAN GENGGAM TANGGUNGJAWAB BERAT

Apabila ujian hadir tanpa henti dan kasih yang diharap mula pudar, mampukah sebuah keluarga kekal berdiri di ambang kehancuran? Pasca Kau Pergi mengangkat kisah tentang cinta, pengorbanan dan realiti hidup yang menghimpit jiwa, mengisahkan seorang anak kecil yang terpaksa menjadi pelindung keluarganya ketika dunia orang dewasa mula menjauh. Saksikan drama menyayat hati ini bermula 20 Jun 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam, hanya di slot Akasia TV3 atau di anda juga boleh strim di iQIYI pada pukul 8.00 malam secara percuma.

Diterbitkan oleh KL Motion Pictures dan diarahkan oleh Rashidi Ishak, drama bersiri 13 episod ini mengetengahkan kisah berat berlandaskan realiti penuh emosi, dugaan hidup dan nilai kekeluargaan yang menguji hati. Pasca Kau Pergi bukan sekadar paparan drama keluarga biasa, tetapi membawa penonton menyelami isu-isu mendalam tentang kekeluargaan dan pengorbanan. 


Dengan gandingan mantap barisan pelakon utama seperti Liyana Jasmay, Johan As'ari, Syed Irfan, Qaidah Marha, Fiyya Amsyar, Zamarul Hisham, Syed Irfan dan Nadiya Nisaa yang kembali menghidupkan watak masing-masing, drama ini menjanjikan sebuah perjalanan emosi yang mendalam yang dipenuhi kejutan, konflik jiwa dan detik-detik yang bakal menyentuh hati penonton sepanjang tayangannya

Drama ini mengisahkan Zulkifli (Johan As’ari), seorang bapa penyayang dan usahawan berjaya yang menikmati kehidupan harmoni bersama isteri, Azlina (Liyana Jasmay) dan tiga orang anak mereka. Namun, kebahagiaan yang tampak sempurna itu musnah sekelip mata apabila satu tragedi meragut kekuatannya dan menjadikan Zulkifli lumpuh sepenuhnya. Ujian itu bukan sahaja mengubah hidupnya, malah memaksa seluruh keluarga bergelut menyesuaikan diri dengan kenyataan baharu yang penuh tekanan dan pengorbanan.


Apa yang terjadi selepas itu menjadi tamparan realiti, kasih mula pudar, kepercayaan tercalar dan topeng mula terlucut, mendedahkan siapa yang benar-benar sanggup bertahan saat segalanya kian runtuh. Dalam kekalutan yang menghancurkan sebuah keluarga, muncul Faris (Syed Irfan), anak sulung, yang bangkit menjadi tiang harapan. Dalam usia semuda itu, dia memikul beban orang dewasa demi memastikan kelangsungan hidup adik-adiknya dan menjaga ayah yang kini terlantar tanpa daya.

Menurut Syed Irfan, “Membawakan watak Faris bukan sekadar lakonan, ia adalah satu pengalaman emosi yang sangat berat. Saya perlu menyelami jiwa seorang remaja yang dipaksa dewasa terlalu awal, memikul tanggungjawab menjaga ayah yang lumpuh dan adik-adik yang masih kecil dalam dunia yang tiba-tiba menjadi kejam” 

“Saya berharap penonton bukan sahaja menikmati dengan jalan cerita Pasca Kau Pergi, tetapi juga dapat merasai kepayahan dan ketabahan yang dialami oleh watak seperti Faris kerana di luar sana, mungkin ada anak-anak sebenar yang sedang melalui penderitaan yang sama dalam diam” tambah beliau. 

Dengan latar masyarakat yang jujur dan naratif yang sarat makna, Pasca Kau Pergi mengajak penonton menyelami sisi kehidupan yang jarang diberi suara tentang runtuhnya sistem sokongan, retaknya institusi keluarga, tekanan kewangan yang menghimpit dan emosi yang terabai tanpa disedari. Di tengah semua itu, terserlah kasih seorang anak yang tetap teguh, menjadi nadi harapan dalam dunia yang semakin kelam.


Penonton iQIYI VIP boleh strim episod terkini secara ekspres di aplikasi iQIYI - tepat jam 8.00 malam pada hari yang sama. Episod baharu juga boleh ditonton secara PERCUMA - 48 jam selepas tayangan. Muat turun aplikasi iQIYI di App Store atau Play Store sekarang.

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQIYI telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mencapai peningkatan pengguna lebih daripada 15 kali ganda. Dari segi pertumbuhan keseluruhan dalam tahun 2021, iQIYI juga tersenarai sebagai khidmat penstriman Asia nombor satu di Malaysia berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pelanggan aktif bulanan, dan jumlah masa yang diluangkan di platform tersebut.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

**************************

Mengenai TV3
TV3 merupakan saluran televisyen No.1 di Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun 1984. TV3 telah mendominasi pasaran penyiaran menerusi penerbitan drama berkualiti seperti Melur Untuk Firdaus, Suamiku Lelaki Pendosa, Kerana Cinta Itu Ada, dan Jaga Aku Selamanya merupakan sebahagian daripada drama-drama bersiri yang telah mencipta fenomena besar. 

TV3 telah berjaya menambat hati penonton menerusi rancangan hiburan ikoniknya seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Tonton Drama Sangat, Famili Duo, Melodi, I Can See Your Voice dan Master In The House. Buletin Utama, 999, Fail Mahkamah, dan Majalah 3 terus kukuh sebagai rancangan berita dan dokumentari terunggul pilihan utama rakyat Malaysia hingga mencecah jutaan penonton setiap hari. 

Platform media sosial @TV3Malaysia juga menunjukkan peningkatan yang mengagumkan (24 juta pengikut di YouTube, Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok) dan menjadi salah satu digital platform terbesar di negara ini. 

Untuk mendapat informasi terbaharu berkaitan program menarik di TV3, layari akaun rasmi media sosial @TV3Malaysia, atau strim langsung secara eksklusif di Tonton, myFreeview CH103, Astro CH103, serta unifi CH103.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.